Breaking

Sunday, 11 February 2018

TAHUN PALING PERIT SEPANJANG 20 TAHUN HIDUP - GADIS INI KONGSI PENGALAMAN BERTARUNG DENGAN PENYAKIT KANSER

TAHUN PALING PERIT SEPANJANG 20 TAHUN HIDUP - GADIS INI KONGSI PENGALAMAN BERTARUNG DENGAN PENYAKIT KANSER Penyakit kanser adalah keadaan dimana berlaku ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Rawatan untuk kanser bergantung kapada jenis kanser dan juga umur pesakit itu sendiri. Rawatan yang dilakukan termasuk la Kimoterapi, pembedahan atau radioterapi.

Jadi bukan mudah bagi seseorang nak menghadapi penyakit kanser ni.mereka memerlukan sokongan terutamnya keluarga, Seorang gadis berusia 20 tahun , Athirah , berkongsi kisah dan pengalaman nya mengidap kanser .

Semoga pengalaman yang dikongsikan ini akan memberi semangat kepada pesakit-pesakit kanser yang lain.


Sumber: 

pengalaman pesakit kanser

2017..

Tahun paling perit selama 20 tahun hidup dekat atas dunia ni tetapi hikmah paling manis Allah bagi. A thread of my experience with cancer. Stay strong for those that still battling with cancer! You are a true fighter! 🙆💕


Semuanya jadi cepat sangat. Things started to happened masa bulan mei 2017. Time tuh act dah perasan perut agak kembung sikit tapi typical me ingat sebab makin gemuk 😅 so ignore jelah

Then balik sabah sambung study. Time tuh bulan puasa makan pun banyak la. Perasan jugak tiap kali lepas berbuka jadi mcm susah nak bernafas, again ingat sebab makin gemuk. Hoho

Sampailah dah makin perasan perut makin kembung dan keras even lepas makan tak surut. Tanya jugak umi kenapa eh perut mcm kembung semacam tpi melalui call jela sebab jauh, umi suruh minum eno halia sbb mungkin masuk angin kot.

Again still macamtuh jugak kembung mcm baru lepas mkn and bila tekan keras mcm ade something. Then busy siapkan asgmnt sana sini, typical student busy nk dekat final dgn itu ini so ignore je perut tuh sampai nk dekat cuti raya.

PENGALAMAN BERTARUNG DENGAN PENYAKIT KANSER


Balik je cuti raya sampai klia seronok borak2 dgn parents lama tak jumpa kan. Then suruh umi rasa perut terus umi kata nih lain nih. Rushing pergi cari klinik mlm2. Umi abah da risau.

Sampai klinik doktor check and buat ultrasound. Nampak tak normal. Doc buat surat supaya followup hospital esknya. Dari happy kecoh terus sunyi rumah malam tuh. Muka umi abah da completely berubah, aku terus masuk bilik duduk termenung.

Esok tuh pergi PPUM check dekat klinik gynae. Doc buat ultrasound and cakap nampak mcm ketumbuhan atau tumor centuh. And dah agak besar. Doc suruh cepat ambik tarikh kena ct scan and operate.

My first ct scan and result ct scan not good. Even ct scan pun tak boleh detect tumor tuh effect dekat mana. Sbb tumor tuh da tutup sebahagian perut. So nak taknak kena operate. Abah umi da susah hati. Sbb operation doc ckp ada risiko potong usus, pendarahan byk and risiko maut.

Aku time tuh tak tahu nak rasa apa. Dahla nak dekat final and raya. Umi sedih sangat sampai nak prepare utk raya pun tkmau sgt. Aku pujuk umi inshaAllah takda apa. Doa doa moga tumor je tuh.

Time raya acah okay je😂 pedehal serabut stress gila pikir nk ambik final tak. Nnti tak ambik kena repeat syg sbb tinggal nk final je. Kalau ambik ade risiko bnda tuh makin besar and dahla jauh. Umi abah senyum je sepanjang raya kat kampung but i know deep down diorg susah hati😢

pengalaman pesakit kanser

So end up buat keputusan ambik cuti khas. Umi suruh utamakan kesihatan. Redha. Doc pun ckp bnda sama paper boleh repeat tpi kesihatan takde repeat2 tau. Seumur hidup tak pernah terfikir akan pause study.

7/8/2017 warded PPUM. Belajar sikit physio untuk kuatkan paru2 sebab nanti operate ada tiub akan dimasukkan ikut mulut ke paru2 and totally depend on machine. Seram beb.

Habis operation sedar2 nurse panggil nama and cakap, athirah dkt hospital nih and kalau sakit tekan je button nih ya sebab tuh ubat tahan sakit. Mmg time sedar tuh mata blur2 and terpinga2 gile kat mana nih. Then sedar dah hbis operate. Alhamdulillah.

Tak boleh bangun and perut rasa pedih. Nak cakap pun tak boleh. Ada member dtg nangis tgk aku btul2 lepas operate tuh, tergagap2 aku cakap sorry takleh cakap kt dia pastu tunjuk penumbuk ckp jgn nanges weh. Haha

Lepas 4 jam gitu baru betul sedar. My operation abah cakap sejam lebih je. Alhamdulillah. Aku sedar mata abah umi sembap lepas operation tuh. Tapi diorang tak nanges depan aku sbb tahu aku takboleh. Hm

pengalaman pesakit kanser

Time tuh jgk sedar tak kuat nak bangun. Selak perut penuh bandage lagi.2 hari lepas tuh doktor cabut alat bantuan pernafasan dgn tiub kencing. And dia tengok luka dekat perut dah kering.

Then gila terkejut tengok rupa2nya perut kena stapler weh. Terbuntang gak mata. Hahaha sebab katanya umur still muda so dia mengharapkn sel tuh akan bercantum sendiri instead of jahit. Seram. Stapler menegak sebab tumor besar sgt. Kiri kanan ada tiub vacuum darah.

DI SAHKAN MENGIDAP KANSER OVARI DYSGERMINOMA STAGE 3


Alhamdulillah operation went well doc ckp just that my ovary sebelah kiri kena buang. Sbb dia membesar dari situ. Hari masa dia nak tarik tiub darah dari dlm perut tuh sakit mcm kena siat je daging rasa. Tak menjerit apa tpi tahu2 mata leleh dahhaha

Okay fast forward sebulan kemudian dpt result tumor. I was diagnosed with Kanser Ovari Dysgerminoma Stage 3. Tumor tuh besar 20cm. Ya Allah.. Dugaan apa ni.. My heart breaks. Tapi gagahkan diri to say its okay you can do this tirah. Have faith.

Masa doc bagitahu tuh mmg steady acah lgi dpn abah. Then nurse tuh terangkan pasal kimo and keep on ckp athirah kena kuat tau. Abah pun asyik ckp bnda sama kakak kena stay strong tabah, mmg menangis jgk la dibuatnya. Haha me is lembik jugak kadang.

Balik rumah bila umi tahu lagi sedih umi sebab dia dah pernah hadap kimo dua kali dlm hidup dia. Dia tahu sakitnya kimo. Seharian dia tk ckp dgn aku. Esknya dia dtg and peluk ckp, kakak umi mintak maaf sbb umi tak boleh tahan air mata umi. Umi hrap kakak kuat utk hadapi ni smua😭

My first kimo ramai ws bagi semangat itu ini doakan and siap ada yg dtg melawat. Terharu sangat. Salah satu sbb aku kuat sebab doa2 diorang dan umi abah. Tq wont be enough. Allah je mampu balas jasa dan kebaikan korang😊

Effect ubat kimo buat aku down jugak. First kimo je okay. Next cycle aku akan always muntah. Pernah sekali tuh hampir 17 kali muntah dlm sehari. Satu bdn lemah. Menggigil. Lgi2 masa 3rd and 4th cycle rasa tkmau dah nak pergi hospital hadap bnda sama.

Lepas kimo makin turun berat. Org ckp makin cengkung, kurus sgt itu ini. Murung gile sorang2 nangis. Start dari situ stay away from people. Emosi mmg tk stabil. Penah ada yg kena marah free. Lol

Masa kimo memang paling seksa. Sebab aku tiap kali kimo kena duduk wad 3 hari. Hari first 3 ubat masuk and selang dengan 2 air. Hari second and third satu ubat satu air. Total ubat 5 and air 8

Kadang bila orang tanya mcm mana rasa kimoterapi taktahu nak describe macammana. Haha dah 2018 nih harap sgt org makin makin peka dgn apa itu rawatan kimoterapi instead taktahu je and tanya mcm2.

Day by day effect kimo dah makin nampak. Rambut makin gugur. Kening hilang. Bulu mata hilang. Hahaha tipu tak down. Thats why jarang dah tgk cermin sebab tak sanggup.

pengalaman pesakit kanser


Kadang sebak jugak sorang2 tgk member seronok study, hangout, selfie. While me duduk dekat katil wad scroll through their instastory sambil ubat kimo tgh masuk. Start dri situ i prefer to sleep je sepanjang masa and harap semua cpt2 habis

RAWATAN KIMOTERAPI SETIAP MINGGU


And yeah tiap minggu kena dtg hospital untuk cucuk ubat kimo jugak. Muak gila dah pergi hospital😂 kalau cerita pasal kimo memang byk dan takkan habis.

Tiap kali nak kimo balik selalu pesan, satu lagi tirah sikit lagi dah nak habis dah. Sampai la 6th cycle habis je ubat terakhir masa hari 3, rasa beban tuh dah ringan sikit dada tak sesak dah fikir utk next cycle sbb da habis Ya Allah syukur i survive through all 6th cycle.

Time nurse cabut je ubat kimo tuh mmg mata berair2 habis la. While tunggu umi dtg utk discharge termenung sorang2 and end up nangis gila. Tak percaya diri sendiri dah hadap semua.

Sebulan lepas kimo yang last tuh, kena ct scan utk tgk balik kimo berkesan tak and sel kanser tuh makin kecik atau tak. Serius berdebar nerves habis nak ct scan harituh.

Seminggu lepas ct scan jumpa doc. Alhamdulillah ya Allah my result okay and now hanya kena jaga mkn and checkup 3 bulan sekali. Gembira tak tahu nak cakap. Tapi bila fikir i'm not fully cure. Sebab kimo tuh hanya cara utk prevent from cancer attack lgi.

But yeah i will try my best utk stay healthy. Makan tak boleh ikut suka hati. And slowly nak regain back my stamina.

Kanser nih gais boleh attack mana mana orang tak kira umur. Kalau ada apa apa pelik pada diri sendiri sila lah check klinik cepat. So that bole selamatkan dri awal. Jangan biarkan.

Terutama if you have family history with cancer. Kena hati hati. Elakkan ambik kolagen, junkfood semua tuh. Bcs from my experience i used to eat lot of rumpai laut(collagen) thats why benda tuh aktif dan besar cepat.

Tapi ikut orang jugak ada orang boleh je mkn but takde effect. For me maybe sebab my mom ada breast cancer and my aunt pun breast cancer jadi possibility utk kena lgi tinggi. Breast, ovary dan usus adalah kanser yg berkait. So kalau ada salah satu maybe boleh kena yg antara tuh.

Semangat dari member and family memang yg paling membantu utk aku teruskan hidup sampai sekarang. Lagi lagi umi. Umi lah punca aku kuat dan hadap semua nih. Tanpa dia mungkin aku tak sekuat ini.

Mungkin aku diduga dengan sakit macamnih. Tapi ada orang lagi berat dugaan dia. Walau apa pun kita hadap kita diduga ingat yang Allah tahu kita mampu. Dia percaya hamba dia mampu. Sakit nih penghapus dosa dan cara untuk latih hati supaya terus sabar dan tabah.

So hye this is me now. No bulus mata. No bulus kening. InshaAllah as time goes by dia akan tumbuh balik. Hehe pray for tirah. I hope my life going to be brighter than ever!! Lepasnih sambung study balik and i'm so excited! If ada apa2 nak tanya u can dm or comment 😊

pengalaman pesakit kanser

Maaf gais takdapat nak reply semua dm or comment 😥😭 frequently asked question mcm symptom you can search through google. And pls kalau rasa was was do check with doctor okay! Jgn takut utk check inshaAllah takda apa2. Be positive!💞💪


Di harapkan  semua pesakit-pesakit kanser dapat berjuang dan kuatkan semangat seperti Athirah . Semoga cepat sembuh ..


2 comments:

  1. Semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan.Semoga cepat sembuh dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox