Skip to main content

RUMAH BANYAK LAMPU : INI CARA RINGKAS DAN MUDAH UNTUK TURUNKAN BIL ELEKTRIK RUMAH ANDA

Assalamualaikum..



cara jimat bil elektrik



Zaman sekarang sebiji rumah memang ada banyak lampu. Ini antara punca kenapa bil elektrik di rumah kita semakin tinggi.Setakat ni ramai yang berjimat dengan cara menggunakan satu atau 2 lampu saha untuk satu ruangan.Nak jimat punya pasal..

Sekarang ramai yang suka dengan tips jimat.Kalau ada  tips jimat yang dikongsikan oleh orang ramai  tak salah untuk kita mencuba.Dalam banyak-banyak perkara yang dibelanjakan di rumah, bil Elektrik adalah salah satu perbelanjaan yang semakin meningkat dan ramai yang mahukan penggunaan elektrik yang menjimatkan.

Saya sempat baca satu thread di twitter berkaitan tips menjimatkan bekalan elektrik bagi rumah yang menggunakan Flourescent light . Atau nak mudah faham , lampu panjang tu.Lampu panjang ada dua jenis . Nak faham dengan lebih lanjut jom kita baca perkongsian dari saudara Firdaus Ali .

Kalau rumah korang banyak menggunakan lampu pada waktu malam ni adalah thread ringkas untuk turunkan bil rumah korang bulan depan


cara jimat bil elektrik


Thread ni fokus pada lampu pendaflour panjang tu dahulu ya. 1st, nak bagitahu dulu. Lampu pendaflour tu standard ada dua jenis ya. 1) Flourescent light 2) LED light

Macam mana nak tahu rumah korang sekarang ni guna lampu yang mana satu? Secara mata kasar, check je di belah tepi/side lampu tu. Ada tak guna 'starter' ni. Kalau ada maksudnya, lampu tu ialah lampu flourescent biasa tu. Kalau LED, kiri kanan housing lampu tu memang tak ada starter ni


cara jimat bil elektrik

Ok, so sekarang korang dah tahu lampu rumah korang guna lampu apa secara kasarnya. Now, aku nak share perbezaan antara lampu Flourescent biasa dengan lampu LED. 🤔 Ni adalah perbezaan dalam aspek :-

1) Size :- untuk lampu flourescent, size nya kalau bersama dengan housing nya memang besar & berat, kalau dibandingkan dgn Lampu LED. Kenapa lagi berat? Sebabnya dlm housing flourescent ada menggunakan 'choke'/ballast & starter, so wire dalam housing tu pun lagi banyak dan serabut

Untuk lampu LED pula, kalau sekali dengan Housing dia, size nya sememang nya lebih kecil dan ringan. Sebab nya, dalam Housing tu, cuma ada dua wayar yang menyambungkan antara Wire 'Live' & 'Neutral' sahaja. Kalau korang tengok cuma ada dua jenis wire ni sahaja, so memang simple.

2) Jangka Hayat :- Lampu Flourescent, secara am nya, bertahan cuma untuk 10,000 jam sahaja. Tak termasuk untuk jangka hayat starter & 'choke' dalam Housing tu. 😅 Lampu LED, secara am nya, bertahan untuk 60,000 jam. Tiada 'choke' & starter untuk digantikan. Nampak dah jimat tu😎






3) Lighthing:- Lampu Flourescent, memang banyak digunakan dirumah. Kerana ciri lampu ni memang sesuai untuk ruang besar and kurang 'sharp'. Setakat untuk menerangi ruang tu dengan cahaya sahaja.

Lampu LED pula, lebih bersifat fokus. Secara am nya, Lampu LED ni banyak digunakan dlm lampu suluh, lampu kereta, etc. Sebab tula lampu LED bila dipasang kat rumah, memang lagi terang dari Flourescent. Sebab bersifat fokus dan meluas bila dipasang kat rumah. 😱

4) Penggunaan Kuasa elektrik :- Senang cerita, lampu Flourscent lagi banyak consume elektrik rumah kita, sebab kan pindahan arus elektrik yang berperingkat-peringkat. Kalau Lampu LED pula, direct ke Lampu tu sendiri. So kalau tutup lampu sekali pun, arus berhenti kat situ je.


cara jimat bil elektrik


5) Harga 🤑:- Bila habis baca dari atas tu, korang boleh agak sendiri harga mana secara long term nya lebih jimat. Kan? Even lampu LED sekarang, harga dalam RM10.90 pun dah boleh dapat. Cuma quality cahaya laa kureng sikit. Macam lampu flourescent je quality tu.

Kalau nk ok and murah, cari harga dalam RM15++ boleh dapat sekali dengan waranty setahun. Pandai2 laa cri kedai ya.

Kalau LED pun lagi mudah nak pasang sebab cuma guna dua wire je. So aku memang suggest korang guna Lampu LED ni. Sebab better dari setiap aspek. Tapi different people different ways of seeing things kan. Kalau korang nak tukar juga, tapi x reti, DM or watsapp je 017 2233402 (Freelance Handyman) - Firdaus Ali- 


Saya ni tak pernah tahu pun tentang jenis lampu dalam rumah ni.Lepas baca perkongsian dari saudara Firdaus ni baru la faham sedikit sebanyak berkaitan lampu.. Bermakna penggunaan lampu LED lebih menjimat kan dan memudah kan kita jugak..

Tak payah la kerap2 sangat tukar lampu sebab lampu LED bertahan sehingga 60000 jam..

Ok..jom ..dah boleh tukar lampu rumah sekarang. 🤑 Terima Kaish Firdaus Ali untuk perkongsian yang bermanfaat ini.


sekian..


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …