ZUL MUHAMMAD

SERAM!! KELIBAT BUDAK KECIL TANPA MUKA SERING DILIHAT DI DALAM RUMAH .

Rumah ada gangguan makhluk halus ni biasanya gangguan akan berulang dan selagi kita tak lakukan sesuatu selagi tu lah benda tu tetap ada dalam rumah.

Tapi ramai orang akan memilih untuk berpindah sahaja bila tak de jalan lain lagi selepas berbagai usaha dilakukan.

Bagi yang pernah alami gangguan dalam rumah ni ,mesti selalu nampak lintasan atau bayang2 melintas lebih teruk lagi ada yang dapat melihat benda tu dengan jelas .

Ada kisah seram yang dikongsikan Mira Jemy tentang beberapa kejadian seram yang berlaku dalam rumah keluarga nya.

"...So kalau korang zoom dekat bahagian atas kiri korang boleh nampak macam tangan kan. Yup tu tangan "dia". Aku kalau berdiri dekat situ  bahu aku sama paras dengan tangan tu. So benda tu terapung actually btw tinggi aku 168cm. Gambar ni adik aku ambik waktu 2014 tak silap aku




First day  ambik gambar ni memang tak perasan apa-apa pelik tapi lepas 2 minggu adik aku tunjuk dekat mak aku "Umi tu tangan siapa?". Pastu mak aku terkejut sebab baju yang benda tu pakai sama macam baju mak aku dulu tapi baju tu dah terbakar waktu rumah nenek aku terbakar


So mana dia boleh dapat baju tu? Balik je rumah mak aku bukak album lama and jumpa gambar dulu-dulu mak aku pegang abang aku waktu baby sambil pakai baju tu and sekarang abang aku dah 23 tahun.


Tapi takde lah nak kecoh sangat sebab rumah aku memang agak keras and 3 kali jugak la panggil ustaz and tiap kali ustaz datang dia mesti pergi area dekat dalam gambar tu. Tapi yang makin pelik sebulan lepastu abang aku nampak "benda" ni f2f


Abang aku memang jenis boleh nampak tapi dia jenis buat bodoh je kalau nampak. Dah biasa katanya. And one day abang aku tidur lambat sebab dia main game dekat tingkat atas rumah aku. Tiba-tiba dia dengar bunyi budak kecik gelak dekat tingkat bawah macam tengah main.


Abang aku tinjau lah sekali dia nampak "benda" dekat dalam gambar tu. Budak kecik rupanya. Tengah main lari-lari dekat bawah. Abang aku pandang je benda tu tiba-tiba benda tu berhenti lari and dia pusing pandang abang aku sambil gelak and guess what??? DIA TAKDE MUKA!!!




Abang aku terus lari masuk bilik dia. Ni abang aku yang sulung yang kena. Patutlah dalam gambar tu tak nampak muka sebab dia "TAKDE" muka. 2 bulan lepas abang aku yang kedua pulak kena kacau


Dengan benda yang sama. Abang aku baru balik daripada main badminton lepastu dia lepak mamak kejap. Dia sampai rumah dalam pukul 11:30 malam. Time dia nak masukkan kereta dalam parking garage dia ternampak ada kelibat budak kecik lari dekat belakang kereta dia


Abang aku keluar pergi tengok tapi takde orang pon. And time tu jugak lah dia dapat call daripada kawan dia cakap dia ada tertinggal barang dekat tempat diorng lepak tadi. Abang aku pon pergi lah keluar nak ambik balik dekat rumah kawan dia


Abang aku tunggu dalam kereta pastu dia call kawan dia cakap dia dah sampai depan rumah nak ambik barang. Lepastu kawan dia cakap "Lah kau ke dalam kereta tu? Aku ingatkan sape lah tadi. Datang dengan family ke?"




Abang aku pelik ah "Eh asal tanya?". Pastu kawan dia cakap "Yelah tu ada budak kecik dalam kereta kau. Adik ke?". Abang aku terus terdiam sebab dia datang sorang and dia mana ada adik kecik. Adik bongsu pon umur 16 tahun. Abang aku cepat-cepat ambik barang lepastu terus balik


Sampai je dekat rumah dia cerita dekat mak aku. Mak aku just cakap "Haa padan lah muka sapa suruh balik lambat kan dah kena". Tapi kitorang sampai sekarang tak tau siapa budak kecik tu and kenapa dia pakai baju sama macam baju mak aku dulu. Abang aku pon dah insaf tak balik lambat .."


sekian.

Post a comment

11 Comments

  1. Seram jgk baca kisah org ni..mmg nampak tgn budak kt situ kan..cite last skli tu mnakutkan gak.. Tp mujur la tak ada gangguan yg terok.. Apa2 sentiasa jaga solat dan bykkn mbaca alquran

    ReplyDelete
  2. Seramlah.. tak sanggup pula rasa nak baca. Tapi, baca jugak. Benda macam ni tak berani nak ulas. Yang mengalami je yang tahu macam mana kan.

    ReplyDelete
  3. Apa ni petang2 cerita seram, dah la kat ofis Ni sorang2. Tak sanggup abiskan baca

    ReplyDelete
  4. Uiii..seram...mcm kes kita .nmpk budak xde muka mse kat kem kaizen mse sek dlu.. Adoii.. Akk ni suka lak buat seram2..

    ReplyDelete
  5. seramnye sis..tapi smpai situ jeke cite nye sis..hehhe

    ReplyDelete
  6. Bnda mcm ni ada ja di mana- mana .. tapi kalau nampak memang takut lah . Mujur CCL tak pernah alami situasi macam ni

    ReplyDelete
  7. wey siap ada gambar and nampak jelas tangan tu. scarynya. iday pernah kena, ada dalam gambar. tapi macam bayang menyerupai la. ini siap jelas nampak. huhuhu nasib siang and nampak tangan je ehehe

    ReplyDelete
  8. Uit serammnya baca. Siap tutup gambar masa baca..moga dijauhkan la benda2 macam ni

    ReplyDelete
  9. Alahai kenapa akak masuk blog ni malam2. Dah encik suami kerja malam.. Moga di jauhkan perkara seperti ini

    ReplyDelete
  10. seramnya nampak kelibat budak kecik tu,,, lagi2 baca story masa nak tidur ni

    ReplyDelete
  11. mula2 rasa tak nak baca je.. sebab TB ni penakut orangnya tapi bila tak baca kang rasa menyesal.. adoi. dah baca rasa naik bulu roma plak dah aiyoo

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)