Wednesday, 28 February 2018

RESEPI POP CORN CARAMEL SEDAP , RANGUP DAN PALING MUDAH

Popcorn memang sangat digemari tak kira kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kalau dulu popcorn ni cuma ada perisa caramel je. Tapi sekarang dah dipelbagaikan rasa popcorn tu supaya lebih ramai yang dapat menikmati popcorn dengan perisa kegemaran masing-masing.

Ramai yang lebih suka kan popcorn yang rangup dan cara membuatnya sebenarnya tidak la susah pun.

Bagi kebanyakan ibu-ibu popcorn boleh la dikatakan sebagai snek untuk anak-anak yang sangat mudah disediakan . Kalau dah tak de apa sangat nak di jamu , buat je popcorn. 

Lepas tu letak la perisa apa yang anak-anak kita suka.Bagi orang dewasa mungkin lebih suka kan popcorn  perisa keju ataupun yang berempah.Untuk kanak-kanak perisa caramel, strawberry atau pun untuk lebih sihat cukup popcorn kosong yang tak disalut apa-apa perisa.

Macam anak saya ni kadang2 dia nak makan popcorn yang tak di letak kan apa-apa perisa. Tapi masa masak jagung tu kena guna mentega yang ada garam atau kalau tak de butter guna majerin je.

resepi popcorn rangup, sedap dan mudah

Biji jagung untuk buat popcorn ni korang boleh dapatkan di pasaraya . Ada dibahagian kacang-kacang yang timbang tu.Harga nya tak mahal pun.Sekilo dalam rm7 je harga dia.. 

Saya selalunya beli tak sampai sekilo pun..Ini pun dah cukup banyak.Dalam setengah kilo boleh buat 4 bekas besar. 

Baru-baru ni letak gambar Popcorn di instagram ramai adik2 ni tertanya2 resepi nak buat Popcorn ni.Kalau diaorang tau betapa senang nya buat popcorn mesti diaorang menyesal tanya.Hahahah..

So hari ni kita nak ajar macam mana nak buat popcorn perisa caramel. 

Sebelum tu jom tengaok bahan-bahan unmtuk buat Popcorn Perisa Caramel yang rangup sedap dan paling mudah.

Bahan-Bahan

2 genggam biji jagung
1 sudu majerin/ butter

caremal
3 sudu besar gula
2 sudu  majerin


Cara-Caranya:

1-Dengan api sederhana besar panaskan majerin dalam kuali atau periuk.Korang boleh masuk kan sedikit pewarna yang korang suka. saya masuk kan warna biru..

2- Pastikan kuali atau periuk tu ada penutup .Bila majerin dah cair masuk kan biji jagung.Kemudian tutup kuali atau periuk .


resepi popcorn rangup, sedap dan mudah

3- Kuali kena betul-betul panas..kalau tidak lambat la jagung tu nak meletop.

Ye!!jagung akan meletop-letop masa dia terbuka.Jadi sebab tu kita kena pastikan kuali di tutup.Masa tu boleh dengar la bunyi jagung tu melompat2 dalam kuali .

4- Bila bunyi meletop tu dah habis boleh la tutup api dan pindahkan popcorn ke dalam bekas lain.

Sekarang kita nak buat caramelnya pula.

5- Dalam periuk atau kuali yang sama masuk kan gula bersama majerin. dengan api perlahan masak hingga gula cair.

Mungkin ambil masa lama sikit sebab kita guna api perlahan je.

Korang boleh juga kalau nak buat caremal ni dengan mula kan dulu buat gula hangus tapi saya tak mahir buat gula hangus sebab selalu terlupa dan sudahnya gula jadi hangus.Kalau gula hangus rasanya nanti akan jadi pahit dan dah tak sedap.

6 - Bila gula dan majerin dah cair, tutup api dan boleh la masuk kan popcorn dan gaul sebati.Hati2 jangan sampai caramel tu terkena jari..sakit tau..Dah banyak kali jari saya melecur sebab kena caramel .heheh


resepi popcorn rangup, sedap dan mudah

Macam ni lah rupa popcorn yang sudah siap disalut caramel. Gambar diatas ni saya da masuk kan sedikit pewarna biru..dan popcorn di bawah ni yang tak letak apa-apa pewarna.

resepi popcorn rangup, sedap dan mudah

Ada orang kata masa langkah  no 1 tu korang boleh letak kan soda bikarbonat untuk buat popcorn lebih rangup.Tapi yang saya buat ni tak payah letak soda bikarbonat pun dah cukup rangup.

Tapi kalau korang nak try letak boleh je cuba..Tak rugi pun . 

selamat mencuba.

LAGI KISAH SERAM DI HOSPITAL



Satu lagi kisah seram saya nak kongsikan hari ini. Kisah seram di hospital kali ni lebih seram dan boleh buat bulu roma korang berdiri .Kejadian dikatakan berlaku disebuah hospital di sebuah negeri di daerah pedalaman.

Dari apa yang digambarkan tak la pedalaman sangat. Masih ada hospital dan KFC tu saya rasa mungkin ianya cuma bandar kecil.

Jom kita baca cerita yang dikongsikan oleh Saudari Dena Bahrin  ni yang dikatakan berdasarkan dari kisah yang kakaknya sendiri ceritakan.


"Hospital and horror stories never get old.Time my sister kerja kat hospital kat satu negeri  area perkampungan pun banyak je cerita dia lagi lagi kat zon kritikal & kids. 

Plus,the nurses & doctors pun memang cakap penduduk situ pesakit ramai juga jumpa bomoh dulu baru doctor.


I think i'm not going to tell which negeri is it . But know that, the hospital is big ofcourse and the only hospital yang elok in that area. 

Dia memang kawasan yang tak bandar. Kedai makan paling mewah pun kfc je. So imagine je lah.

Some patients especially yang tua tua , memang ada yang datang hospital dan:
" saya dah gi bomoh/ dah berubat dah tapi tak jalan." K.

KISAH SERAM DI HOSPITAL


I cerita kes yang popular kat situ , yang orang sana pun tak heran dah. Lol. Benda nya tak banyak tapi dia kerap terjadi dan 2-3 kes ni forever i akan ingat. Okay mari ke kisah pertama.

Floor Zon kritikal situ adalah tempat paling fav benda tu. Kebanyakan kes ia nya tak muncul, tapi kakak cite biasa dah jari kaki patients kena tarik. 

Kalau tgh kerja alone dalam salah satu bilik, benda tu main main lampu.Kira yang tgh sakit tak larat teruk, tu dia suka kacau.

Mungkin dia tahu patients situ mostly helpless as in tak larat/ nazak. Jadi takyah pelik kalau macam dalam movie tetibe eh ada orang tarik kaki. Tetibe ada orang tarik jari kaki. Hmm

Jadi siapa yang kena shift bahagian kritikal especially waktu lewat malam. Em bebanyak lah baca doa dan jangan tegur :')

NENEK TUA RAMBUT PANJANG JALAN BONGKOK


Next, kat floor zon kids. There was one night, kakak kena shift lewat malam. Ada sorang budak ni dia diletakkan kat katil yg jauh sikit sebab tak ingat sakit apa tapi macam berjangkit, katil dekat degan tingkap. 

Dia selalu tidur tak lena macam semua benda tak kena tapi memula dia diam.

Ni mak dia cerita kat doctor k. Kat kakak i lah. So Dia cakap anak dia memula tenung je tingkap pastu, akan kerap elak pandang tingkap. So mak dia tanya lah kenapa ada apa tak kena. Jawapan dia buat kakak i macam....

" Ada nenek, rambut putih, panjang, jalan bongkok bawak tongkat, dia duduk kat depan tingkap & pandang je."


I DENGAR CERITA PUN BOLEH BAYANG WEH HAAA

So kakak i tukar dia gi katil yang tak dekat dengan tingkap. Bila kakak cerita kat nurse, nurse nurse rilek gila 

" oh nenek tu ke, ha'ah dia biasa ada situ, dia tunggu orang jemput masuk kot. Tapi dia tak kacau. Dia memang ada je situ" 

Doctor pun speechless.

Tapi tak pelik la sebab orang sana banyak masih percaya ubatan bomoh dan ramai yang masih amal amal pepelik.  so tak pelik ada grandma K tu :')

SAMBIL MENANGIS DIA TUNJUK IBU


Last, hospital and kuarters para doktor ada laluan berbumbung tapi jauh sikit la perjalanan. So this one night, kakak decided suruh husband dia amik pakai kereta sebab gelap gila dah lewat and sorang kot. 

Husband dia pun sampai dengan their daughter 3 tahun tak silap time tu.

Tetibe anak buah i ni nangis nangis dalam kereta. Bapak dia Ingat cranky biasa lah. Mak dia depan kereta tu je ha tengah tunggu. 

Sekali dia terus duduk atas abah dia sambil nangis and tunjuk tunjuk ibu dia. Ah sudah.

"Tu siapa?" *sambil nangis nangis takut takut *
" siapa apa, tu kan ibu. Kita kan amik ibu."
"Bukan, bukan ibu."

"tu ibu lah."
"Bukan! yang sebelah ibu tu" - Dena Bahrin

Ha..korang boleh bayangkan tak apa sebenarnya anak saudara dena ni nampak?Dah tentu lah bukan manusia..kan?

Makhluk-makhluk halus ni memang wujud dan sebenarnya kita tak boleh takut dengan makhluk-makhluk halus ni. 

Tapi tu la..kalau muncul dengan muka menyeramkan siapa la yang tak takut..kan??Kalau tak nampak tak pe la..boleh je nak berlagak macam tak de apa-apa..Tapi kalau muncul depan mata terpaksa la buka langkah seribu..hehehe


sekian 

DAPAT TUDUNG BAWAL SEMPENA AIDIJUMA GOLD LABEL GA BY ANIES


Saya suka betul kalau orang buat Giveaway hadiahnya tudung. Lagi-lagi kalau tudung bawal Aidijuma . Belum menang pun dah berangan-angan pakai bawal Aidijuma . ahhaha..

Baru-baru ni angan-angan jadi kenyataan bila saya dapat hadiah dari Travel blogger yang satu ni.. Blogger anies ni memang rajin buat giveaway.

Murah rezeki Anies lepas ni..dapat la kot travel tempat2 best serata dunia . 


Terima kasih Anies sebab pilih blog ni sebagai salah satu pemenang. Sangat suka dengan hadiah dari Anies ni..Saya ni memang tak banyak tudung warna hitam. Masuk yang ni , ada dua je tudung hitam saya.hahhaha..

Cerita sikit pasal blog Anies. Blog ni niche travel. Memang selalu saya baca blog ni . Setakat ni dah banyak tempat yang Anies pergi antaranya Perancis, Egypt. China dan banyak lagi tau.

Setiap memori perjalanan nya akan di catatkan dalam blog dia.. Yang terbaru catatan perjalan Anies bersama Blogger Sal ke Hong Kong.

Banyak perkara-perkara menarik dikongsikan dalam blog AniesandYou . kalau korang nak jadikan blog Anies sebagai rujukan memang elok sangat la bagi kaki-kaki travel.

Saya ni suka baca sebab entah bila la dapat peluang nak jejak kaki ke negara orang.Tak dapat pergi pun , kurang2 kita tahu jugak sikit2 tentang negara luar ..kan??



Sekian

Tuesday, 27 February 2018

SERAM!! WANITA MENINGGAL AKIBAT ASMA MINTA UNTUK DI X-RAY



Cerita-serita seram kerap dikaitkan dengan hospital.. Ada orang kata hospital ni tempat persinggahan si mati untuk kealam yang satu lagi. Agaknya sebab tu la ada banyak perkara mistik dan menyeramkan berlaku di hospital.

Saya terbaca satu kisah seram yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin yang pernah bertugas di jabatan kecemasan dan Trauma (A&E) ketika bertugas sebagai Doktor di sebuah hospital.

Jom baca perkongsian kisah menyeramkan yang dialami ..

 
Ketika tu aku bekerja di Jabatan Kecemasan dan Trauma(A&E). Di A&E memang kena kental, sebab selalu dapat kes ngeri. Tangan lunyai masuk mesin tevu. Accident, perut terburai. Jatuh pokok, mata tertusuk ranting.

Namun ada satu kes ni, aku tak akan pernah lupa.


Pesakit tu nama Makcik Salmah(bukan nama sebenar).

Umurnya 70 tahun. Selalu datang A&E sebab asma. Asal datang je dia terus nak minta injection Bricanyl dan Hydrocortisone. Dia kata nebulizer Salbutamol tak jalan. Kalau teruk sikit dia nak X-ray paru-paru. 


SIAPA PULA HANTAR DIA KESANA?BUAT APA NAK X-RAY?

Tapi, satu malam tu.


“Doktor! Salmah binti Pudin— pesakit Zon Merah kes asma tu, saya dah shoot chest X-ray dia tiga kali, tapi imej tak keluar-keluar” maklum jururadiografi kepada aku melalui telefon.

Pelik aku dibuatnya. Eh, Siapa pula hantar Makcik Salmah tu ke sana? Buat apa nak X-ray dia?


“Doktor nak saya try shoot lagi ke? Kalau tak nak repeat X-ray, saya nak suruh dia balik ke A&E. Kes kritikal mana boleh lama-lama di Jabatan Radiologi ni. Dah la tak ada staff A&E escort. Kalau apa-apa jadi, siapa nak tanggung?” rungut jururadiografi tu lagi.

Aku jadi bingung.


Setelah berfikir masak-masak, aku pun beritahu jururadiografi itu:

“Tak payah! Kau suruh dia balik. Dia sesat tu.” jawabku tegas sambil meninjau kubikel 1 Zon Merah. Jenazah Makcik Salmah yang kami tak berjaya selamatkan tadi, masih terbujur kaku di atas katil di kubikel itu.

MAKCIK SALMAH SUDAH TIADA

Malam tu, Makcik Salmah tiba ke A&E mukanya biru akibat serangan asma yang teruk.

Kami beri Hydrocort, Terbutaline, malah kami intubate Makcik Salmah. Namun kali ini dia terlambat, dan tiada apa-apa yang kami boleh lakukan untuk halang pemergiannya.


Yang menjadi bualan sehingga kini, selepas kami gagal 'hidupkan' dia kembali selepas CPR selama 30 minit, dia tetap ikut rutin kebiasaan dia untuk ke jabatan radiologi untuk X-ray.

Memanglah tak keluar gambar bila shoot X-ray, sebab rohnya sahaja di-shoot. Jasadnya masih di A&E


Apapun, semoga Makcik Salmah tenang di sana.

Sekarang aku dah tak kerja di hospital. Rindu pula rasanya. Macam-macam pengalaman pahit dan manis. - Dr. Kamarul Ariffin



Errghh..memang seram la..Bayangkan kalau setiap malam dia datang untuk X-ray.. yang dah biasa hadap tu mungkin tak jadi masalah. kalau yang baru-baru tu entah macam mana la ye??ahhaha..

sekian..

Sunday, 25 February 2018

RESEPI CEKODOK PISANG YANG LEMBUT, GEBU , DAN SEDAP



Memandangkan buah pisang memang selalu ada kat rumah ni  jadi tak de masalah untuk buat kuih muih yang berasaskan pisang. Selalunya cekodok pisang adalah pilihan utama sebab anak saya memang suka cekodok pisang lagi-lagi cekodok pisang yang lembut dan gebu.

Petang-petang biasanya anak anak lebih suka kan kuih yang simple dan tak berat sangat. Kalau tak de kuih cukup la setakat goreng keropok. 

Tapi kalau ada pisang diaorang prefer kuih cekodok, pisang goreng atau pun kek pisang.Tengok la sampai bila diaorang nak jemu tu nanti.. Lama2 nanti pandai la dioarang minta benda lain pulak.hahah..

Saya gunakan macam-macam jenis pisang  untuk buat cekodok, kek pisang, lepas , atau kek pisang. Untuk kali ni saya gunakan pisang berangan.

Kalau pisang mas lagi sedap tapi susah nak jumpa pisang emas dan harganya pun mahal sikit la dari pisang berangan ni. Sebelum ni saya ada kongsikan resepi cekodok pisang yang sedap menggunakan pisang Raja. Boleh check resepinya nanti..

Untuk resepi cekodok pisang yang lembut dan gembu ni saya gunakan sesikat pisang. Ada dalam 18- 20 biji. Tepung tak boleh lebih sebab nanti takut cekodok jadi keras. .Dalam adunan ni saya langsung tak letak kan air.

Pisang tu dah cukup lembik dah jadi kalau letak air nanti tak gebu pulak..kan??Kalau ada yang pernah letak air dan cekodok tetap gebu boleh la share kat komen bawah ni.. Boleh la saya cuba buat jugak nanti.


Jom kita tengok resepi dan cara buat cekodok pisang yang lembut. gebu dan sedap . Bahan-bahan nya pun tak banyak dan cara membuatnya pun mudah sangat-sangat.

Bahan-bahan:

1 sikat pisang berangan ( 18- 20 biji )
2 sudu besar gula
secubit garam
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya..

Lecek pisang sampai hancur. Masuk kan gula , baking powder dan soda bikarbonat. kacau sekejap sampai sedikit berbuih.

Masuk kan tepung dan secubit garam. Kacau sebari sampai adunan jadi macam kat bawah ni.


Tak lembik sangat dan tak keras sangat..Agak2 boleh di jemput dengan jari tu dah cantik sangat dah tu..

Biarkan adunan dalam 10-15 minit. Kemudian panaskan minyak.Goreng dengan minyak yang banyak.Gunakan api yang kecil je.


Bila cekodok dah hitam2 manis, macam ni boleh la diangkat dan tos minyak nya.  Memang sedap cekodok ni bila dihidangkan di waktu petang..Tambah2 musim hujan sekarang ni memang layan la hidang cekodok pisang dengan kopi o..

Resepi Cekodok pisang ni bila kita goreng otomatik dia jadi bulat cantik je. Mungkin sebab adanya baking powder bersama soda bikarbonat tu.

Adunan tu kalau tak habis goreng boleh simpan dalam peti sejuk tau..Esok pagi kalau goreng dia tetap gebu dan lembut.

Selamat mencuba resepi cekodok pisang yang lembut , gebu dan sedap

sekian..

Saturday, 24 February 2018

GELARAN MAKCIK BAWANG DI SOSIAL MEDIA. PATUT ATAU TIDAK?

Budaya menggelarkan orang dengan macam-macam gelaran ni saya ingatkan ada masa saya kecil2 dulu je.. Kalau orang tu suka tidur dia gelarkan "Mat Lena.." .. dan macam2 lagi la gelaran yang orang bagi berdasarkan sikap dan mungkin fizikal seseorang tu

Rupanya tabiat ni ada sampai sekarang . Terkini gelaran Makcik Bawang, pakcik bawang, adik bawang , abang bawang.. habis satu keluarga jadi bawang,

Tak tahu la gelaran ni merujuk kepada apa. Sebab kat sosial media ni semua kau buat , kau tulis..semuanya dikaitkan dengan bawang..

Tulis isu artis, ke, isu politik ke, isu sosial ke, isu jenayah ke, semua di cop sebagai makcik pakcik bawang.

Habis tu kau nak gunakan sosial media ni hanya untuk cari kekasih dan buat hubungan sulit je ke?Dah semua benda kita tak boleh bagi pendapat dan pandangan, sebab di cop sebagai makcik pakcik bawang.

Saya setuju dengan komen dari Sahabat facebook saya ni..Orang ramai menggunakan gelaran ni pada tempat yang salah..




Nampak kolot sangat la orang yang suka menggelarkan orang dengan macam2 gelaran tak baik ni..Nampak kurang didikan dan kurang bersosial.

Kalau siapa2 perasan la saya memang tak gunakan gelaran ni untuk siapa2 pun..Sebab bagi saya semua orang ada hak bersuara..Tak guna kita menidak kan hak orang lain dengan bagi gelaran macam2 pada orang.

Kau rasa dengan menggelarkan orang dengan gelaran makcik pakcik bawang ni akan buat kau nampak baik ke??tak la..saya selalu nampak orang yang bagi gelaran ni kat orang lain sebagai orang yang kolot dan tak tahu apa itu sosial media..Mungkin dia baru guna sosial media kot..

Kenapa nak gelar-gelarkan orang dengan macam2 gelaran. Adakah rasa diri tu dah cukup sempurna untuk gelarkan orang dengan macam2 gelaran tak baik? Perangai masuk rumah orang tak bagi salam macam komen bawah ni pun boleh tak kalau kita kata sejenis perangai makcik pakcik bawang??



Jadi sebelum nak mengata orang baik cermin2 diri tu dulu.Kita ni manusia je..

Tapi saya perasan ramai rakan blogger saya tak gunakan istilah makcik pakcik bawang ni..👍👍👍👍 

Wednesday, 21 February 2018

12 GAMBAR MASAKAN DARI INSTGRAM SAYA



Jom kita tengok gambar-gambar masakan saya.Selalunya post dekat instagram je. Tapi hari ni nak kongsikan juga dengan pembaca blog saya.

Bagi yang nak follow saya di instagram boleh la follow lepas ni ok..

Sejak saya  diet untuk kuruskan badan ni dah jarang2 sikit memasak.Anak-anak saya bukan kaki makan jadi bila nak masak tu kena pastikan ada orang nak makan.Kalau tidak kena sedekah kat jiran-jiran je la.

Ada sebahagian dari gambar-gambar ni saya dah kongsikan di blog beserta dengan resepinya sekali.














Nampak sedap-sedap je semua ni..kan?? malaysia memang kaya dengan berbagai jenis masakan yang sedap dan unik.Sebab kat negara kita ni ada berbagai kaum, bangsa dan agama jadi tak hairan la kita boleh jumpa macam-macam masakan kat negara kita ni..

Jangan tak tahu ramai lagi rakyat Malaysia ni yang tak kenal sesetengah masakan yang memang berasal dari Malaysia ni tau..

Agaknya sebab tu ramai orang Malaysia yang susah nak turunkan berat badan.salah seorang nya dah tentu lah saya sendiri..heheheh


sekian..

Tuesday, 20 February 2018

REVIEW BLOG BICARA PENSIL WARNA

Blog kedua yang saya nak review kali ni ialah blog Bicara Pensil Warna. Tanggapan pertama saya bila buka blog ni ialah - blog ni belum siap.. Kenapa saya katakan macam tu??jom kita tengok..


Ini paparan blog bro Raja dari  dari pc saya.







Kalau dari phone memang nampak lengkap sempurna.Tapi bila dilihat dari skrin pc saya ni ianya macam blog yang belum siap. Sebelah header nampak kosong je. Bajet cam blog dia kemas la tu..kan???😏😏





Boleh letak satu iklan adsense kat situ..Itu lah gunanya ruang kosong kat situ sebenarnya.Kalau di blog saya ni iklan disebelah header tu antara yang paling ramai klik.

Ada banyak yang saya boleh puji dengan blog Bicara Pensil Warna ni..Salah satu nya ialah penggunaan sidebar dia.Dia manfaatkan sidebar dia dengan  dengan letak widget yang penting..

cuma sususan nya saja yang tak betul.

Untuk letak iklan di sidebar pastikan iklan tu kat atas sekali. Kalau kita letak kat bahagian bawah-bawah sidebar iklan kita tu tak de nilai.Baik jangan letak kalau nak letak kat bahagian bawah.

Tak de siapa nak scroll sampai bawah sana setiap kali lepas baca apa yang kita tulis..

"eh!!saya scroll je blog orang sampai hujung sana.."

..Ye!!ada orang scroll tapi bukan untuk iklan..Dia mungkin scroll untuk cari facebook, email atau cara untuk contact penulis..

Kat bahagian bawah sana baru lah kita letak widget follower kita, atau kita punya "contact" . Bahgian tengah sidebar kita boleh letak blog archive atu pun popular post.

Tak jadi masalah kalau kita letak 2 atau 3 iklan di bahagian atas sidebar . Mula-mula letak iklan adsense dan kemudian iklan klikjer kemudian nuffnang atau apa je iklan.

Kalau rasa tak mau letak iklan banyak kat sidebar masuk kan je dalam post. Artikel blog kita adalah tumpuan pembaca.Jadi kat mana lagi tempat paling baik untuk letak iklan kalau bukan dalam post.




Dibahagian Home page nampak kosong je.Saya tak tahu kenapa Bro Raja cuma letak 2 post saja di homepage blog ni. Mungkin dia suka kan ketenangan..       krik krik krik....

Kemudian bila scrol ke bawah kosong je belah kiri.. nya..Mujur ada sidebar untuk menghilangkan "krik krik krtik" tu..

Ini ruang yang bagus untuk kita bagitau orang apa kita tulis .Home page ni bukan dia saja-saja buat tau.Home page ni diumpamakan sebagai pengenalan blog kita. Bila orang klik je url blog kita , terus orang boleh nampak "..OOo...blog ni ada cerita tentang hiburan, ada tulis motivasi, ada tulis review.."

Semua tu orang nampak dari Homepage kita.

Tipu kalau kita kata kita masuk blog orang dan kita guna search box dia untuk tengok entry apa blogger tu tulis. Sepanjang 8 tahun menulis blog tak pernah saya guna search box kat blog orang heheh..



Kemudian bahagian footer dan top bar tu kena isi link sosial media tau..Jangan abaikan tu..walaupun nampak kecil je tapi dari situ lah orang tahu blog ni blog yang betul2 wujudnya penulis ..Bukan macam blog2 viral yang cukup susah nak kenal pasti siapa penulis sebenarnya.

Kemudian last sekali bila tulis pastikan ada 3-4 baris je untuk 1 perenggan. Memang kita nampak macam pendek je kalau tulis 3-4 baris untuk satu perenggan.Tapi bila baca melalui phone dia dah 6-7  baris.

Ini supaya pembaca blog kita tak letih matanya... Kalau mata dia letih dia akan boring , dan keluar je dari blog kita tanpa baca sampai habis apa kita nak sampaikan.

Letih je la tulis panjang-panjang tapi tak de siapa nak baca..kan??

Ok..tu je yang saya nak tegur..Bab-bab lain tak de apa yang tak bagus..semua cantik, kemas dan saya suka blog ni sebab banyak info-info best.

Sebelum ni saya ada tulis review blog Qeela.boleh baca di sini.

sekian.. 

BLOCK, UNFRIEND, UNFOLLOW

Block,unfriend,unfollow..

Korang pilih yang mana?




sekian lama guna facebook saya tak pernah unfriends rakan facebook saya. Biasanya saya block terus.nampak macam kejam ..Kan??

Tapi demi menjaga hati sendiri itu je jalan yang terbaik.

Tak guna saya unfriend dia kalau dia dan saya masih boleh tengok apa saya update, apa dia update .. Dah tak suka, angkat kaki je la..

Kawan datang dan pergi.Susah nak jumpa yang ikhlas. Sedangkan saya punya ikhlas pun kadang2 saya tak jumpa dan tak rasa.Ini kan pulak ikhlas dalam diri orang lain.


Kalau saya tak suka orang tu, saya tak suka ambik tau pasal dia.Jadi kalau saya tau orang tu tak suka saya, saya pun tak suka dia ambik kisah hal saya.

Sebab tu saya rasa untuk mengelak kan masalah masing-masing tak puas hati ni block adalah jalan terbaik. Bagi saya menjaga hati sendiri adalah yang paling utama. 

Saya tak suka perasaan bila tengok orang , saya rasa sakit hati.Perasaan tu tak best jadi kita kena buat sesuatu supaya yang baik2 je ada dalam circle kita

Unfollow ..Saya cuma guna untuk rakan yang selalu sembang politik dan isu2 yang boleh mengelirukan saya,.Tapi dalam masa sama saya suka berkawan dengan dia dan dia tak de masalah dengan saya.,

Tujuan saya unfollow supaya saya tak membalas apa yang dia update sebab saya sedar dia ada pendirian dia sendiri tentang politik dan isu yang dia perjuangkan.





Saya tahu saya ni manusia biasa yang ada kelemahan .Saya pun tahu kadang2 status2 saya ada yang buat orang kecik hati..Jadi untuk tak mengecilkan hati kawan saya tu , baik saya unfollow je.

Unfriends..saya tak guna fungsi ni di mana2 sosial media saya. dari instagram, twitter dan facebook saya tak unfriends orang,.

Bagi saya unfriends tak mampu mengubah apa-apa keadaan.Lagi2 semua media sosial saya tak di private kan jadi unfriend tak bagi kesan apa-apa.

Korang pulak macam mana?

sekian..

Wednesday, 14 February 2018

GAMBAR CANTIK FATIN AFEEFA

GAMBAR CANTIK FATIN AFEEFA Kalau korang selalu tonton drama Kekasih Paksa Rela mesti kenal dengan Fatin Afeefa ni. Dalam drama tu dia pegang watak sebagai kawan baik Hanan.Dia juga membintangi drama red Velvet di siaran astro Ria.

Memang dah banyak drama yang dia berlakon sejak kecil lagi..Beberapa tahun lalu Fatin pernah membintangi drama dan filem kanak-kanak Tentang Bulan. 

Orang nya memang cantik tapi ramai tak tahu yang dia sebenarnya sudah bergelar seorang ibu tunggal sejak beberapa bulan lalu. Hasil perkahwinan nya dengan Pelakok Adam Syah pada tahun 2013 mereka dikurniakan seorang anak.







Selain berlakon Fatin juga sebenarnya boleh menyanyi dan suara dia sangat bagus . Kalau korang nak dengar nyanyian Fatin boleh dengar di Youtube Fatin Afeefa sendiri.






Macam -macam kontrovesi melanda Fatin sejak dulu sampai sekarang.dari bercinta dengan pengkid sehingga la sekarang dia dituduh  menggunakan ilmu hitam pada bekas suaminya.

Semoga fatin tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan..lagi2 bila dah bergelar ibu tunggal ni bukan kecil2 dia punya ujian tu..kan??

sekian..



LIRIK LAGU MESKIPUN KU TAHU - PROJECTOR BAND

Lirik lagu meskipun ku tahu  nyanyian projector band.Sedap lagu ni..Saya lebih suka lagu ni berbanding lagu pertama mereka dulu , Sudah ku tahu..

TAJUK LAGU: MESKIPUN KU TAHU - PROJECTOR BAND
LAGU DAN LIRIK : RAZIF



Sering diriku dihantui Bayang mu
Sering diriku merasakan kau disini
Sampai bila ku yang harus di ganggu
Sampai bila kau yang harus ku rindu
Mengapa pergi kau hancurkan hati ini...


Mengapa masih ku menunggu
Mengapa masih kau di situ
Jika untuk menyakitiku
Pergi kau jauh dari ku..

Mengapa tidak kau selami
Tulus hati ku mencintamu
Lemah nadiku melihat dirimu bersamanya..

Oh....

Meskipun kau tahu..
ku kekasih mu..
Sampai hati kau mengkhianati jiwaku.
Kau hancurkan cinta..
Kau leburkan semua...
Kisah-kisah kau dan diri ku..


Oh...oh..

Meskipun bertahan sambut cinta mu..
kau terakhir jiwa ini
Lembut hati mu..
Hidup dan mati ku..hanyalah untuk mu..
Sudah ku tahu..
Tak akan kembali hancur hati ku,..
Untuk selamanya...

-------------c/o---------------

Meskipun bertahan sambut cinta mu..
kau terakhir jiwa ini
Lembut hati mu..
Hidup dan mati ku..Hanyalah untuk mu..
Sudah ku tahu..
Tak akan kembali hancur hati ku,..
Untuk selamanya..

sudah ku tahu..Engkau bidadari..Selamat tinggal..\\
untuk selamanya..

terpisah kau dan diriku..Hanya tuhan yang tahu,...

Oh..oh..Oh....
Oh....


sekian..

Tuesday, 13 February 2018

REVIEW BLOG RANDOM RAINBOW

Asslaamualaikum..

Dah lama kita tak review blog kawan-kawan..kan??Dulu setiap minggu mesti nak review blog sebab tu salah satu cara kita nak dekat dengan rakan blogger lain. Kira kalau orang review blog kita ni memang rasa best la.Hari ni kita nak review blog Random Rainbow. . Harap2 dia pun rasa best

Terima kasih pada yang sudi letak link blog kat post saya di facebook. Blog yang lain tu sabar jap. Lagipun yang lain tu hebat-hebat blog nya.Template bagus, content pun menarik..Kita selesaikan masalah blog Qeela ni dulu.

Ada banyak sangat benda yang saya nak tegur tentang blog Qeela ni.Saya nak rotan tangan dia..hahahah. .




Ini rupa paparan Blog Our Random Rainbow... Tak kemas, loading lambat giler..Ingat kan  masih loading jadi saya tunggu je..Tunggu lagi sambil makan limau.Habis limau sebiji blog dia macam ni jugak..Oh..Memang macam ni rupanya..

Masa mula-mula buka blog ni saya ingat ini blog baru.Sebab dia guna template dari Blogger Theme. .Rupanya dia dah menulis sejak tahun 2013. Lama dah tu...  Template dari blogger ni bukan tak bagus tau..yang tak best nya ialah kalau kita silap edit , blog jadi berat dan semak.

Sebab itu lah ramai blogger sekarang lebih suka guna template yang kita download je..Lepas tu edit sikit2 dah siap.

Guna template dari blogger kita kena pandai padan kan warna background , header , sidebar, footer dan sebagainya...kalau tak pandai nak edit benda ni gunalah jalan paling selamat yang saya tulis kat atas tadi..Kita download sajo..

Banyak dah sekarang template yang mesra SEO dan responsive . Qeela boleh check kat Gooyaabitemplate , soratemplate dan banyak lagi yang percuma..

Kemudian header.. Pun tak kemas ..nampak macam cincai je.... kalau rasa susah sangat nak buat Header blog , tulis je nama blog kita tu. Cer tengok blog Zazaiman.com. Header dia style sangat..

Guna la software apa pun..guna applikasi kat play store pun boleh..Nak lagi senang guna je Flamingtext.com . Laman web untuk kita design nama dan logo.



Kemudian tentang letak iklan. Saya suka anggap iklan kat blog ni bukan setakat asal letak je.Kita kena jadikan iklan tu sebahagian dari design blog kita.

Bila iklan tu dah siap dipasang , keluar je iklan nampak sedap mata kita memandang .Kalau tengok pada paparan blog Qeela ni background dia lebih menonjol dari iklan , header dan post dia.

Bukan saja menonjol tapi mulut2 tu mengganggu sangat ..

Ni saya nak sentuh bab cara menulis post blog..Saya pun tak bagus sangat bab ni tapi sikit2 tu tau la.. Sekarang ni kalau kita check blog kita, ramai yang baca blog kita ni melalui phone.



Cer tengok gambar ni..Ini paparan postblog Qeela bila saya buka di phone.Percaya cakap saya, orang akan baca langkah2 je..Sebab pening ..

Sebaiknya tulis 2-3 baris  saja untuk satu perenggan..Nanti kalau kita baca di phone , dia akan jadi 4-5 baris.. Tapi kalau kita tulis satu perenggan sampai 6-9 baris , cuba la buka blog kita guna phone, kita sendiri pun tak mau baca.

Kemudian di sidebar, letak widget penting-penting saja.Salah satu yang paling penting ialah kita punya sosial media. Widget-widget tu  susun kemas-kemas

Benda ni penting sebab kita blogger yang kadang-kadang kena buat advetorial post, kena tulis post yang di bayar.So blog kita ni walaupun pengunjung tak ratus ribu sehari , kualiti tetap kena jaga.. Bukan setakat siap tulis, lepas tu publish je..

Dari background sampai ke benda yang kecil tu kena ambil peduli.Jangan fikir.." ala.. sikit je ni tak pe...biar la.." erm..tak boleh tau..

Ok..tu je la.. Harap2 Qeela faham la bahasa saya guna ni..Saya guna ayat paling senang nak faham.Jangan marah atau kecik hati ke apa... Kita sama-sama belajar.Kalau blogger lain nak bagi pendapat untuk blog Qeela ni , di persilakan..

Mana tahu kadang-kadang pandangan saya ni ada yang tak betulnya..Kita bincang....ok..:)

Sekian..

Monday, 12 February 2018

SENARAI HASHTAG YANG DILARANG UNTUK DIGUNAKAN DI INSTAGRAM

SENARAI HASHTAG YANG DILARANG UNTUK DIGUNAKAN DI INSTAGRAM Saya suka post gambar di instagram. kalau ada gambar yang menarik dan bermakna untuk disimpan sebagai kenangan saya akan post di instagram. Ianya bagaikan album gambar online terbaik setakat ini.

Korang pun mesti ada instagram..kan?? Lagi-lagi sebagai blogger dan influencer  instagram adalah salah satu socmed yang memberi impact besar terhadap blogger  dan influencer. Di sinilah kami menyebarkan maklumat kepada orang ramai. kami juga berkongsi aktiviti dan lifestyle kami di instagram.






Bila dah guna instagram ni kita juga perlu tahu menggunakan #hashtag, . Hashtag adalah salah satu perkara penting setiap kali kita post gambar di instagram.Kerana ianya memudahkan pencarian dengan gambar yang berkaitan ,tapi hati-hati kerana tidak semua hashtag boleh digunakan .

Tahun 2018 ini lebih banyak hashtag yang di larang digunakan di instagram.Tidak di ketahui apa punca nya ... Nak tahu apa hashtag yang di larang untuk digunakan di instagram??jom tengok senarai di bawah.

