Thursday, 1 February 2018

"KEMAS SAMPAH-SAMPAH TU DULU YA SAMPAH.." - PENYEWA RUMAH BUAT HAL. CURI KIPAS ,CURI TONG GAS DAN TINGGALKAN RUMAH DALAM KEADAAN TERLALU KOTOR

Banyak risiko jika kita menyewakan rumah atau bilik pada orang lain. Kalau dapat yang ok tu , Alhamdulillah..Tapi kalau dapat yang jenis suka berdengki , tak amanah dan pentingkan diri sendiri memang rasa geram je..

Hari ni gambar sebuah rumah sewa yang ditinggalkan dalam keadaan kotor dan menyedihkan menjadi tular. Dipercayaai rumah tersebut disewakan kepada sekumpulan lelaki bujang berasal dari satu negeri dari Pantai Timur.

Kalau korang sendiri tengok pun mesti mengucap panjang...




















Ramai yang minta wajah-wajah pelaku ini didedahkan tapi demi menjaga keselamatan diri pemilik rumah dan atas nasihat ayah mereka sendiri  tiada tindakan diambil.

Kalau saya la , memang dah pergi report polis sebab ni melibatkan kes kecurian jugak..kan??Mana boleh dilepas kan macam tu saja.Dah la rumah dikotor dan dirosak kan..Kemudian mencuri pulak.Bukan senang nak bersihkan semua tu..Melibatkan kos untuk menggantikan apa yang dah di curi .







Benda-benda macam ni la yang merosak kan nama orang lain.tak pasal2 je orang cop pengotor . Pukul rata semua nya.. Langsung tak tau nak menjaga nama baik sendiri.
Untung la wajah tak didedahkan..Kalau didedahkan sah2 tak de siapa nak ambil buat suami..






Semoga perkara macam ni menjadi pengajaran kepada kita semua. Nak sewa rumah orang kena la sedar diri tu..Kena la jadi amanah. Untuk yang nak sewakan rumah pulak berhati-hati lah bila bagi sewa. Kena kerap2 juga mengintip ke rumah sewa tu..

Lagi satu jangan diberi muka sangat.Tak payah la nak buat baik sangat dengan penyewa ni ..Berpada-pada sudah la..kan??Sebab zaman sekarang ramai yang suka ambil kesempatan. Kita dah bagi betis nak peha pulak. Bila ada peluang dia tikam kita dari belakang.

Sekian...




7 comments:

  1. kes pok diorang nanti xpasal2 ramai kata org kelantan pengotor ni

    ReplyDelete
  2. Dasytnyaa..kotor gila..kesian betul org yang bagi sewa rumah

    ReplyDelete
  3. kerana nila setitik..rsak susu sebelanga

    ReplyDelete
  4. Aduhh dasyatnya jahat tu. Dah la ramai, takkan dalam tu takda sorang pun yang sukakan kebersihan. Pening nengoknya.

    ReplyDelete
  5. alahaii.. kotornya.. hmm sbb tu la takut nak buat rumah sewa.. takut mcm ni la perangai penyewa tak bertauliah.. huhu

    ReplyDelete
  6. macam bukan tempat manusia tinggal aje.. oppss

    ReplyDelete
  7. Tempat kotor sangat macam takde orang duduk.Kalau leaki pun sekurang-kurangnya kemas la sikit-sikit,ni biarkan rumah macam tokang pecah.Bersabarlah kak dan keluarga.Semoga dijauhi perkara ini lagi dan dilimpahkan rezeki .

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();