Skip to main content

REVIEW BLOG BICARA PENSIL WARNA

Blog kedua yang saya nak review kali ni ialah blog Bicara Pensil Warna. Tanggapan pertama saya bila buka blog ni ialah - blog ni belum siap.. Kenapa saya katakan macam tu??jom kita tengok..


Ini paparan blog bro Raja dari  dari pc saya.







Kalau dari phone memang nampak lengkap sempurna.Tapi bila dilihat dari skrin pc saya ni ianya macam blog yang belum siap. Sebelah header nampak kosong je. Bajet cam blog dia kemas la tu..kan???😏😏





Boleh letak satu iklan adsense kat situ..Itu lah gunanya ruang kosong kat situ sebenarnya.Kalau di blog saya ni iklan disebelah header tu antara yang paling ramai klik.

Ada banyak yang saya boleh puji dengan blog Bicara Pensil Warna ni..Salah satu nya ialah penggunaan sidebar dia.Dia manfaatkan sidebar dia dengan  dengan letak widget yang penting..

cuma sususan nya saja yang tak betul.

Untuk letak iklan di sidebar pastikan iklan tu kat atas sekali. Kalau kita letak kat bahagian bawah-bawah sidebar iklan kita tu tak de nilai.Baik jangan letak kalau nak letak kat bahagian bawah.

Tak de siapa nak scroll sampai bawah sana setiap kali lepas baca apa yang kita tulis..

"eh!!saya scroll je blog orang sampai hujung sana.."

..Ye!!ada orang scroll tapi bukan untuk iklan..Dia mungkin scroll untuk cari facebook, email atau cara untuk contact penulis..

Kat bahagian bawah sana baru lah kita letak widget follower kita, atau kita punya "contact" . Bahgian tengah sidebar kita boleh letak blog archive atu pun popular post.

Tak jadi masalah kalau kita letak 2 atau 3 iklan di bahagian atas sidebar . Mula-mula letak iklan adsense dan kemudian iklan klikjer kemudian nuffnang atau apa je iklan.

Kalau rasa tak mau letak iklan banyak kat sidebar masuk kan je dalam post. Artikel blog kita adalah tumpuan pembaca.Jadi kat mana lagi tempat paling baik untuk letak iklan kalau bukan dalam post.




Dibahagian Home page nampak kosong je.Saya tak tahu kenapa Bro Raja cuma letak 2 post saja di homepage blog ni. Mungkin dia suka kan ketenangan..       krik krik krik....

Kemudian bila scrol ke bawah kosong je belah kiri.. nya..Mujur ada sidebar untuk menghilangkan "krik krik krtik" tu..

Ini ruang yang bagus untuk kita bagitau orang apa kita tulis .Home page ni bukan dia saja-saja buat tau.Home page ni diumpamakan sebagai pengenalan blog kita. Bila orang klik je url blog kita , terus orang boleh nampak "..OOo...blog ni ada cerita tentang hiburan, ada tulis motivasi, ada tulis review.."

Semua tu orang nampak dari Homepage kita.

Tipu kalau kita kata kita masuk blog orang dan kita guna search box dia untuk tengok entry apa blogger tu tulis. Sepanjang 8 tahun menulis blog tak pernah saya guna search box kat blog orang heheh..



Kemudian bahagian footer dan top bar tu kena isi link sosial media tau..Jangan abaikan tu..walaupun nampak kecil je tapi dari situ lah orang tahu blog ni blog yang betul2 wujudnya penulis ..Bukan macam blog2 viral yang cukup susah nak kenal pasti siapa penulis sebenarnya.

Kemudian last sekali bila tulis pastikan ada 3-4 baris je untuk 1 perenggan. Memang kita nampak macam pendek je kalau tulis 3-4 baris untuk satu perenggan.Tapi bila baca melalui phone dia dah 6-7  baris.

Ini supaya pembaca blog kita tak letih matanya... Kalau mata dia letih dia akan boring , dan keluar je dari blog kita tanpa baca sampai habis apa kita nak sampaikan.

Letih je la tulis panjang-panjang tapi tak de siapa nak baca..kan??

Ok..tu je yang saya nak tegur..Bab-bab lain tak de apa yang tak bagus..semua cantik, kemas dan saya suka blog ni sebab banyak info-info best.

Sebelum ni saya ada tulis review blog Qeela.boleh baca di sini.

sekian.. 

Comments

  1. Terima kasih Pn.Diana Rashid atas teguran2 yg membina dan berikan tips yg baik. Kalau takda org tegur kita tak tahu mana lemahnya. In Shaa Allah saya akan perbaiki. Tq sudi singgah

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kalau takde orang kritik blog kita,kita tak tahu apa kelemahan pada blog kita sendiri

    ReplyDelete
  3. bab perenggan tu setuju sangat. bila dalam 1 perenggan sampai 10 baris terus skip ke perenggan lain. pening pun ye jugak.

    ReplyDelete
  4. Nak komen pun x berapa tau sgt tp setuju bhgian side bar tu dia guna sepenuhnya..cuma bahagian header npk borin dan bhgian entry tu x menarik susunannya..

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dgn akak.bahagian side bar memang dia guna sepenuhnya.cuma bahagian header tuh nampak simple sangat dan bahagian entry pun nampak kosong.mcm akak ckp la view kt mobile xnampak kecacatan blog dia tp kalo view kat pc bru nampak kan

    ReplyDelete
  6. Betul jgk kak.. Tak apa atleast owner blog blh perbaiki lagi mana yg perlu dan tidak..sidebar mmg cantik dah tu

    ReplyDelete
  7. Saya punya blog memang huru hara skit tak tau camne nak edit. Upah orang pun mcm lebih kurang je

    ReplyDelete
  8. nak di review jugak.. kena isi borang ke? hehe

    ReplyDelete
  9. okey, take note gak untuk blog saya. hehe

    ReplyDelete
  10. Meh review blog saya sama. Nak tahu juga apa pandangan orang terhadap blog saya..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…