A

#adultlife
#alone
#asia
#attractive
#assday

B

#beautyblogger
#brain
#babe
#bikinibody
#boho
#books
#beyonce

C

#costumes
#curvy
#curvygirls

D

#desk
#direct
#dm
#date
#dating
#dadylove
#dogsofinstagram

E

#eggplant
#elevator
#easter

F

#fitnessgirls
#fishnets

G

#goddess
#girlsonly
#gloves
#graffitiigers

H

#happythanksgiving
#hardworkpaysoff
#humpday

I

#ig
#instamood
#iphonegraphy
#italiano

K

#killingit
#kansas
#kissing

L

#lingerie
#like
#lean

M

#master
#models
#mustfollow

N

#nasty
#newyears
#newyearsday

O

#overnight

P

#petite
#pornfood
#popular
#pushups

S

#skype
#snap
#snapchat
#single
#singlelife
#stranger
#saltwater
#shower
#shit
#sallyhansen
#sopretty
#sunbathing
#streetphoto
#swole
#snowstorm

T

#tanlines
#tgif
#todayimwearing
#teens
#teen
#thought
#tag4like
#thighs

U

#undies

V

#valentinesday

W

#woman
#womancrushwednesday
#women
#workflow
#wtf

sumber: thepreviewapp

Ada dalam senarai hashtag diatas ini yang jika anda lihat masih terdapat post yang keluar.Tapi ianya akan beransur-ansur di sekat .

Saya pun ada guna banyak juga hashtag dalam senarai ni..Nampak nya lepas ni kena pilih hashtag yang lain pulak..hehehe..

Ada beberapa hashtag yang di block untuk sementara dan kebanyakan nya di block untuk selamanya.Menggunakan hashtag yang dilarang , mungkin akan menyebabkan akaun kita di block.

Setakat ini hampir 114 ribu hashtag telah di sekat penggunaan nya.

sekian..

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32 - AJL 32

AJL32


SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32 - AJL 32 Ramai yang tertunggu-tunggu Anugerah Juara lagu . Kalau di media sosial kehangatan Anugerah Juara lagu sudah mula dirasai sejak seminggu lalu..Dan malam ini lah  penentuan lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Pemenang AJL32.

Acara pembukaan dimulakan dengan kemunculan Stacy bersama Waris yang menyampaikan lagu-lagu medley nyanyian Stacy . Aku Stacy, Bosan dan pakai Buang. Kemunculan beberapa gadis memperagakan pakaian  hasil rekaan Rizlman Ruzaini sambil memegang Trofi AJL  memang memberi satu kelainan. Macam pertunjukan fesyen pulak...

Stacy Ajl32

Pengacara AJL32 kali ini ialah Alif Satar dan Sherry Al Hadad. Ada yang saya baca di sosial media mereka nak tengok AJL sebab nak tengok pengacara nya saja.Wah!!pengacara pun boleh beri impak besar pada satu-satu rancangan siaran lansung tau.Kalau tak , majlis akan boring dan lemau.hahah..Kena kecam, menjawab la sendiri..kan??

Anugerah Juara lagu kali ini membariskan artis-artis popular yang memang hebat-hebat vokal nya. tahun  ni kita ada  Syamel (Lebih Sempurna)  ,Azmi caliph busker (Sejati) , Hazama & The Penglipulara  (Aku yang sebenar), Wany Hasrita( Menahan Rindu ) ,  Hael ( Jampi) ,  Salma ( Akhirnya cinta ) , Dayang Nurfaizah (Separuh Mati ku Bercinta ) , Syamel dan Ernie ( Aku Cinta ) ,  Altimet (Amboi),  Ara Johari ( Warkah untuk Ku) , Khai Bahar (Bayang)  dan Haqiem Rusli (tergantung Sepi) . 


Syamel ajl32

Azmi Ajl32

Hazama Ajl32

Wany Hasrita Ajl32

Hael Ajl32

Salma Ajl32

Dayang Nurfaizah Ajl32

Syamel dan Ernie ajl32

Untuk AJL32 ni saya rasa best la dengan pengacara dua orang ni..Menghiburakn betul.Serasi bersama...Persembahan Dayang Nurfaizah paling di puji penonton.Tak payah drama-drama..Guna kekuatan vokal je. Gaya orang lama..kan??

Persembahan paling menghiburkan  ialah Altimet. Walaupun rap je tapi terhibur la. Memang gempak habis . Siap bawak Nabila Huda jadi makcik bawang.hahahah

Altimet Ajl32

Ara Johari Ajl32

Persembahan Ara Johari yang mendapat kritikan paling teruk selepas persembahan Wany Hasrita . Khabarnya Ara Johari  tak sihat. Awal2 dah bagi kenyataan paling selamat. Supaya tak de la orang nak mengata..kan??Tapi mengikut dari persembahan Ara pada separuh akhir dulu pun , memang suaranya pecah dan di kritik ramai..

Khai Bahar Ajl32

Haqiem Rusli Ajl32

Sementara tunggu keputusan pemenang dihiburkan dengan Pop yeh yeh.. Persembahan dato A Rahman Hassan .Bergoyang-goyang semua penonton siap sama-sama menyanyikan lagu Tak Mengapa.

Selain tu ada persembahan Dato Awie , Dato Jefry Din dan Siti Sarah Raisuddin. Memang meriah bila penonton pun menari bersama.Esok jangan ada yang ponteng kerja dah la..Sebab sakit pinggang.hahahh..

Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 32

Juara Anugerah Juara Lagu AJL32
   Hael Husaini - Jampi

Penyanyi pilihan Samsung
- Khai Bahar
Hadiah Sebuah Trofi dan Telefon Pintar


Persembahan terbaik AJL32 Pilihan penonton
     Altimet - Amboi
      Telefon Pintar

Vokal terbaik AJL32
     Erni dan Syamel - Aku Cinta
   
Tempat Ketiga AJL32
    Haqiem Rusli - Tergantung sepi 

Tempat Ke dua AJL32
    Azmi - Sejati 


Tahniah kepada semua pemenang AJL32 Semua !!!!

Sekian...