Skip to main content

TUTORIAL CARA PASANG IKLAN GOOGLE ADSENSE DALAM ARTIKEL

Assalamualaikum..

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel


TUTORIAL CARA  PASANG IKLAN GOOGLE ADSENSE DALAM ARTIKEL Ramai nya rakan blogger yang dah lulus akaun google adsense .Tahniah semua... Yang belum lulus tu InsyaAllah sikit hari lagi rezeki korang pulak. Tapi bukan semua orang tahu macam mana nak pasang iklan google adsense di blog. Untuk hari ni saya nak kongsikan cara betul pasang iklan google adsense didalam artikel supaya kita boleh menjana lebih lagi keuntungan dengan iklan dari google adsense ini.

Saya pun sebenarnya bukan pandai sangat.tapi sebab saya kerap tukar template blog , jadi dah beberapa kali masuk kan iklan adsense di bahagian dalam artikel tiba-tiba rasa macam dah pandai pulak.hahahah.

Tutorial ni khas untuk kawan-kawan yang minta saya ajarkan .Yang tak paham boleh rujuk gambar ye..


TUTORIAL CARA  PASANG IKLAN GOOGLE ADSENSE DALAM ARTIKEL

1- Mula-mula log in ke akaun Google Adsense korang.

klik pada "my ads"

Klik pada +new ads unit 

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel


2- Pilih in article ads

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel

3- Sekarang edit paparan iklan korang ikut citarasa korang . Letak nama dulu untuk iklan korang tu dibahagian  "Ad Unit Name" ..saya letak nama DALAM ARTIKEL supaya senang nak cari .

 Terserah korang nak edit macam mana.Nak kaler biru, kaler hitam , font besar ,kecik terpulang pada korang.

Kemudian klik pada SAVE AND GET CODE


 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel



4- Lepas tu korang akan sampai ke laman di bawah ni..Yang ada code Google adsense korang.

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel


5- Sekarang  kita nak PARSE dulu code iklan  adsense korang tu. Korang klik link ni.. PARSE HTML FOR BLOGGER XML TEMPLATE .. Pergi semula kat laman google adsense korang tadi dan copy code yang dalam langkah ke 4 tu..

Lepas copy klik pada I'm Done.

Paste code tadi diruangan untuk parse tadi dan klik pada PARSE CODE HTML..(rujuk gambar bawah ni)


Terus code adsense korang jadi macam atas ni..

tinggalkan sekejap laman PARSE ni.

TUTORIAL CARA  PASANG IKLAN GOOGLE ADSENSE DALAM ARTIKEL


6- Sekarang buka korang punya Blogger  dan pergi pada Theme.

Klik pada Edit HTML

Kemudian klik kiri mana-mana bahagian dalam kotak html korang tu Lepas tu  tekan seretak CTRL+ F

keluar la kotak search dalam tu..

Dalam kotak search tu cari code ini <data:post.body/> kemudian tekan enter .

Code ni biasa nya ada 3..dan korang ambik yang ke tiga.

Nak ingat yang mana satu code yang ketiga tengok nombor tepi dia tu..

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel


Tengok gambar atas ni..Yang kat atas sana kotak search. bila korang tekan enter dia akan highlight mana satu code yang korang cari.Tekan enter sekali lain dia akan gerak ke code yang kedua.tekan enter lagi dia gerak ke code ke tiga.

Code ke tiga saya di nombor 2169...Korang punya mungkin kat nombor  lain..

Sekarang korang berhenti kat code ke tiga tu..


7- Gantikan code <data:post.body/> dengan code bawah ni.

<div expr:id='&quot;post1&quot; + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
--Letakkan kod unit adsense hasil parse disini--
</center>
</div>
<div expr:id='&quot;post2&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById(&quot;post1<data:post.id/>&quot;);
var obj1=document.getElementById(&quot;post2<data:post.id/>&quot;);
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
if(r&gt;0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>

Maknanya code yang korang cari tadi kat kotak search tu korang  gantikan dengan code yang saya bagi ni.Copy  paste je.. ok paham???



8- kembali semula ke  ruangan yang kita  Parse code tadi.. Sekarang copy code yang kita parse tadi. Dan paste kat bahagian yang tulis --Letakkan kod unit adsense hasil parse disini-- 


9- Klik pada Preview . Masa preview tak de la keluar iklan tu.Kita klik preview cuma sebab tak mau ada error je..keluar je gambar preview blog korang boleh la tekan SAVE THEME.

10. Tunggu la dalam 15-20 minit nanti keluar la iklan adsense tu..Tapi biasanya tak sampai 15 minit pun.. 10 minit gitu dah keluar.

Credit untuk Blog http://www.sensasi2020.com . Terimakasih Bro Kamil untuk Tutorial ni..Semoga entry tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel ini dapat membantu korang .


Sekian..

Comments

  1. Tq kak share tutorial.. Nanti adsense dah lulus terjah entry akak ni semula kot lupa.. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Boleh jadikan panduan utk rakan lain..bagus tau akk bt posting ni.. Step by step.. Mudah fhm

    ReplyDelete
  3. Tq kak.. akhirnya dapat juga buat, mudah faham plak tu..

    ReplyDelete
  4. yg da dpt google adsense ni bolehlah mencuba

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tutorial. memang tengah belajar Adsense ni (asyik-asyik failed) :P

    ReplyDelete
  6. Dlu kita dh psg kt blog dgn tmplete lama.. Tp sjk dh tuko ni xsnpt2 nk pasang semula.

    ReplyDelete
  7. terima kasih diana.. nanti ada masa free ekin godek2 memang xtaw cara nak pasang gak ni

    ReplyDelete
  8. Emi punya google adsense tak lepas pun, huhu. Sedih gak la. Kena work hard lagi.

    ReplyDelete
  9. Sy xde Google Adsense tngk kod automatic pening. Nak juga buat tapi susahkan nak lepas Google Adsense

    ReplyDelete
  10. Terima kasih k.diana for sharing this. Senang sikit nak faham ada bergambar macam ni.

    ReplyDelete
  11. in-article ni memang sumbang banyak klik dan earning. terima kasih atas perkongsian ni. hehehe

    ReplyDelete
  12. Kita punya iklan Google adsense tak tahu la knpa x keluar lpas tukar ke domain. Nanti kna rujuk balik ni mcm mna nak btulkn balik. Harap mau la kluar iklan kita tu.

    ReplyDelete
  13. Cik en nk psg dlm artikel x lepas2 lg.. leh cuba ni

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kak Diana. Kinah baru je pasang. Kena tunggu jadi ke idak.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih Diana Rashid letak kredit pada blog saya,

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …