Thursday, 1 March 2018

MAKAN SOSEJ YANG DIBELI DI TEPI JALAN,LIHAT APA YANG DI ALAMI KANAK-KANAK

Anak-anak saya suka makan benda yang sama dari tempat yang sama dan kadang-kadang saya rasa ianya macam satu kelebihan juga pada saya. Anak-anak saya tak terkena alahan sebab saya cuma beri mereka makan benda2 yang mereka selalu makan sahaja.

Memandangkan sekarang ni anak-anak kita mudah sangat terkena alahan yang berpunca dari makanan, nak tak nak kita kena berhati-hati dalam memilih makanan untuk mereka terutamanya bila kita nak cuba beri makanan baru . 

Baru-baru ni ada perkongsian pengalaman dari seorang ibu yang menghadapi pengalaman ngeri apabila wajah anaknya berubah menjadi bengkak dengan tiba-tiba sampai melarat ke bahagian badan. Ianya berpunca dari alahan pada makanan..

Jom kita baca perkongsian dari seorang ibu yang dikenali sebagai  Dyla




"Mommy, kalau tetiba anak merengek tengah malam tu cepat - cepat bangun bukak lampu tengok keadaan anak. Bukan tepuk - tepuk dia suruh dia tidur balik.


Sebab apa aku pesan macam ni, sebab benda ni terjadi dekat aku sendiri. 


Ahad (Malam) anak aku merengek - rengek. Dia panggil aku tapi aku suruh dia tidur then tepuk - tepuk dia tapi dia still merengek lagi. So, aku cakap " go dekat daddy " di sebabkan husband aku tak tidur lagi so, dia pun pergi dekat husband aku.


Bila dia pergi dekat husband aku dia still merengek lagi tapi husband aku peluk - peluk dia then dia still erk ork erk jugak. Husband aku buka lampu husband aku tengok muka anak aku separuh dah bengkak.


Husband aku terus kejut aku suruh tengok anak then suruh siap - siap nak pergi hospital. Muka anak aku separuh dah bengkak macam 'jatuh'.  I cry cry cry cryyyyyyyy.




Sampai hospital muka anak aku jadi macam ni. Register pun nak kena tunggu lama. Nak tunggu doctor lagi lah lama. Aku dah risau  anak aku punya muka makin bengkak. Aku decide redah je bilik doc suruh check dengan segera.




Masuk bilik doctor, doctor check - check dia cakap kemungkinan allergic food atau kena gigit serangga (not sure) tapi dia bagi ubat sejenis pill suruh anak aku makan.  Sampai rumah aku bagi anak aku makan but tengahari still  bengkak lagi






Aku tak sanggup dah tengok anak aku macam tu, aku dengan husband aku decide bawa pergi klinik biasa. Doc tu check dia cakap kemungkinan allergic dari bulu haiwan. Masalahnyer sekarang aku tak pernah bela haiwan. Kucing pun aku takut weyyy. Macam mana ni?


Takpe aku positif je lah. Haiwan tu mungkin aku lah tu. BUT NO NO NO! Aku malas bantah cakap doctor aku iyakan je. Balik rumah aku cari jugak mana haiwan kot ada tersorok celah² meja. Tapi takde.


Klinik bagi 2 jenis ubat syrup dan 1 ubat sapu. Aku bagi anak aku makan ubat tu dan sapu sampai malam. Tak tidur wey aku berjaga sampai ke pagi. Tetiba aku tengok badan, kaki, tangan anak aku naik lagi bengkak.



Bila aku suruh anak aku jalan dia cakap ' ouchh sakit ' so, betul lah dia sakit sebab kaki dia bengkak. Pagi tu aku terus direct pergi hospital KPJ tawakkal jumpa doctor pakar ..




Then, doctor cakap anak aku kena "urticaria" sejenis skin allergic mungkin dari food. Bila aku teringat balik last aku bagi dia makan sosej kedai yang tepi jalan tu jual. Aku silap. Betul - betul silap.




Menyesal aku tak sudah bagi anak makan makanan yang jual tepi jalan. Benda dah jadi so, aku belajar dari kesilapan. Lepasni sorry lah aku tak kan bagi lagi anak aku makanan macam tu. Sorry.


Lepasni mommy uolls kena pantau anak. Makan tak boleh bagi sesuka hati. Dan, aku nak pesan jugak orang luar jangan sesuka hati nak bagi anak orang lain makanan tanpa minta izin parents dia.



So, now anak aku dah ok. Badan dia tak bengkak - bengkak bila makan ubat dari hospital semalam. And, now mommy happy tapi still menyesal jugak. Alhamdullilah. 
.
"Sorry ayang, mommy bersalah. Harap ayang tak marah mommy. Mommy love ayang". -Dyla

Kesian anak dia.. sampai tak boleh jalan tu yang sedihnya. Budak2 waktu ni la dia nak melasak, tetiba sakit kaki . Mana la tak sedih..kan?

So mak ayah kat luar sana , hati-hati kalau nak belikan anak makanan dari luar. Jangan bagi benda2 yang anak tak biasa makan atau yang kita beli dari tempat2 yang kita tak tahu anak kita ok ke tidak dengan makanan tu..

kadang-kadang kita tengok sebelum ni anak kita ok je kalau bab makan ni, bagi  apa je dia boleh makan tapi jangan terkejut kalau tiba2 je anak kita makan satu benda yang dia pernah makan, tapi jadi jugak alahan..

Mungkin benda yang kita bagi tu rupa je sama tapi bahan yang terkandung dalam makanan tu entah apa-apa je.. Kita pun tak pasti..

sekian.


7 comments:

  1. fuh
    teringat member pun ada alergik makan jadi bengkak macam tu
    tapi yg ni pasal haiwan lak ek
    apa2pun nasib dah okay

    ReplyDelete
  2. Allah kak.. Tgk mcm tu mmg risau dah.. Mujur la kak cpt bawah pi hospital.. Zaza doakan ank kak Semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. makanan jual tepi jalan ni memang diragui kebersihan dia.. kita pun taktau macam mana pengendaliannya.. TB pun takut dan risau sangat kalau orang suap2 baby ni sebab kita xtau tangan kita bersih ke tidak..

    ReplyDelete
  4. Seriuslah... Kita pernah tgk ank sdre allergic sbb mknn.. Risau gila masa tu.. Sbb yela apa2 dia nk kita bg mknn kt luar.. Xbg kesian lak merengek...

    ReplyDelete
  5. Kena hati2 lain kali. Peringatan buat kita jugak. Kalau ada alergic ni mmg kena lagi beringat lepas ni.

    ReplyDelete
  6. kesian baby... akibat kecuai ibu anak kecil terpaksa menanggung skt... tp bgs jg sbb boleh beri pengajaran kpd ibu bapa yg lain agar x sembarangan membeli mknn utk ank2 yg masih kecil

    ReplyDelete
  7. Dulu masa zaman remaja saya pernah kene alahan macam ni teruk sampai satu badan ... sampai nak keluar rumah pun malu... Alhamdulillah lepas dapat rawatan doctor takde alaham dah sampai sekarang... punca pun sebab pemakanan ...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)