Skip to main content

Bagaimana MenJana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Ini kisah dan pengalaman sebenar Puan Madihah yang berniaga tudung  dengan hanya menggunakan modal dari duit PTPTN!


Assalammualaikum & Hi!

Nama saya Madihah Mustafha!

Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi.

Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, saya memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, saya gunakan sebahagian duit PTPTN yang saya terima, sebagai modal untuk saya mula membeli stok!

Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600.... saya berjaya "rolling" duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu saya masih lagi sedang belajar!

Perkara ini telah membuka mata saya dan saya nampak, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar!

Seronoknya Menjual Tudung!

Ini pula adalah borang poslaju yang saya isi setiap hari. Order dari customer sememangnya masuk hari-hari!.



Dulu, masa mula-mula bisnes, memang saya akan buat penghantaran setiap hari. Tetapi bila pelanggan dah makin ramai, saya buat penghantaran 2 kali seminggu sahaja. Tujuannya... supaya 5 hari lagi, saya dapat fokus untuk membuat kerja-kerja pemasaran & jualan.

5 hari saya akan fokus layan whatsapp, facebook dan ambil order. Lagi 2 hari, saya akan fokus uruskan pembungkusan produk dan penghantaran sahaja.

Secara purata, sale saya setiap hari adalah ratus-ratus ringgit sahaja, tetapi bila dikumpulkan seminggu... sebulan... ianya agak lumayan juga!  Lagi-lagi kalau tiba musim raya! Lagi masyuukk.... Boleh cecah RM25k sebulan..  semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja sambil-sambil jaga anak!

Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Bila kita buat bisnes tudung ni...  Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan!
Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja!

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, saya tak gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

Cukup sekadar pelanggan saya yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, saya sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja!


Klik sini --- Buat tudung jenama Sendiri ---- untuk tahu lebih lanjut bagaimana Puan Madihah menguruskan perniagaan hingga mengaut keuntungan beribu ringgiot dalam masa hanya sebulan.

sekian..

Comments

  1. Rasa nak belajar lah cara nak menjual.. Zaza pun minat jgk meniaga tapi bab nak promote tu tak berapa nak pandai.. Memang minat jgk nak niaga tudung ni sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya bisness dari rumah jer! Kuncinya adalah usaha kan. Dan penting juga untuk kita tahu tekniknya kan. Macam mana nak buat promosi jualan...

    ReplyDelete
  3. Meniaga ni seronok sebenarnya. Tapi mencabar jugak

    ReplyDelete
  4. Pernah niaga tudung, tapi tak dapat hasil macam ni..hehehe..pastu stop. Nak niaga kena pandai..barula dapat incone best

    ReplyDelete
  5. Nak jual tudung ni untung kalau diri sendiri model nya.. nak pula bila pakai cantik je terletak.. mesti yang tengok pun terus rasa nak beli

    ReplyDelete
  6. wawa kenal k.madihah ni dia senior sek wawa dlu.. Hehehe.. Tdung2 dia best sbb tgk rmi yg dh pakai.. Btul tu kdg2 bisnes cmni dh cecah brpe.. Wawa sndri pndai bisnes jual tdung sndri sblm aktif blog thun 2015.. Mse tu income naik seronok.. Tp sjk busy nk prepare kwen & stok kain supplier dh xde, ssh nk dptkn.. Dan wawa terpakse benti buat... Tkpelah..rezeki yg lain ada.. Tp mmg seronok buat bisnes cmni...sbb dh merasai dulu..

    ReplyDelete
  7. Bestnya untung banyak tu, boleh ke ajar cara nak promot supaya lebih banyak pelanggan. Kan ramai jual tudung macam mana nak jual dengan kuantiti banyk pesaing makin ramai

    ReplyDelete
  8. Banyak juga untung yang dapat jual tudung nih kan kak. Tudung nih memang sentiasa dapat permintaan yang tinggi

    ReplyDelete
  9. Seronoknya bila kita buat sesuatu perniagaan tu, dapat sambutan. Orang kata kita berjaya dalam apa yang kita usahakan tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …