Skip to main content

SERAM!! WANITA MENINGGAL AKIBAT ASMA MINTA UNTUK DI X-RAY



Cerita-serita seram kerap dikaitkan dengan hospital.. Ada orang kata hospital ni tempat persinggahan si mati untuk kealam yang satu lagi. Agaknya sebab tu la ada banyak perkara mistik dan menyeramkan berlaku di hospital.

Saya terbaca satu kisah seram yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin yang pernah bertugas di jabatan kecemasan dan Trauma (A&E) ketika bertugas sebagai Doktor di sebuah hospital.

Jom baca perkongsian kisah menyeramkan yang dialami ..

 
Ketika tu aku bekerja di Jabatan Kecemasan dan Trauma(A&E). Di A&E memang kena kental, sebab selalu dapat kes ngeri. Tangan lunyai masuk mesin tevu. Accident, perut terburai. Jatuh pokok, mata tertusuk ranting.

Namun ada satu kes ni, aku tak akan pernah lupa.


Pesakit tu nama Makcik Salmah(bukan nama sebenar).

Umurnya 70 tahun. Selalu datang A&E sebab asma. Asal datang je dia terus nak minta injection Bricanyl dan Hydrocortisone. Dia kata nebulizer Salbutamol tak jalan. Kalau teruk sikit dia nak X-ray paru-paru. 


SIAPA PULA HANTAR DIA KESANA?BUAT APA NAK X-RAY?

Tapi, satu malam tu.


“Doktor! Salmah binti Pudin— pesakit Zon Merah kes asma tu, saya dah shoot chest X-ray dia tiga kali, tapi imej tak keluar-keluar” maklum jururadiografi kepada aku melalui telefon.

Pelik aku dibuatnya. Eh, Siapa pula hantar Makcik Salmah tu ke sana? Buat apa nak X-ray dia?


“Doktor nak saya try shoot lagi ke? Kalau tak nak repeat X-ray, saya nak suruh dia balik ke A&E. Kes kritikal mana boleh lama-lama di Jabatan Radiologi ni. Dah la tak ada staff A&E escort. Kalau apa-apa jadi, siapa nak tanggung?” rungut jururadiografi tu lagi.

Aku jadi bingung.


Setelah berfikir masak-masak, aku pun beritahu jururadiografi itu:

“Tak payah! Kau suruh dia balik. Dia sesat tu.” jawabku tegas sambil meninjau kubikel 1 Zon Merah. Jenazah Makcik Salmah yang kami tak berjaya selamatkan tadi, masih terbujur kaku di atas katil di kubikel itu.

MAKCIK SALMAH SUDAH TIADA

Malam tu, Makcik Salmah tiba ke A&E mukanya biru akibat serangan asma yang teruk.

Kami beri Hydrocort, Terbutaline, malah kami intubate Makcik Salmah. Namun kali ini dia terlambat, dan tiada apa-apa yang kami boleh lakukan untuk halang pemergiannya.


Yang menjadi bualan sehingga kini, selepas kami gagal 'hidupkan' dia kembali selepas CPR selama 30 minit, dia tetap ikut rutin kebiasaan dia untuk ke jabatan radiologi untuk X-ray.

Memanglah tak keluar gambar bila shoot X-ray, sebab rohnya sahaja di-shoot. Jasadnya masih di A&E


Apapun, semoga Makcik Salmah tenang di sana.

Sekarang aku dah tak kerja di hospital. Rindu pula rasanya. Macam-macam pengalaman pahit dan manis. - Dr. Kamarul Ariffin



Errghh..memang seram la..Bayangkan kalau setiap malam dia datang untuk X-ray.. yang dah biasa hadap tu mungkin tak jadi masalah. kalau yang baru-baru tu entah macam mana la ye??ahhaha..

sekian..

Comments

  1. msti jururadiografi tak tau kn arwah dh mati, kalu tak mau nngis time tu jgk... huhuhu

    ReplyDelete
  2. APA YG BERLAKU DGNIZIN ALLAH...MMG SERAM

    ReplyDelete
  3. kalau dia tau laa pompuan tu yg sbnr ... mau pengsan jam tu jg

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …