Wednesday, 28 March 2018

DOA MENCARI BARANG YANG HILANG

Assalamualaikum..




Kat rumah saya ni kalau barang hilang memang susah la nak cari sebab saya ni tahap pelupa tu memang kritikal. Memang tak la saya nak menyelongkar  bilik stor dan laci semata-mata nak mencari barang yang hilang atau yang  saya tak ingat letak di mana.

kalau tiba-tiba je nak guna barang yang tak pasti letak kat mana tu, baik la saya pi kedai dan beli lain.Tak pun tak payah la guna barang tu.. Tunggu la esok ke lusa ke kalau barang tu keluar sendiri baru kita guna.

Dulu saya ni sejenis yang bila nak guna barang yang tak pasti letak kat mana , saya rajin juga menyelongkar . Tapi sekarang sejak dah berusia ni malas la nak bagi tekanan kat fikiran dan badan.hahahah..

Tapi walaupun saya tak mencari tapi saya suka amalkan satu doa ni. Bila saya baca doa ni berulang kali , makin lama saya makin ingat kat mana barang tu ada, Kadang-kadang tempat barang tu tersimpan menjelma dalam fikiran saya..

Macam tu la hebat nya doa dan kebergantungan kita hanya pada Allah di saat kita tak mampu untuk berbuat apa-apa.

Saya kongsikan disni doa yang dibaca ketika mencari barang yang hilang atau ghaib.

1: Surah Al An'am ayat 103


لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

"Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui "

Diatas ni doa yang paling kerap saya baca berulang kali bila lupa simpan barang kat mana. Mermang sanagt-sanngat membantu 



2: Doa nabi Yunus berserta selawat


Selain tu korang juga boleh baca doa nabi Yunus beserta dengan selawat.Sebaiknya  dilakukan dulu solat hajat 2 rakaaat.

Kemudian baca surah Al- fatihah sebanyak 21 kali. Selepas tu baru baca doa nabi Yunus sebanyak 100x .  Lepas tu berdiri dan selawat keatas nabi sebanyak 4 kali.Habis 4 kali terus hembus ke arah barat.,

kemudian selawat lagi 4 kali dan hembus kearah 4 penjuru mata angin: utara barat selatan dan timur.

sekian..

14 comments:

  1. surah Yunus akak tak pernah baca doa tu,,, nice sharing....

    ReplyDelete
  2. Sama la kita.. Tp kita amalkn 1 doa ni gak utk brg hilang.. Ada entri psl doa brg hilang gk... Doa tu pon alhamdulillah berkesan..

    ReplyDelete
  3. Nice tips Kak...Sally kalau brg hilang ibu la mangsanya..hahaha

    ReplyDelete
  4. Doa yg blh diamalkan selalu.. Zaza pun kadang bila barang hlg mmg gelisah mencari tak jmpa.. So dgn ada nya doa ni moga2 brg hlg djumpai dgn izinya.

    ReplyDelete
  5. Bagus perkongsian ni ,pernah dulu ada barang hilang nangis2 terus tertdo Allah bagi petunjuk dlm mmpi bangun tido cari alhamdulilah jumpa

    ReplyDelete
  6. Thnaks for sharing.. bgus cmni.. mencuba kan

    ReplyDelete
  7. Thanks atas perkongsian. serious kadang2 blh jd murung klu cari barang tak jumpa

    ReplyDelete
  8. Haha..tersenyum TB baca part yang barang hilang malas nak cari dan tunggu barang tu keluar sendiri baru guna. haha. TB pun kadang2 pelupa juga mana letak barang tu.. kadang bila nak guna takde. bila taknak guna ada je ternampak2 depan mata.. geram takk.. hahaha.. tq dengan petua dan doa ni ye

    ReplyDelete
  9. Betul kak Diana. Klau barag hilang ni, time kita nk guna la tiba² tak tahu mana pergi nya.
    Cuba time tak heran, time tu la munculnya.
    Mekasih share doa ni.

    ReplyDelete
  10. betul tu ,terima kasih sebab share doa ni

    ReplyDelete
  11. terima kasih perkongsian doa ni. btw follow here #4996

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();