Breaking

Thursday, 8 February 2018

WANITA INI PAKAI KORSET 23 JAM SEHARI UNTUK KECILKAN PINGGANG

WANITA INI PAKAI KORSET 23 JAM SEHARI UNTUK KECILKAN PINGGANG Tengok kawan-kawan semuanya sedang berusaha nak turunkan berat badan rasa bersemangat nak teruskan diet . Kita kena lah kawal pemakanan kita memandangkan usia pun makin meningkat.

Kalau berat badan turun , aktiviti seharian pun jadi lancar, badan pun cergas , mudah juga nak cari pakaian yang sesuai.. Banyak kelebihan bila badan kurus dan langsing.Sebab itu ramai wanita sanggup melakukan apa saja untuk nampak kurus walaupun ada yang sehingga sanggup menggunakan cara yang agak ekstrim.



Bercakap tentang kurus cara ekstrim ni saya terbaca kisah tentang Diana Ringo, 39, dari Chula Vista, California . Selepas  melahirkan anak kembarnya tiga tahun lalu, dia merasakan bahawa dia sudah kehilangan bentuk badannya . Diet dan senaman sahaja tidak memberikan hasil yang diingini, jadi dia  kini memakai korset yang ketat 23 jam sehari,

Diana hanya mengeluarkannya untuk mandi atau bersenam. Ibu-tiga wanita itu kini mempunyai pinggang 18-inci berbanding sebelum ini 27 inci.



(Pinggang  27 inci dia dah rasa hilang bentuk badan.. Saya punya pinggang ni dah 34 inci. Agaknya kalau bagi dia 34 inci ni bukan takat hilang lagi, tapi dah hancur musnah  kot..hahahaha)

"Apabila saya memakai korset saya berasa  begitu seksi. Malah ianya meningkatkan keyakinan diri saya dan  membuat saya berasa sihat, "kata Ringo kepada Barcroft TV.

"Saya tidak gembira dengan badan saya sebelum ini kerana saya gemuk. Tidak ada yang salah nya jika mempunyai lemak  tetapi lemak di badan saya tidak membuatkan saya nampak feminin. Iamembuatkan bentuk badan saya seperti lelaki dan saya tidak menyukainya.. "

Diana Ringo yang kini bekerja sebagai tukang masak Tentera Laut, mempunyai koleksi lebih daripada 45 korset bernilai $ 1,955 untuk membantu mengekalkan bentuk badan nya.

"Apabila saya tidak memakai korset, saya  terasa seperti ketika saya tidak memakai bra. Rasa lega tetapi saya tahu saya perlu memakai korset semula. "



Suami nya , Bret seorang  pegawai Tentera Laut berusia 33 tahun, agak risau dengan keadaan pinggang isterinya  yang semakin kecil  tetapi dia semakin akur dengan keputusan isterinya.. Walau bagaimanapun, Bret telah membuat beberapa perjanjian supaya pinggang isterinya tidak terlalu kecil.

Pernah Bret berasa terlalu risau hingga kan dia membawa Diana mendapatkan pemeriksaan kesihataan .Namun doktor mengesahkan isterinya sihat dan itu membuatkan dia berasa lega dan mula akur dengan  cara Diana.

Walaupun wanita ini sihat tapi kita harus tahu tindakan seperti ini  sangat merbahaya. Penggunaan korset yang keterlaluan   boleh menyebabkan kerosakan organ dan tulang belakang apabila diamalkan dalam jangka waktu yang lama.



Mereka yang mengamalkan cara ini  juga menghadapi risiko masalah pencernaan yang disebabkan oleh sekatan ke abdomen, rahim prolapsed, terutamanya jika dipakai semasa kehamilan, dan atrofi otot belakang yang rendah yang membawa kepada sakit belakang.

Diana Ringgo bukan lah wanita pertama yang mengenakan korset untuk mengecilkan pinggan dengan cara ekstrim .Sebelum ini seorang  model Venezuela Aleira Avendano, yang juga memakai korset selama 23 jam sehari untuk mengekalkan pinggangnya ke angka 20 inci.  Begitu juga dengan Michele Koebke yang secara beransur-ansur memakai korset yang lebih ketat untuk mencapai pinggang yang paling kecil di dunia.

Jadi memakai korset untuk kecilkan pinggan ni memang berkesan. Siapa yang kata tak berkesan tu mungkin sebab pakai setakat 2-3 jam sehari..Hahhah.. tapi berpada-pada lah..Saya lebih yakin dan ercaya dengan cara senaman dan mengawal pemakanan saha boleh menguruskan badan malah memebri kesihatan dalaman dan luaran.

sekian..



1 comment:

  1. Bahaya juga kalau memakai korset terlalu lama ye.Terima kasih atas maklumat itu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox