Monday, 5 February 2018

ANAK MULA CEMBURU SELEPAS DAPAT ADIK. APA YANG PERLU DILAKUKAN?

anak cemburu lepas dapat adik



Anak mula cemburu selepas dapat adik.Apa perlu dilakukan?Melihat seorang kenalan yang baru menimang cahaya mata kedua baru-baru ini membuatkan saya terdetik untuk menulis tentang nya.Kenalan saya ini melahirkan anak keduanya pada pertengahan january yang lalu selepas menungggu 6 tahun selepas anak pertama dilahirkan.Apa yang menjadi masalah kepadanya ialah anak sulung nya berkelakuan aneh sejak adiknya lahir.Dia kerap merajuk, menangis dan tidak mendengar kata. Kenalan saya ini dan suaminya bersetuju apabila saya katakan yang mungkin anak nya cemburu.

Saya sendiri pernah alami perkara ni .Selepas 5 tahun saya disahkan hamil, keadaan kesihatan saya turut merosot sepanjang kehamilan hingga saya tidak ada masa untuk melayan Maisara seperti selalu. Saya lebih banyak tidur dan berehat.

Kemudian selepas Mikhail, adiknya  dilahirkan kami berdepan masalah  jaundis hampir 3 minggu. Sekarang ni saya cuba nak ingat balik apa perkara yang saya buat bersama Maisara sepanjang kehamilan kedua dan selepas melahirkan Mikhail,. Tak ada yang saya ingat. Atau boleh la saya katakan kami tak banyak masa bersama dan tak ada satu pun perkara menarik yang kami buat. Jadi itu lah puncanya kenapa selepas adiknya lahir dia selalu bermain sendiri , merajuk dan selalu kata "kakak tak mau adik."

Anak mula cemburu selepas dapat adik.Apa perlu dilakukan supaya ianya tidak berterusan


Dalam keadaan macam ni apa yang perlu dilakukan ? Saya tak biarkan perkara tu berlarutan. Ada beberapa cara yang saya lakukan supaya maisara hilangkan rasa cemburu pada adik  nya.

1- Ajak anak menguruskan adik kecil nya bersama-sama. Contohnya memandikan bayi dan menyediakan kelengkapan nya. Saya ingat lagi dulu kalau nak mandikan Mikhail , saya akan suruh Maisara jirus kepala adik nya perlahan-lahan sambil saya mengusap kepala dan badan adik.Kemudian dia akan  duduk ditepi adiknya ketika saya siapkan adik dia.Dia akan sama2 sapukan bedak, sapukan minyak kat perut . Bila melibatkan dia tak la dia rasa diabaikan dan dia tentu rasa seronok sebab dapat menguruskan adiknya seperti orang dewasa.Kanak-kanak ni memang suka buat apa yang orang dewasa buat.


2-Dapatkan bantuan orang terdekat. Korang boleh minta bantuan suami atau adik beradik lain untuk membantu. Ada masanya kita memang tak ada ruang dan peluang untuk bersama-sama anak kita yang lain  ketika menguruskan bayi yang baru lahir.Waktu ini lah suami dan keluarga sangat-sangat diperlukan. Minta bantuan mereka untuk bermain, menguruskan atau menemankan anak yang lain dengan melakukan aktiviti yang tidak akan buat anak merasa terabai atau kesunyian. Suami saya memang banyak membantu . ketika saya luangkan masa dengan anak dia akan menguruskan rumah. Begitu juga sebaliknya. Jangan berlagak kita ni kuat dan mampu menguruskan semua perkara.

3- Pejam kan mata jika rumah bersepah ketika kita bersama anak-anak dan  tak ada orang untuk uruskan rumah. Anak kecil dan rumah bersepah memang tak ada sesiapa yang tak pernah melalui.Kalau ada yang kata tak pernah mungkin dia ada bantuan dan sokongan 24 jam dari orang lain. Setuju.??haaahahha..


anak cemburu lepas dapat adik

Bukan menjadi kesalahan kalau kita tak sempat nak uruskan rumahtangga. Baju yang belum dijemur, periuk yang belum di cuci, itu perkara biasa bila kita ada anak kecil.jangan fikir cukup lah anak kita dah siap mandi dan tak comot , lepas tu kita boleh buat kerja-kerja rumah tanpa fikir apa2. jangan uruskan fizikalnya saja, mental nya juga tak boleh diabaikan..luangkan masa setengah hingga 1 jam  bersama anak dengan membaca, menyanyi dan sebagainya Kemudian beritahu anak yang 2 jam lagi kita akan kembali bersamanya untuk aktiviti yang lebih menarik . Dan korang boleh buat kerja rumah tanpa risau memikirkan perasaan anak .


4- Anak saya suka berbual. Walaupun kita dah bagi tau yang kita nak buat kerja rumah sekejap , dia akan tetap ikut kita sambil berbual.. Cara saya, saya layan kan saja. Sambil memasak, mandi, mengemas, dia akan bertanya dan saya akan jawab . memang letih sebab kadang2 soalan nya berulang-ulang.Tapi itu lah caranya anak kita menagih perhatian.


5- Saya tak pernah cuba cara yang satu ni tapi memang ada yang buat.Cara untuk hilangkan perasaan cemburu dalam kalangan adik beradik ialah beri dia lebih ramai adik beradik.. Bila mereka ada kawan di rumah perasaan cemburu tu akan berkurangan sebab mereka ada banyak perkara untuk dilakukan bersama adik beradik yang lain.

contohnya anak pertama , kedua dan ke tiga dalam lingkungan umur 6,4 dan 2 tahun..mereka akan selalu bermain bersama dan tak kan selalu mengganggu adik kecil mereka.Memang ada masanya mereka akan menyentuh adik kecil, mencubit pipi dan sebagainya tapi tak selalu berlaku.

Kalau tak mampu nak melahirkan anak yang ramai boleh juga anak anak saudara atau kanak-kanak lain ke rumah dan luangkan masa dengan anak kita.

Cara mengelak kan anak cemburu 


Itu lah beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk rujukan ibu-bapa yang alami masalah anak cemburu selepas dapat adik..Ada lah lebih baik jika sepanjang kehamilan tu terapkan perasaan sayang kepada adik nya di dalam kandungan tu. Beritahu dia bahawa bayi yang bakal lahir adalah satu anugerah kepada keluar termasuk dirinya. Maklumkan juga bahawa kita sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan anak kita untuk sama-sama menjaga dan membesarkan adiknya yang bakal lahir.Cipta moment indah berkaitan bayi yang bakal lahir bersama anak kita seperti memilih  barangan bayi bersama-sama , memilih nama bayi dan  rancangan aktiviti yang bakal dia lakukan bersama adiknya nanti

Sekarang ni memang tak de lagi masalah Maisara cemburu pada adiknya Kalau sekarang dia  kata  "kakak tak mau adik" ianya bukan kerana cemburu tapi sebab adiknya suka mengusik dan mengganggu nya.,Hahahha.. Semoga anak-anak saya sentiasa bersama dalam apa juga keadaan .

sekian..

9 comments:

  1. mmg sgt bermanfaat n berguna betul ntry kali nih... boleh jgk di praktikkan

    mana lah tau ada rezeki aiyan dpt adik nnti kan....

    ReplyDelete
  2. Memang sangat berguna maklumat ni.Boleh la guna dan praktikan di rumah.

    ReplyDelete
  3. dulu anak saya no. 3 tu kuat merajuk bila dapat adik..tp sekejap jer..tp mslh sy skrg yg kecik tu kuat merajuk..bak kata mmg terlajak suka merajuk bila sy lebihkan abg dan kakak2 dia..mmg tak boleh sayang orang lain ..sayang dia seorang jer hahaha

    ReplyDelete
  4. Bagus tips ni.. memang kalau ikutkan ada je anak yang tak boleh terima kehadiran adik baru dalam hidup diorang.. tambahan pula kalau si kakak atau abang tu masih kecil lagi.. masih nak bermanja lagi.. pastinya mereka masih perlukan lebih kasih sayang serupa masa mereka belum ber adik lagi.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. bgus pkgsian akk ni.

    tp bab suh tambah adik tu pun ada juga yg suggest gitu. kihkih

    ReplyDelete
  6. yg nombor 5, si suami mesti senyum2 je hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Terima kasih pengkongsian ni kak diana boleh jadi rujukan ekin bila ada anak2 nanti..

    ReplyDelete
  8. tq sharing sis,xpernah terpikir pun hal2 mcm ni...sy selalu bia je dirong main sendiri..sedih jugak

    ReplyDelete
  9. Bila jarak jauh memang akan berlaku rasa cemburu nih kan kak.sy anak no 2 jarak 5 tahun dgn yg si kecil.tapi nasib baik dia tak cemburu dia syg adik..cuma bergurau kasar sgt sampai adik dia x suka

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();