Skip to main content

MAJIKAN PUKUL DAN UGUT BUNUH PEMBANTU RUMAH SECARA LIVE DI FACEBOOK




Hongkong , seorang pembantu rumah warga Indonesia di Hongkong di pukul  majikan nya dan mengejutkan apabila pelakunya ialah seorang wanita tua berusia 79 tahun. Lebih  dasyat lagi ianya disiarkan secara live di facebook.

Sebuah video live di facebook yang menunjuk kan seorang wanita memukul dan mengugut untuk membunuh pembantu rumah tersebut menjadi viral di media sosial.

Dalam video itu menunjukkan majikan nya masuk ke bilik dan mula berleter dan memarahi pembantu rumahnya 

Perang mulut antara mereka menyebab kan wanita berusia 79 tahun itu menampar dan memukul pembantu rumah warga Indonesia tersebut bertalu-talu sambil pembantu rumah terus beristigfar dan menyebut Ya Allah..ya Allah....

Kemarahan majikan nya semakin menjadi-jadi apabila pembantu rumahnya itu bercakap dalam bahasa jawa dan terus beristigfar.

"..mengapa anda bercakap dalam bahasa lain.?Saya tidak faham" sambil dia terus memukul pembantu rumahnya 

Mengikut  laporan Coconut Hong Kong , Majikan nya itu menuduh pembntu rumahnya tidak berguna dan selalu membuat nya marah.



Namun pembantu rumahnya menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia ialah pekerja yang  baik dalam menguruskan rumahtangga namun diperlakukan sewenang-wenangnya oleh majikan nya itu.

Pihak kerajaan Indonesia memandang serius perkara tersebut dan telah menghubungi Pihak polis di Hongkong.

Dengan beberapa maklumat majikan tersebut sudah di tahan pihak polis dengan dakwaan mengasari dan melakukan ugutan bunuh .

Pembantu rumah tersebut sekarang berada di bawah perlindungi pihak polis di Hong Kong.
sekian.





Comments

  1. perghhhh
    gangster betul majikan tu

    ReplyDelete
  2. nsb lah video ni viral dptlah polis indonesia selamatkan rakyatnya di hongkong sana.... tp yg kt malaysia lak camne... yg kes baru2 ni pun pelakunya dh tua gk tp sampai terbunuh amah dia...sian betul

    ReplyDelete
  3. jenayah terang-terangan.. akhir zaman buat jahat pun nak di live kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …