Tuesday, 27 March 2018

ANAK KEDUA LEBIH SUKA BERKONGSI BERBANDING ANAK PERTAMA

Assalamualaikum..





Jarak umur yang jauh antara Maisara dan Mikhail memang beri kesan pada sikap kedua-dua anak saya. Maisara lahir pada tahun 2007 dan Mikhail pula lahir ketika Maisara dah berusia 6 tahun..

Bayangkan selama 6 tahun apa yang kami beli hanya untuk maisara dan dia tak de adik beradik lain untuk berkongsi. Kalau dia pergi kedai, dia cuma akan beli aiskrim hanya untuk diri dia.

Kemudian tiba-tiba saja bila dah ada adik , sikap "semua milik aku" ni susah sangat nak kikis dalam diri Maisara.

Kalau dia pergi kedai  beli aiskrim susah la dia nak belikan untuk adik dia sama, kecuali kalau saya atau ayahnya pesan.."belikan untuk adik sama..".

Masa tu baru la dia belikan untuk adik dia..

Kadang-kadang dia balik dari sekolah bawa coklat, selamba dia je makan sorang-sorang  depan adik . Adik ni pun apa lagi mengamuk-ngamuk la nak coklat jugak.

Hahahha,,

Tapi berbeza dengan sikap Mikhail... 

Mungkin sebab lahir dan membesar je dia memang dah ada kakak.Dia dah memang diajar untuk berkongsi setiap apa yang dia beli..Dia diajar kalau nak makan, kena makan sama-sama kakak.

Setiap kali dia pergi kedai dia akan balik dengan bawak sesuatu untuk kakak dia. Tak kisah la kadang-kadang barang yang dia beli  untuk diri sendiri lebih  mahal sikit la dari barang kakak tu..

Tapi tetap ada sesuatu untuk kakak..Tak payah di pesan. kalau beli aiskrim , dia akan pilih dua.Satu untuk dia, satu untuk kakak.



Si kakak tu bukan tak di pesan.. Tapi mungkin kami ajar bab berkongsi dengan adik tu macam lambat sikit.Ye la..umur 6 tahun baru dapat adik..lepas tu dalam umur 8,9 tahun baru dia berkongsi mainan dengan adik, berkongsi makanan dan sebagainya..

Bab berkongsi dengan kawan2 tak sama dengan berkongsi dengan adik beradik..kan?? Dengan kawan2 bukan selalu dia keluar berkawan. 

Walaupun macam tu kami tahu yang si kakak tu akan berubah juga satu hari nanti. Dia cuma belum terbiasa dan ada sikit ego tu. maklum la bila ada adik ni dok rasa dengki je , dok perasan macam adik tu dimanja lebih sikit dari dia..hahaha..padahal sama je..

Adik pun kena rotan jugak..

hahahha



10 comments:

  1. Yeke kak..hehehe.. Tapi ank no 2 ni nmpk grg tp lembut kan hati.. Hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha sy anak kedua.. serupa dgn anak akak. abgg sy agak kedekut sikit bab sharing hahahaha. Ada masa dia mau sharing~ Nice post

    ReplyDelete
  3. Masing2 ada peel ye.. Hihi..sama mcm ank buah gak la.. Kalau beli.. Beli kt dia sorang je.. Adik2 yg lain kalau nak kena beli sdri haha.. Tp ibu dia slalu pesan nk beli.. Bli skli utk abg n kakak dia.

    ReplyDelete
  4. kdg2 betul kdg2 xde plak haha
    el anak kedua..tp sllu mmg sharelah
    tp ada gak kemut certain time hihi

    ReplyDelete
  5. setuju...anak kedua sy banyak mengalah dgn abangnya..

    ReplyDelete
  6. Owh tggu ada anak nanti baru taw pasal anak hihihihi.. Loni baca kisah kak diana pun rasa dlm beradik2 ekin abang no xde sifat macam tu hahahaha

    ReplyDelete
  7. mcm2 perangai yek.... tp masa akak dulu, akak suka share apa2 ngn adik2... masa kecik n sampai time dh tua nih... adik akak no 3 ngn yg bongsu yg kodokut heheheh

    ReplyDelete
  8. Erm.. kalau sy dgn adk brdik x ingat dah macam mana. Tapi kalau anak sendiri ni nampak la jugak. Antara zara dengan zhareef ni. Zara ni dekut sikit. Adk dia kadang banyak beralah. Ikutkan jarak umur x jauh pun. 2tahun. Mungkin yang no.2 tersedia maklum dia ada kkak kut. Hehe

    ReplyDelete
  9. Hehehe..haknya dah dirampas. Tak taula nanti fariza dan adiknya. Tapi kata orang, anak kedua garang

    ReplyDelete
  10. Anak anak akak lain perangai. Anak anak saya dua dua tak nak share..baik yg sulung baik yg no 2. Xnak beralah dan x suka kongsi.tme baik baik sgt..time bercekau adoii runtuh rumah. Sebab tuh kalo beli sesuayu bnd saya beli utk dua dua sekali sebab tahu diorang xnak berkongsi pnya

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();