Breaking

Tuesday, 13 February 2018

REVIEW BLOG RANDOM RAINBOW

Asslaamualaikum..

Dah lama kita tak review blog kawan-kawan..kan??Dulu setiap minggu mesti nak review blog sebab tu salah satu cara kita nak dekat dengan rakan blogger lain. Kira kalau orang review blog kita ni memang rasa best la.Hari ni kita nak review blog Random Rainbow. . Harap2 dia pun rasa best

Terima kasih pada yang sudi letak link blog kat post saya di facebook. Blog yang lain tu sabar jap. Lagipun yang lain tu hebat-hebat blog nya.Template bagus, content pun menarik..Kita selesaikan masalah blog Qeela ni dulu.

Ada banyak sangat benda yang saya nak tegur tentang blog Qeela ni.Saya nak rotan tangan dia..hahahah. .




Ini rupa paparan Blog Our Random Rainbow... Tak kemas, loading lambat giler..Ingat kan  masih loading jadi saya tunggu je..Tunggu lagi sambil makan limau.Habis limau sebiji blog dia macam ni jugak..Oh..Memang macam ni rupanya..

Masa mula-mula buka blog ni saya ingat ini blog baru.Sebab dia guna template dari Blogger Theme. .Rupanya dia dah menulis sejak tahun 2013. Lama dah tu...  Template dari blogger ni bukan tak bagus tau..yang tak best nya ialah kalau kita silap edit , blog jadi berat dan semak.

Sebab itu lah ramai blogger sekarang lebih suka guna template yang kita download je..Lepas tu edit sikit2 dah siap.

Guna template dari blogger kita kena pandai padan kan warna background , header , sidebar, footer dan sebagainya...kalau tak pandai nak edit benda ni gunalah jalan paling selamat yang saya tulis kat atas tadi..Kita download sajo..

Banyak dah sekarang template yang mesra SEO dan responsive . Qeela boleh check kat Gooyaabitemplate , soratemplate dan banyak lagi yang percuma..

Kemudian header.. Pun tak kemas ..nampak macam cincai je.... kalau rasa susah sangat nak buat Header blog , tulis je nama blog kita tu. Cer tengok blog Zazaiman.com. Header dia style sangat..

Guna la software apa pun..guna applikasi kat play store pun boleh..Nak lagi senang guna je Flamingtext.com . Laman web untuk kita design nama dan logo.



Kemudian tentang letak iklan. Saya suka anggap iklan kat blog ni bukan setakat asal letak je.Kita kena jadikan iklan tu sebahagian dari design blog kita.

Bila iklan tu dah siap dipasang , keluar je iklan nampak sedap mata kita memandang .Kalau tengok pada paparan blog Qeela ni background dia lebih menonjol dari iklan , header dan post dia.

Bukan saja menonjol tapi mulut2 tu mengganggu sangat ..

Ni saya nak sentuh bab cara menulis post blog..Saya pun tak bagus sangat bab ni tapi sikit2 tu tau la.. Sekarang ni kalau kita check blog kita, ramai yang baca blog kita ni melalui phone.



Cer tengok gambar ni..Ini paparan postblog Qeela bila saya buka di phone.Percaya cakap saya, orang akan baca langkah2 je..Sebab pening ..

Sebaiknya tulis 2-3 baris  saja untuk satu perenggan..Nanti kalau kita baca di phone , dia akan jadi 4-5 baris.. Tapi kalau kita tulis satu perenggan sampai 6-9 baris , cuba la buka blog kita guna phone, kita sendiri pun tak mau baca.

Kemudian di sidebar, letak widget penting-penting saja.Salah satu yang paling penting ialah kita punya sosial media. Widget-widget tu  susun kemas-kemas

Benda ni penting sebab kita blogger yang kadang-kadang kena buat advetorial post, kena tulis post yang di bayar.So blog kita ni walaupun pengunjung tak ratus ribu sehari , kualiti tetap kena jaga.. Bukan setakat siap tulis, lepas tu publish je..

Dari background sampai ke benda yang kecil tu kena ambil peduli.Jangan fikir.." ala.. sikit je ni tak pe...biar la.." erm..tak boleh tau..

Ok..tu je la.. Harap2 Qeela faham la bahasa saya guna ni..Saya guna ayat paling senang nak faham.Jangan marah atau kecik hati ke apa... Kita sama-sama belajar.Kalau blogger lain nak bagi pendapat untuk blog Qeela ni , di persilakan..

Mana tahu kadang-kadang pandangan saya ni ada yang tak betulnya..Kita bincang....ok..:)

Sekian..

13 comments:

  1. OMG, kalau review padu macam ni saya nak juga.......kat mana nak beratur isi borang, hehe?

    ReplyDelete
  2. Ya allah kak diana...
    sonok nye dapat review mcmni....

    ReplyDelete
  3. Yup..too much thing need to improve! template, layout & sidebar..boleh cuba dapatkan template responsive utk blog ni..banyak di google, search saja..hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tq sbb review blog saya! hehe betul, mmg bnyk yg Qeela nk kena kemas balik blog ni sbb before ni lama jugak stop blogging then baru2 ni baru start active balik. Tapi since before ni boleh update by phone je tu yg tak kemas2 or anything sbb susah nk edit by phone. Okay skrg bru tau psl cmne nk buat template etc lg best tu, thanks a lot yea! sgt2 membantu unt Qeela nk kemas balik blog ni. memang need advice dari yg otai hehe, thanks a lot!

    ReplyDelete
  5. wahhhhh pemilik blog Qeela aini kena sahut teguran tu untuk edit bagi kemas blog.. bertuah tu

    ReplyDelete
  6. Review yang jujur. Ni yang kita nak ☺

    ReplyDelete
  7. agak tajam dan panas juga review nie..

    tetapi bagus dari sudut kebaikan.

    kalau nak stok sendiri memang sentap la jwabnya

    ReplyDelete
  8. Bagus la review ni Diana. Boleh kita sama-sama belajar macam mana nak tingkatkan kualiti blog. Qiya pun tak pandai edit blog ni even dah blogging since 2013 lagi. Kena jugak cari masa untuk edit dan susun blog bagi kemas sikit mulai dari sekarang ni 😊

    ReplyDelete
  9. Suka review jujur macam ni. Walaupun pahit, relaku telan :)

    ReplyDelete
  10. Wee, kite pun nk direview cmni, huhu..bru boleh improve!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox