Skip to main content

4 KISAH SERAM DI MUZIUM MELAKA

Siapa suka pergi Muzium?Anak-anak saya memang suka ke muzium. pertama nya sebab diaorang suka membaca, dan kedua sebab si adik boleh berguling atas lantai.hahahah..

Tapi ada orang yang tak suka ke Muzium kerana di muzium terdapat barang-barang lama yang katanya ada 'bertuan" ., Jadi benda2 macam ni akan membuatkan ada perkara mistik berlaku dalam muzium tersebut.

Betul ke dalam ada perkara macam tu berlaku?

Mengikut cerita-cerita dari orang ramai , Muzium di Melaka  pernah berlaku kejadian mistik.Perkara ni didedahkan sendiri oleh salah seorang kurator yang bertugas di Muzium tersebut.

Sebelum ni dah ramai yang cerita muzium ni memang seram dan berlaku berbagai kejadian aneh.

Jom kita baca kisah benar kejadian di dalam Muzium tersebut yang boleh buat korang berdiri bulu roma.Kisah-kisah ini diceritakan oleh oleh kurator di muzium tersebut yang tidak didedahkan nama sebenarnya.





KISAH 1 
Kejadian ini berlaku di salah satu muzium di negeri Melaka. Muzium ini berbentuk kapal, pada masa itu aku kena stay up. Sudah 3 hari bahagian atas di tutup. Nak repair and nak ubah letak cara patung-patung dan repair lighting.


Aku sebagai kurator, nak tak nak kene tunggu kontraktor selesaikan kerja. Jam 10 malam, Melaka lengang. Maklumlah, hari berkerja. Masa tu aku nak turun bawah. Nak keluar.


Dekat luar muzium, ala-ala macam tempat dek kapal aku pusing nak amik kasut dan pakai. Tiba tiba ada orang memanjat tangga.


Berpakaian segak, bertanjak, bertengolok dan bersongket! Naik dan lihat aku. Dan terus masuk dalam muzium! Aku terus cabut! Tak tutup pintu. Tau dek bos, mati aku.


Pagi esok, aku first sampai. Terkejut tengok patung mannuquien Panglima Awang dan Ferdinand Magellan di luar muzium sedang melihat lautan! Maksud aku mengadap. Tangan Magelan menunjuk arah sungai . 


Cepat-cepat aku letak ke dalam. Aku rasa macam Ben Stiller dalam cerite Night at The Museum.


KISAH 2
Ini kisah bersambung dengan kisah yang pertama. Sejak kejadian itu, aku takut nak ke muzium itu. Tetapi apakan daya atas sebab kerja.


Suatu malam, aku terpaksa dan ini semua salah kawan aku, Ali yang tertinggal blue print di dalam. Bos nak blue print malam tu. Katanya nak tunjuk kat Menteri Besar  untuk mintak dana.  Masih awal kira 2 jam 1040 malam.


Ali ke dalam, aku tunggu luar. Aku nyala rokok dan tunggu.

PAPPP!!!

Bahu aku di tepuk! Belakang aku ada lembaga berbadan besar sama macam malam itu! Bertempik di telinga aku:

“Labuhkan sauhhh!!”


Aku tertelan asap rokok dan terus berlari ke bawah. Sampai di bawah.elok je aku tengok Ali tunggu kt kereta. 

“Aku dah panggil ko masa keluar. Aku ingat ko dengar. Aku rasa seram, tu yang aku turun cepat”

ujar Ali


Dalam hati aku menyumpah seranah.


KISAH 3
Hobi aku download movie dan jual pada teman ofis. Kadang2 siap amik job downloadkan cerita korea untuk kakak2 di office. Hasil boleh dikatakan lumayan. Aku maksimakan kepandaian aku dalam bab komputer. 

Muzium di negeri ni , Besar muziumnya. Sebab utama, sebab situ wifi laju giler! dan aku tau pasword!


Malam tu, Adi, kawan aku tu ajak g ronda. Aku malas, tengah download dan kira-kira 5 minit, aku jadi bosan. Jadinya aku pun mencari Adi.


Kami berborak dan Adi ajak masuk dalam. Tiba di dalam, aku ni dari dulu nak pergi ke bailarung istana. Nak duduk kat kerusi sultan. Haha! Ada patung-patung sedang menghadap sultan konon2 nak bagi ufti. Dah malam, aku masuk dan terus naik ke kerusi sultan.


Adi hanya senyum dan aku malam itu sangat cabul. Aku usap-usap rambut ‘sultan’ dan siap bertitah kononnya dengan delegasi dari Arab. Sambil aku memakai tanjaknya. Ketat, sudah dijahit mati.


“Beta tak nak matawang buaya kamu pak aji. Beta mahu Ipad dan telaga minyak. Hahaha” berdekah-dekah aku ketawa.


Sejurus dari itu, terasa ada angin sayup-sayup masuk ke perkarangan istana. Terus aku cuak! Dan tiba tiba ada suara seperti berbisik di cuping telinga aku ;

“Diperkenankan. Daulat tuanku”


Spontan aku tertolak mannuquien ‘sultan’ dan terjatuh! Dan tanjak sempat aku buang
Dan terus aku lari memanggil Adi. Dan sempat aku pandang ke belakang, Perlahan-lahan ‘Sultan’ itu bangkit dengan sendiri. Seperti di bangunkan oleh tangan ghaib.


KISAH 4
Masih di tempat yang sama. Selepas kejadian itu, Adi mohon aku jaga tingkah laku. Aku akur dan download movie. Tiba waktu rondaan, aku memang follow Adi, takut!


Ronda kira2 20 minit, kami terpaku. Di hadapan pintu keluar. Berselerak kepala kepala manuquien. Kepala patung dan dapat aku lihat kesemua patung dalam tu. Semuanya headless!


Cepat-cepat aku lihat Adi membaca ayat kursi dan terus menarik aku. Perlahan-lahan kami keluar. Tiba di bilik pengawal:


“Dah selalu ar aku kena Lan. Kurator bagi tahu aku, ada sesetengah baju yang patung tu pakai memang baju zaman-zaman diorang.


Siap ada yang dibasuh sebab ada kesan darah dan ada yang dijahit sebab ada kesan tusukan tombak. Salah satunya, tanjak ‘sultan’ tu. Itu memang penah dipakai oleh tuanku sultan..” Ujar adi . Dan aku memang terkedu mendengarnya...




sumber: twitter Illansfwn

Sebenarnya bukan Muzium Melaka je yang ada berlaku kejadian-kejadian macam ni..Kan??Cuma mungkin kisah-kisah nya tak didedahkan.

Contohnya macam Kompleks Sejarah di Pasir Salak.Memang banyak cerita-cerita mistik yang tersebar sejak saya kecik lagi.tapi tempat tersebut sentiasa jadi tumpuan pengunjung dan pelancong.Mungkin genarasi sekarang dah tak tahu kisah2 seram di Kompleks Pasir Salak tu.

Kalau ikutkan rasa takut tu , memang rugi la sebab sampai bila kita nak tahu sejaran dengan hanya membaca. Kan lagi bagus kalau dapat lihat kesan2 sejarah terus di depan mata..


sekian..


Comments

  1. seram ..

    sangat seram..

    tapi jangan takut.

    Allah kan ada,

    berserah dan tunduk serta takut hanya pada Allah SWT

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …