Skip to main content

7 CARA BERKESAN UNTUK WANITA PERTAHANKAN DIRI DARI KEGANASAN

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

7 CARA BERKESAN UNTUK WANITA PERTAHANKAN DIRI DARI KEGANASAN  Disebab kan sekarang ni terlalu banyak jenayah melibatkan keganasan terhadap kaum wanita , saya rasa sudah masanya kaum wanita mempelajari sedikit tentang seni mempertahan kan diri.Tak la sampai nak kena pergi kelas cukup tahu sikit-sikit tentang cara mempertahan kan diri , tu dah cukup baik.

Saya petik satu artikel dari Brightside tentang cara-cara untuk wanita mempertahankan diri ketika diserang .Bagus juga untuk saya kongsikan dengan korang di blog saya ni sebagai peringatan untuk saya juga.Lepas baca ni boleh la kita praktis kan perlahan-lahan.

Kalau praktiskan hari-hari lama-lama boleh jadi mahir.Bagus juga kalau kita dapatkan bantuan rakan sebilik, suami atau pun ahli keluarga yang lain.Sekurang-kurangnya mereka pun dapat manfaat dari perkara ini.

Jom kita tengok cara-caranya..

1- Untuk permulaan kita kena kenali titik kelemahan yang ada pada seorang lelaki.Rujuk gambar di bawah.

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

Dengan mengenali titik kelemahan pada seseorang , tak jadi masalah pada kita untuk mempertahankan diri sama ada lawan kita tu seorang yang berbadan besar, tinggi dan sebagainya.Gambar diatas menunjuk kan titik kelemahan yang ada pada seseorang -  mata, hidung, tekak, dada, lutut, dan pangkal paha.

Kita boleh menyerang dibahagian mana pun yang kita mahu tapi cara-cara dibawah akan membuatkan langkah menyerang dan mempertahankan diri lebih sempurna dan berkesan.


2- salah satu cara untuk menyerang ialah dengan merangkul tangan nya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan . (rujuk gambar dibawah) .

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

Kemudian tarik sekuat hati ditengah -tengah bahagian jarinya dan tolak ke depan. Jika tak dapat memegang tangan nya , dengan menggunakan ketiga-tiga jari tengah kita  , tumpukan kekuatan di bahagian jari dan serang bahagian tulang selangka atau bahagian halkum nya.

Kita jugak boleh menggunakan genggaman tangan dan tumbuk kearah tulang selangka atau halkum nya.cara ni boleh melemahkan lawan kita.

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

Kawasan paling kerap dijadikan sasaran untuk menyerang ialah di bahagian pangkal peha. Boleh dikatakan semua yang mengajar seni mempertahankan diri akan mencadangkan agar bahagian ini diserang .

Menyerang di bahagian ini akan melemahkan seluruh anggota badan penjahat dan kita ada peluang untuk melarikan diri.


3- Jika kita di peluk dari depan , ianya akan membuatkan tangan kita tidak boleh di angkat.Apa yang perlu dilakukan ialah luruskan tangan ke bawah dan tumbuk bahagian sulit atau bahagian pelvis penyerang. Gunakan dahi kita untuk menumbuk bahagian hidung penyerang.(Cara 1)

Cara kedua ialah dengan menggunakan lutut. Dengan sekuat hati angkat lutut kita setinggi yang boleh dengan kuat untuk menyerang bahagian pelvis nya.

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah


Jika penyerang sudah melepas kan rangkulan nya pada kita , terus serang bahagian tangan kanan nya dengan menolak tangan nya dan gunakan tapak tangan kita untuk menyerang sekuat hati dibahagian leher penyerang. (rujuk gambar di bawah)

Kemudian angkat lutut ke arah bahagian sulit penyerang dengan sekuat hati.


cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

Mudah tak caranya???kalau selalu berlatih mesti rasa mudah je sebenarnya...

Selalunya bila kita diserang penyerang akan memegang tangan kita..kan??Dibawah ni dikongsikan cara untuk melepaskan diri apabila tangan kita di sentuh atau dipegang oleh penyerang.


1- Jika dia memegang tangan kiri kita pusing tangan kita ke kiri dengan kuat.. tangan kita akan berada diatas dan mudah untuk kita melepaskan diri.

Begitu juga jika dia memegang tangan kanan kita,.Pusing tangan kearah kanan dengan kuat dan apa bila tangan kita diatas terus angkat tangan untuk melepaskan diri.. Kemudian mulakan serangan di bahagian yang kita sasarkan seperti yang diterangkan diatas.

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah



5- Apabila kita diserang dari belakang, contohnya kita di peluk dari pelakang , halakan kepala kita kearah muka penyerang. Kemudian terus tunduk kedepan dan tarik bahagian kaki nya.

Cara ni akan buat dia jatuh dan kita sempat melarikan diri.


cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah



6- Jika penyerang memeluk kita dari bahagian tepi , gunakan siku untuk melemahkan lawan.Caranya ialah dengan mengangkat siku sekuat yang boleh kearah muka, leher atau pun hidung penyerang.

Ambil peluang ini dengan menghayunkan siku sekuat hati kearah perut atau dadanya. Lakukan sekuat hati hingga dia rebah .

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah


7- penyerang mungkin akan menolak kita ke dinding .Untuk melemahkan lawan , kita perlu cepat menggunakan peluang dalam keadaan ini.

Jika penyerang mengangkat tangan nya (rujuk gambar) lakukan tujahan kuat menggunakan kekuatan tangan dan jari kearah ketiaknya.

cara pertahanan diri yang ringkas dan mudah

ketika ini kita boleh menyerang nya dengan melakukan tumbukan kearah leher , dada dan  rahangnya ..Tumbukan perlulah dari bahagian bawah membawa ke atas.lakukan sekuat hati . 

Kita juga boleh lakukan serang menggunakan bahagian kepala kita. Terus tanduk bahagian muka penyerang dan ini akan melemahkannya. Jadi kita ada kesempatan untuk melarikan diri.

Teknik-teknik ni bukan boleh digunakan sesuka hati tau..jangan gunakan nya untuk tujuan menganiaya orang atau untuk gurauan.Gunakan nya hanya untuk kecemasan sahaja.Kalau suka2 je nak tumbuk orang tak pasal2 nanti jadi kes lain pulak...kan??

Apa pun semoga post ni bermanfaat untuk korang dan untuk saya juga,


sekian..


Comments

  1. entri yg sngt bagus ni kak.. wanita mmg perlu ada langkah pertahankan diri..

    ReplyDelete
  2. Jgn buat kat laki sendiri utk buat eksperimen ye..kahkah :D

    ReplyDelete
  3. Info yang bagus untuk para wanita dalam mempertahankan diri daripada keganasan.Thank you

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …