Skip to main content

DI NORWAY ADA BANDAR YANG TIDAK DISINARI MATAHARI

Korang pernah sampai kesebuah bandar kecil di negara Norway yang dikenali dengan nama Rjukan? Kalau belum apa kata korang singgah ke pekan kecil ini. Yang menariknya di sini ialah bandar ini tidak di sinari cahaya matahari.


Bandar kecil  ini terletak di Norway.2 km dari ibukota negara Norway.  Masyarakat di sana hidup dengan cahaya pantulan matahari dari cermin besar yang di letak kan di atas bukit.

Ini berlaku kerana bandar tersebut berada di tengah-tengah kawasan pergunungan . Gunung-ganang di sekitarnya membuatkan bandar kecil ini terlindung dari sinaran cahaya matahari.


Pada tahun 2013  Martin Andre, seorang warga tempatan  yang bekerja di penjana hidroelektrik di  situ  membuat cermin raksasa besar..Dia membuat tiga cermin khas berukuran 17 meter persegi dan diletakan di atas lereng gunung setinggi 450 meter. Cerminnya menggunakan kaedah heliostat (Varden)

Dana untuk projek tersebut di berikan oleh pemerintah tempatan sebanyak 5 juta NOK.


Heliostat adalah salah satu cara baru untuk mengeksploitasi sinar matahari sebagai pencahayaan .

Bagaimanapun, ia tidak menukarkan haba menjadi  tenaga elektrik tetapi hanya memanfaatkan cahaya matahari untuk mencerminkan ruang sebagai pencahayaan .



Cahaya matahari yang terpantul dari cermin di atas gunung boleh menerangi bandar kecil tersebut seluas 600 meter persegi.


Bandar Rjukan mempunyai penduduk seramai 3500 orang penduduk sahaja. Walaupun hanya mendapat sedikit sahaja pantulan cahaya matahari ,dan bandar kecil mereka tak ubah suasananya seperti malam,  namun mereka tetap bersyukur .




Bandar ini sering menjadi tumpuan pelancong kerana ianya dikatakan unik terutamnya ketika musim cuti.

Teringin nak sampai ke Rjukan??

sekian.

Comments

  1. kawasan ni mmg unik la. cantik pula tu..tak sangka ada rupanya kawasan mcm ni kan. tak dpt bayangkn mcm mana mereka hidup tnpa chya.

    ReplyDelete
  2. kesiannya penduduk dekat situ sentiasa bergelap.

    ReplyDelete
  3. Rasa pernah dengar pasal Rjukan..tapi xde dgr pasal yg dorang dah ade cermin besar utk pantulan cahaya tuu :)

    ReplyDelete
  4. Ros baru tahu... tak pasti nak cakap unik atau ape.. rupanya ada tempat sebegini ya..
    sebab tu kena bersyukur dengan apa yang kita dapat kan.. jangan hanya tahu merungut jer.

    ReplyDelete
  5. cm ne laa diorg keringkn baju kan? mesti pakai kipas semata...

    ReplyDelete
  6. 1st time tau.. cmne la depa kn tnpa chaya matahari

    ReplyDelete
  7. Baru tahu di Noreay ada bandar Rjukan yang terlindung dari matahari. Mesti cuaca mereka sentiasa sejuk dan dingin kan

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …