Wednesday, 4 April 2018

TIPS UNTUK MENCEGAH ANAK KEMALANGAN DIRUMAH AKIBAT PERABOT

Assalamualaikum...

Tahu tak, di Australia seramai 22 orang kanak-kanak mati akibat kemaalangan tertimpa perabot dan televisyen di dalam rumah sejak 2001.Kebanyakan nya kanak-kanak berusia lingkungan 3 tahun.



Hari saya nampak satu video yang buat darah saya berderau. Video seorang kanak-kanak dalam usia lingkungan 3 tahun, dia main laci . Dia tarik laci tu sekali laci tu terbalik dan hampir-hampir je timpa kanak-kanak tadi.

Boleh tengok video nya di bawah ni..

Video kemalangan Kanak-kanak hampir di hempap drawer  ketika sedang bermain




Benda ni memang menakutkan saya sebab beberapa tahun lepas pernah kejadian hampir sama berlaku dalam rumah saya ni.

Kisah nya dulu saya ada jaga sorang anak sebaya Maisara.Dia anak kawan suami saya. Saya jaga dia sebab nak Maisara ada kawan di rumah.Masa tu usia diaorang pun dalam 2-3 tahun.

Masa saya mengasuh budak ni memang saya tak letak apa-apa perabot tinggi kat ruang tamu . Yang ada cuma tv yang saya letak atas rak besi, Tv 21 inci jenis kotak tu.  Tv tu memang berat.Rak tu pun tak la tinggi sangat .Dalam 2 kaki je.tapi bila dah letak tv dia jadi  tinggi la.

Budak yang saya jaga ni dia suka bergayut di besi rak tu.Benda ni buat saya kena jadi garang sikit la dengan dia. Sebab dah pesan banyak kali jangan bergayut tapi dia memang suka la port tu..

Saya pun masa tu tak fikir kot, budak 3 tahun apa la yang dia faham bila kita larang..kan?

Satu hari tu, benda dah nak jadi kot, dia bergayut dan rak tv tu terbalik sikit lagi nak kena Maisara. Masa tu saya dah menjerit sambil terus terkam maisara yang duduk betul2 tempat rak tv tu akan jatuh.

Sempat saya tarik maisara dan tv tu jatuh betul2 tengah2 ruang tamu.Kebetulan mak budak ni masa tu baru sampai , dia tengok la Tv yang terbalik tu.

Saya cerita benda ni kat dia, dia macam ermm..erm..gitu je.. Macam tak de la risau nak belek anak dia luka ke apa sebab anak dia macam terkejut dan menangis teruk.

 Cerita kat suami pun saya  , suami pun cuma erm..erm.. Eh!!Mungkin sebab   diaorang tak nampak dan diaorang rasa benda tu lawak kot. Sedangkan kita yang hadapi benda tu  tau cemana rasa.

Sebab tu bila saya cerita orang rasa alah, biasa la barang terbalik , rosak sebab anak-anak lasak dalam rumah.Tapi bagi saya apa yang saya alami dulu memang satu kejadian yang buat saya jadi serik dan beringat.

Sebelum kejadian tu budak ni pernah terbalik kan mesin basuh. Mesin basuh manual kan penutupnya boleh di buka,.Mujur la mesin basuh tu terbalik.Cemana kalau tak terbalik dan dia jatuh termasuk dalam mesin basuh ada air tu.Allah..

Sampai sekarang ni walau anak2 dah besar sikit , kalau anak-anak masuk bilik pun saya ikut, saya tak bagi anak-anak main di dapur. Kabinet dapur pun saya tak bagi anak-anak buka sebab kabinet dapur saya bukan yang jenis melekat kat dinding tu.Bahaya kan??

TIPS UNTUK MENCEGAH ANAK KEMALANGAN DIRUMAH AKIBAT PERABOT 


Perabot dan tv ni kalau jatuh tertimpa bukan setakat cedera sikit-sikit tau.Ramai kanak-kanak yang dah jadi mangsa dan berakhir dengan kematian.

Sebab itu penting untuk kita memilih perabot yang betul untuk rumah kita terutamanya kalau rumah kita ada anak-anak kecil yang aktif. Budak-budak biasa la mesti diaorang akan memanjat, menyelongkar. Kita kena selidik betul-betul adakah perabot tersebut sesuai untuk diletak kan dalam rumah kita.



Di sini saya kongsikan tips untuk mencegah anak kemalangan di rumah akibat perabot.

1- Guna perabot yang mudah di pasang di dinding. Sekarang dah banyak perabot yang terus kita pasang melekat di dinding.  kalau boleh pilih yang simple dan tak berbucu tajam.

Perabot macam ni juga boleh di pasang tinggi supaya anak kita tak dapat mencapainya.

Begitu juga dengan televisyen. Pasang terus ke dinding untuk lebih selamat dan pastikan  wayar nya tersorok dan tidak mudah di capai oleh anak.

2- Jangan letak barang yang boleh menarik minat anak kita di tempat yang tinggi. Budak2 ni bila dia nampak apa-apa yang dia suka atau benda yang dia nak tahu, dia akan panjat dan usaha dapatkan selagi boleh.

Ini sangat merbahaya terutamanya bila kita berada di dapur atau biarkan anak kita bersendiri.

3- Jangan letak kan perabot yang tidak stabil kakinya di ruang tempat anak bermain,. Ni pun bahaya sebab walau pun budak tu tak memanjat tapi mungkin ada yang terlanggar perabot tu dan boleh jadi akan menyebabkan perebot tu terjatuh ke aarah anak kita.

4 - Jangan letak kan barang yang boleh anak gunakan sebagai tapak untuk memanjat. Kadang2 kita suka letak kerusi kecil kat tepi dinding, ada jugak yang letak kotak mainan.Benda-benda macam ni boleh digunakan anak untuk memanjat perabot didalam rumah.

5- Pasang pengunci pada laci supaya anak tak jadikan tempat tersebut sebagai tempat bermain. Ada budak yang bila dia syok main tarik tolak laci , hari-hari asyik main kat situ.Contohnya macam video yang saya kongsikan diatas tadi.

Tapi bila laci tu tak boleh dibuka dia akan abaikan tempat tu. Walaubagaimanapun kita tetap perlu berjaga-jaga dan sentiasa waspada dengan aktiviti anak-anak kecil ni.


sekian..



8 comments:

  1. Saya tgk video tu separuh je...nampak je budak tu tarik laci atas sekali..terus tutup. Takut nak bayangkan budakntu kena hempap dgn laci

    ReplyDelete
  2. seram sy nk tgk video tu... ada yg ckp ms ada ank kecil x perlu banyak perabot. ckp laa yg asas shj...

    ReplyDelete
  3. Ada tgk video akk share budak hmpir nk kena hempap kabinet tu.. Hope lps ni lebih alert dgn psekitaran terutama perabut2 tinggi..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian yang bermaklumat untuk semua

    ReplyDelete
  5. bersusah lah dulu sebeblum menyesal di kemudian hari. beli perabot yg praktikal aje kan

    ReplyDelete
  6. ANAK2 KECIL SENTIASA PERLU DIAWASI KESELAMATAN MRK

    ReplyDelete
  7. ada anak kecil ni banyak benda kena alert.. tambah2 kalau tengah nak membesar ni. aktif nya lain macam.. huhu

    ReplyDelete
  8. bila ada anak2 kecil memang tak menang mata untuk sentiasa memerhati gerak geri mereka.
    selalu bimbang perkara yg tidak diingini

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();