Saturday, 3 February 2018

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA BELIMBING BULUH

Ikan.kembung masak lemak cili padi


RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA BELIMBING BULUH Rezeki minggu lepas dapat belimbing buluh dan bunga kantan ni.Alhamdulillah..Kawan tempat kerja suami yang bagi.Bila dapat benda yang jarang-jarang dapat macam-macam benda nak di masak.Kalau dapat buat Belimbing buluh masak lemak cili padi ni memang best la..Sebelum tu terfikir juga nak buat sambal hitam tapi rasa macam sikit sangat nak habiskan gas rebus belimbing berjam-jam.Hahhaah... Alang-alang nak merebus biar lah 4,5 kilo bilimbing..Nampak tak tamak nya tu???hahha..

Anak-anak saya memang gemar masak lemak cili padi . Boleh makan bertambah-tambah . Tapi makan kuah nya saja..Benda lain kalau dimasuk kan diaorang akan makan kuahnya saja.Tak pe la..Biar ibu dan ayah yang makan.:p

Ada orang tak reti nak makan belimbing buluh ni kalau di masak kan apa-apa.tapi saya memang suka la..Kari ikan pun saya masuk kan belimbing buluh.Peghh...sedap tau.

Cara nak makan belimbing buluh yang di masak ni senang je.Contoh nya belimbing buluh yang dibuat masak lemak cili padi ni. Dah cedok nasi, ambil lauk , sayur bagai , cedok la kuah masak lemak ni..lepas tu cedok juga sebiji belimbing buluh. Masa nak makan picit2 sikit belimbing buluh dalam nasik kita. Lepas tu makan la.. Jangan di gigit sebijik2 pulak belimbing tu..Memang rasa masam la..hahahah.

Ok..paham??nak cuba makan??Jom kita masak dulu..Ini dia Resepi Ikan kembung masak lemak cili padi bersama belimbing buluh.

Bahan-Bahan :

3 ekor ikan kembung (siang ikan dan bersihkan)
10 biji belimbing buluh
1 biji tomato  - potong 4
5-10  tangkai cili padi.*  (kurangkan kalau tak suka pedas)
5 biji Bawang merah *
3 ulas Bawang putih*
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 cawan santan
Garam


Cara-caranya:

Kisar bahan bertanda *  titik serai ...

Campurkan semua bahan ke dalam periuk kecuali santan.
Masak hingga mendidih dan kemudian masuk kan garam.
Akhir sekali masuk kan santan dan tomato.
Kacau sekejap dan tutup api.
Jangan sampai santan mendidih sebab kita tak nak santan tu berketul.

Ikan masak lemak cili padi dengan belimbing bukuh

Dah siap..boleh la di hidangkan dengan nasi .

Senang je kan?? Klau tak nak masuk kan tomato pun tak pe..Tapi saya masuk kan sebab nak juga anak dapat khasiat dari sayur..Anak2 saya ni tak berapa suka makan sayur. Jadi kita masuk kan lah tomato semoga jus2 tomato tu ada dalam ikan masak lemak  cili padi bersama belimbing buluh nih..ahahhaha..

Selamat mencuba..


sekian..




2 comments:

  1. Baru semalam saja, menantu saya kirim gulai masak lemak ini untuk kami berdua makan tengahari. Tapi dia bubuh asam keping sahaja. Mana nak cari belimbing buluh kat taman ni.

    Lama tak makan masakan sendiri (asyik makan lauk kedai saja ). Tentulah licin hingga menjilat jari...huhu!

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya,nampak menarik dan terliur.Hihi.Boleh la try buat nanti.Thank you sis for this info.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();