Breaking

Monday, 12 February 2018

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32 - AJL 32

AJL32


SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32 - AJL 32 Ramai yang tertunggu-tunggu Anugerah Juara lagu . Kalau di media sosial kehangatan Anugerah Juara lagu sudah mula dirasai sejak seminggu lalu..Dan malam ini lah  penentuan lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Pemenang AJL32.

Acara pembukaan dimulakan dengan kemunculan Stacy bersama Waris yang menyampaikan lagu-lagu medley nyanyian Stacy . Aku Stacy, Bosan dan pakai Buang. Kemunculan beberapa gadis memperagakan pakaian  hasil rekaan Rizlman Ruzaini sambil memegang Trofi AJL  memang memberi satu kelainan. Macam pertunjukan fesyen pulak...

Stacy Ajl32

Pengacara AJL32 kali ini ialah Alif Satar dan Sherry Al Hadad. Ada yang saya baca di sosial media mereka nak tengok AJL sebab nak tengok pengacara nya saja.Wah!!pengacara pun boleh beri impak besar pada satu-satu rancangan siaran lansung tau.Kalau tak , majlis akan boring dan lemau.hahah..Kena kecam, menjawab la sendiri..kan??

Anugerah Juara lagu kali ini membariskan artis-artis popular yang memang hebat-hebat vokal nya. tahun  ni kita ada  Syamel (Lebih Sempurna)  ,Azmi caliph busker (Sejati) , Hazama & The Penglipulara  (Aku yang sebenar), Wany Hasrita( Menahan Rindu ) ,  Hael ( Jampi) ,  Salma ( Akhirnya cinta ) , Dayang Nurfaizah (Separuh Mati ku Bercinta ) , Syamel dan Ernie ( Aku Cinta ) ,  Altimet (Amboi),  Ara Johari ( Warkah untuk Ku) , Khai Bahar (Bayang)  dan Haqiem Rusli (tergantung Sepi) . 


Syamel ajl32

Azmi Ajl32

Hazama Ajl32

Wany Hasrita Ajl32

Hael Ajl32

Salma Ajl32

Dayang Nurfaizah Ajl32

Syamel dan Ernie ajl32

Untuk AJL32 ni saya rasa best la dengan pengacara dua orang ni..Menghiburakn betul.Serasi bersama...Persembahan Dayang Nurfaizah paling di puji penonton.Tak payah drama-drama..Guna kekuatan vokal je. Gaya orang lama..kan??

Persembahan paling menghiburkan  ialah Altimet. Walaupun rap je tapi terhibur la. Memang gempak habis . Siap bawak Nabila Huda jadi makcik bawang.hahahah

Altimet Ajl32

Ara Johari Ajl32

Persembahan Ara Johari yang mendapat kritikan paling teruk selepas persembahan Wany Hasrita . Khabarnya Ara Johari  tak sihat. Awal2 dah bagi kenyataan paling selamat. Supaya tak de la orang nak mengata..kan??Tapi mengikut dari persembahan Ara pada separuh akhir dulu pun , memang suaranya pecah dan di kritik ramai..

Khai Bahar Ajl32

Haqiem Rusli Ajl32

Sementara tunggu keputusan pemenang dihiburkan dengan Pop yeh yeh.. Persembahan dato A Rahman Hassan .Bergoyang-goyang semua penonton siap sama-sama menyanyikan lagu Tak Mengapa.

Selain tu ada persembahan Dato Awie , Dato Jefry Din dan Siti Sarah Raisuddin. Memang meriah bila penonton pun menari bersama.Esok jangan ada yang ponteng kerja dah la..Sebab sakit pinggang.hahahh..

Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 32

Juara Anugerah Juara Lagu AJL32
   Hael Husaini - Jampi

Penyanyi pilihan Samsung
- Khai Bahar
Hadiah Sebuah Trofi dan Telefon Pintar


Persembahan terbaik AJL32 Pilihan penonton
     Altimet - Amboi
      Telefon Pintar

Vokal terbaik AJL32
     Erni dan Syamel - Aku Cinta
   
Tempat Ketiga AJL32
    Haqiem Rusli - Tergantung sepi 

Tempat Ke dua AJL32
    Azmi - Sejati 


Tahniah kepada semua pemenang AJL32 Semua !!!!

Sekian...

5 comments:

  1. Taniah kepada semua pemenang-pemenang dan semoga terus berbakti pada muzik tanah air kita.Harap-harap muzik tanah air kita terus maju dan terkenal di seluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. tahniah tau!

    https://aniesandyou.blogspot.my/2018/02/tahniah-kepada-pemenang2-tudung.html

    ReplyDelete
  3. Meremang tengok syamel & ernie perform semalam .. memang best sangat

    ReplyDelete
  4. suke tgk syamel dgn erni.. dorang mmg terbaik!!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox