Skip to main content

JADUAL MAKAN BAYI BERUSIA 6 BULAN KE ATAS

jadual makan bayi umur 6 bulan


JADUAL MAKAN BAYI BERUSIA 6 BULAN KE ATAS Setiap bayi yang berusia 6 bulan ke atas sudah boleh diberikan makanan pejal . Seawal 6 bulan makanan pejal akan di proses atau dimasak menjadi bubur, atau di kisar menjadi puri supaya memudahkan bayi menelan dan untuk memudahkan proses pencernaan

Makanan tersebut juga perlu diberikan secara berjadual. Ini supaya untuk mendisiplinkan anak dan memperkenalkan anak dengan pelbagai jenis makanan lain,.Berikut adalah jadual makan bayi seawal usia 6 bulan.

Bayi 6 bulan 
Bayi yang baru diperkenalkan dengan makanan perlu di berikan makan 2 kali sehari sahaja. Ketika ini sistem pencernaan bayi masih baru mengenal makanan lain selain susu ibu.



Bayi 6 bulan - 9 bulan.
Ketika dalam tempoh ini bayi sudah biasa dengan makanan dan sistem pencernaan nya juga sudah cukup baik. Bayi boleh diberikan makanan pejal yang di proses atau dimasak 3 kali sehari.


Bayi 9 bulan - 11 bulan
Ketika diusia ini bayi sudah cukup kuat dan mengenal berbagai jenis makanan.Ketika ini juga bayi sudah semakin lasak dan melakukan berbagai aktiviti.Jadi beri bayi makan 4 kali sehari dan sertakan snack.

Bayi 12 bulan - 24 bulan 
Bayi yang berusia satu tahhun dan keatas  sudah boleh diberi makanan yang pejal . Kebanyakan diusia ini bayi sudah mempunyai beberapa batang gigi yang mampu untuk mengunyah dan menggigit. Beri bayi makan 5 kali sehari dan disertakan dengan diet yang betul .


Sangat penting untuk kita mengetahui jenis makanan dan  waktu makan yang sesuai untuk  bayi kita . Ada bayi yang tidak boleh makan makanan tertentu akibat sembelit dan alahan. 

Jika bayi ada mengalami masalah tersebut rujuk pakar pemakanan untuk mengetahui jenis makanan yang sesuai untuk bayi kita

sekian.



Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …