Skip to main content

UBAT KUTU KUCING YANG SEKALI PAKAI KUTU KUCING DAH TAK ADA.

Assalamualaikum..




Sepanjang saya bela kucing  tak pernah ada masalah kutu kucing tapi baru-baru ni kawan suami ada berikan seekor kucing.Comel ngat-ngat aih.. tapi kutu bukan main banyak lagi.Selak je , dah bersusun kat kulit dia. Mesti tak pernah kena sental dengan ubat kutu kucing lagi nih.. Kucing ni kalau kita tengok dia kerap sangat bergaru tu maknanya memang ada kutu la...

Disebabkan dia buat muka comel terus saya setuju je nak bela Gwiyomi. .. Nama dia Gwiyomi tau. Muka comel tapi banyak kutu memang tak berapa nak Gwiyomi la..kan??hahah


Nampak comel tapi banyak kutu masa ni...


Kat rumah saya tak de ubat kutu kucing jadi terpaksa la kuarantin dulu si Gwiyomi . Saya ada bela kucing sekor lagi nama Jonjea.

Jonjea tak de kutu sebab tu terpaksa kuarantin Gwiyomi.Tak mau nanti kutu melompat kat Jonjea pulak. Jonjea ni walaupun suka merayau tapi dia memang tak de kutu.

Mungkin sebab sikap sombong dia buat dia tak bergaul dengan kucing jalanan lain.jadi memang tak de la kutu.


Ini Jonjea.. Dia bebas kutu,..tapi tetap kena letak ubat kutu sebab takut berjangkit..


Ubat Kutu Kucing paling Berkesan.


Saya pergi satu kedai pets ni.Penjual tu suruh saya gunakan ubat kutu Kucing paling berkesan. Katanya ini ubat kutu paling bagus sekali dan tak bahayakan kucing.. Nama ubat kutu kucing  ni :  Petpal  -  Clear & Control  . kata penjual ubat kutu ni , kalau sapu ubat kutu ni, kucing jilat pun tak de masalah.

Tapi ada kawan saya guna ubat kutu ni untuk kucing dia , Kucing dia jilat terus berjejeh air liur kucing dia keluar..tapi tak lama..kejap je..Mungkin sebab dia rasa kebas mulut..


Ubat kutu kucing jenis semburan ni senang sangat nak guna dan jimat.



Mula-mula saya tengok belakang botol ni dia tulis untuk kucing yang berumur lebih dari  10 minggu. Tapi penjual tu kata ubat kutu Petpal  -  Clear & Control   boleh guna untuk kucing yang usia kurang dari tu.Cuma kurang kan kuantiti nya.

Disebab kan saya risau kalau dia jilat jugak memandangkan kucing saya ni masih kecil jadi saya guna satu cara untuk buat dia tak jilat.Baca sampai habis untuk tahu caranya.

Untuk gunakan  ubat kutu kucing ni saya mandikan dulu Gwiyomi macam biasa pada waktu pagi nya. Mandikan dengan syampoo kucing kemudian biar dia keringkan bulu dia tu..

Bila dah petang  baru saya semburkan ubat kutu ni.Cara-cara nak gunakan ubat kutu kucing ni  pun senang je.

Mula-mula ambil tuala kecil letak atas kepala kucing. Ini supaya bila kita sembur tak la ubat kutu ni kena kepala dia..

Sembur sekali je pada bahagian badan nya sampai ekor.Jangan sembur dekat2..saya cuma lalukan sekali je.. .

Kemudian usap dari bahagian leher dia sampai ke ekor.buat yang sama kat bahagian perut dia.jangan bagi kena bahagian muka.

Oleh sebab saya risau kalau dia jilat, lepas sembur je ubat kutu ni saya balut badan  dan tangan dia dengan tuala kecik.jadi tak la dia sibuk nak jilat..kan?? Lepas balut saya peluk je dia dalam sejam  kot..supaya ubat kutu tu kering sendiri kat bulu dia..bila kering dia akan selesa..

Lepas tu masuk kan dia dalam sangkar..Kuarantin lagi 24 jam. Esok nya terus mandikan dia sekali lagi dan bersihkan bahagian telinga dia.Kadang2 ada kutu yang sembunyi dalam telinga kucing.bahaya tu..


Dah bersih..makin comel..Tak de dah garu-garu..sibuk bermain je sekarang ni..


Terkejut sangat lepas mandi kan dia, keringkan bulu dia memang tak de seekor kutu pun kat badan dia...Akhirnya Gwiyomi bebas kutu dengan sekali guna je ubat kutu  ni. hebat nya ubat kutu Petpal  -  Clear & Control  .sekali pakai kutu kucing dah tak ada.

Pastikan lepas mandi kan kucing korang bersihkan sangkar atau tempat tidur dia.Sebab kutu kucing ada yang jatuh dalam sangkar tu. Nanti kalau tak bersihkan kutu tu membiak semula.

jangan la guna sabun basuh baju la, sabun cuci pinggan la untuk hilangkan kutu kucing ni.tangan kita ni pun kalau kena serbuk dan cecair pencuci macam tu boleh mengelupas dan rasa kulit panas..kan??Kesian la kat kucing..

Jangan kedekut sangat nak keluar duit.Ubat kutu kucing bukan mahal pun.Harga ubat kutu kucing Petpal  -  Clear & Control  ni cuma rm30 je..sekali pakai je tau..lepas tu boleh simpan..

Sekian..

Tag 
ubat kutu kucing yang sekali guna dah hilang kutu  
ubat kutu kucing yang bagus
ubat kutu kucing paling berkesan 

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk semua dan pengemar kucing

    ReplyDelete
  2. akak penah jumpa jns ubat camni, blh utk kucing, blh matikan lipas semut bagai sbb dia organik

    ReplyDelete
  3. Diana, Kucing saya si black umo 8 bulan, boleh tak saya gunakan ubat ni untuk dia...

    ReplyDelete
  4. Kucing saya bab sembur-sembur ni memang gelabah lari laju la dia hehe follow here #4996

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
  5. murah..boleh belikan abah saya...kucing abah saya lawa lawa...bulu panjang2...gebu...tapi tak suka manja dgn orang lain...nak abah je..

    ReplyDelete
  6. MMG COMEL GYOMI DH BEBAS KUTU MKN SELESA

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…