Wednesday, 7 February 2018

ANTARA IBU DAN AYAH SIAPA YANG PALING GARANG DENGAN ANAK-ANAK.





Antara suami dan isteri siapa yang paling garang dengan anak-anak. Sikap garang dengan anak-anak perlu ada. Garang yang saya maksudkan di sini ialah tegas dengan anak-anak. Dalam rumah saya , suami bukan orang yang garang. Mungkin sebab suami bekerja dan masa yang dia ada dengan anak-anak digunakan untuk memupuk perasaan  mesra dengan  mereka.Walaupun macam tu suami lebih banyak memberi nasihat dengan cara lembut pada anak-anak..Tidak la dia melepaskan semua tanggungjawab mendidik hanya pada saya.


Saya pula sebagai suri rumah yang sentiasa memerhatikan anak-anak tak boleh la bersikap seperti ayah mereka. Saya perlu jadi garang dan tegas setiap kali mereka melakukan kesalahan. Walau pun begitu anak saya tetap manja dengan saya dan ayah mereka.

Orang kata kalau selalu garang nanti anak hilang rasa takut. Saya tak pernah didik anak saya untuk rasa takut dengan saya.Sebab itu lah walaupun saya garang , mereka masih suka bergurau dan meluahkan apa saja kepada saya . Lagipun mereka sendiri tahu saya hanya akan jadi garang dengan mereka apabila mereka melakukan kesalahan yang sama , yang sudah diingatkan berkali-kali.

Ada ibu atau ayah  garang di mulut saja.. Suara nya keras,lantang dan tegas . Apa yang keluar dari mulutnya boleh buat anak-anak terdiam tanpa sepatah kata. Ada juga yang garang dengan tak banyak cakap tapi garang dengan tindakan fizikal nya. Merotan , mencubit atau memberi hukuman pada anak.Tapi saya gunakan kedua-dua cara ni bergantung kepada keadaan dan kesalahan yang mereka buat.

Dalam hal ayah dan ibu garang ni sebenarnya biarlah nampak seimbang . Ibu-ibu ni biasanya dia lebih kearah mendidik . Ibu juga lebih banyak  bercakap  dengan anak-anak tentang disiplin berbanding si ayah yang lebih kepada hubungan emosi

Itu apa yang saya lihat dalam keluarga saya ni.Mungkin orang lain tak macam ni..Tapi kebanyakan nya memang macam ni..betul tak??

Seperti yang dikongsikan rakan-rakan facebook saya ni ,mereka sendiri mengakui perbezaan ayah dan ibu dalam dalam mendidik anak-anak di rumah.Sangat sedikit yang mengakui mereka sama-sama garang atau dua-dua langsung tak garang.



Kebanyakan ibu yang garang meletak kan anak sebagai perkara yang paling penting dalam hidup nya. Dia mahu anaknya mendapat yang terbaik dan  menjadi yang sempurna  . Mungkin sebab ibu ni dia rasa dia lah yang mengandung kan anak selama 9 bulan jadi dia rasa dia la watak utama dalam mendidik anak-anak dia..kan??

Kalau ayah pulak, sebab dia jarang di rumah, dia rasa satu kerugian pulak , bila balik kerja penat-penat nak duduk dengan anak, last2 boleh buat anak sedih dan marah . .Lepas tu anak pulak merajuk masuk bilik tido, esok pagi anak dah pergi sekolah,..Tak sempat nak bina balik kemesraan dengan anak tu.Dia risau benda-benda macam ni bukan saja menghilangkan kemesraan dengan anak-anak tapi juga mengganggu emosi si anak untuk belajar.

Satu tips kalau nak marah anak ni jangan lah marah serentak.. Dah la mak marah , mak garang , ayah pun masa tu la sibuk nak menambah-nambah lagi... "betul cakap mak kau tu..Kau ni tak sayang keluarga ke. Kau nak jadi apa ni.." terus anak rasa seperti tak ada siapa yang sayang kan dia. Sepatutnya bila mak tengah marah, ayah dok diam2 je kat tepi..

Lepas dah setengah jam mak marah, ayah  boleh datang kat anak can cakap baik2 dengan anak kenapa maknya marah, apa perkara yang buat  emak marah..

Satu lagi bila pasangan kita dok marah, tegur kesalahan anak, kita jangan pi marah pulak pasangan kita tu.. "alah..awak ni nak marah2 anak saya..awak pun dulu nakal jugak.." Cara tu akan buat anak langsung tak hormat kita dan agak susah nak mengubah sikap buruk anak. Anak akan fikir "...tak pe kalau buat silap nanti kalau ayah marah, mak kan ada..."

Yang last sekali bila  kita marah anak  , jangan kita nak buat lawak masa tu.Nak tegur salah anak kena tegas, Jangan acah-acah nak marah lepas tu boleh ketawa lepas tu , tengok anak muka monyok terus cakap.."...eh..tak2..ayah tak marah la.ayah gurau je..hehehe..".

Sampa ke tua la anak kita tak takut bila kita marah...




Tapi hati-hati dalam mendidik anak. Garang tu perlu tapi jangan sampai mendera dan melakukan keganasan melampau pada mereka.Ianya akan menimbulkan trauma  dalam diri mereka. Lepas marah anak, jangan buat muka ketat sampai bercakap dengan anak pun tak mau. pastikan mereka tahu yang kita marah sebab kita sayang..

sekian..

9 comments:

  1. mama sy plg garang...arwah abah pula lembut sgt pijak semut pun x mati... nk cubit sy pun mcm kn fikir 100 x. dgn mama, pelepah kepala pun sy penah kn bantai hahahaha

    ReplyDelete
  2. Mungkin ibu,sebab dia merasakan semua perkara yang melibatkan dirinya amat penting.Semua yang nak dilakukan mestilah betul dan sempurna.

    ReplyDelete
  3. Hihi mak la jawabnya.. Sekali mak mengaum mmg ank2 semua takut.. Ayah jenis tak garang

    ReplyDelete
  4. Kalau Sally mmg arwah ayah yg garang..kita jd takut kadang² bukan hormat..tp ade masa dia okay..hehe

    ReplyDelete
  5. kalau TB lak.. memang TB yang garang.. hubby selalu manjakan sangat si kecik tu. huhuhu TB sentiasa dengan anak mungkin sebab tu kot kena garang..hah

    ReplyDelete
  6. Depends jugak, haha. Macam emi, parents emi ayah yang lebih tegas dan garang dengan anak2. Sama jugak dgn sepupu emi, ayah dia yg lagi garang. Tapi macam kakak emi, dia yang tegas & garang. Husband dia jenis yang tak boleh nak garang2 dgn anak2 ni. Hati nya lembut, haha.

    ReplyDelete
  7. bapak lagi garang..mak garang pun dia still boleh lembut kat hujung2 tu haha
    bapak kalau marah/tegas..mak tak sanggup dengar/tengok..tu sbb suami ckp..ooo maknya boleh plak marah2/pukul2..terus cakap..eh surelah mak yang mengandungkan 9bulan hihihi

    ReplyDelete
  8. akak lg garang dr suami...

    n mmg akak klau akak tgh marah aiyan akak tak bagi laki akak marah dia jgk... biar dia rasa slh sorang marah sorang jd tempat mengadu, kalau dua2 marah mana tmtp dia nk ngadu kan

    ReplyDelete
  9. betul sis..garang mendidik xpe..kadg2 sy jadi singa..ayah die jadi rimau

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();