Skip to main content

RESEPI LAKSA UTARA PALING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum..

laksa utara paling sedap dan mudah


RESEPI LAKSA UTARA PALING SEDAP DAN MUDAH Sebagai seorang penggemar laksa  memang saya kerap masak laksa . Suami dan anak-anak pun memang suka makan laksa.Bila balik berkumpul ramai-ramai di kampung laksa adalah menu pilihan utama sebab rasanya sedap dan mengenyangkan . Salah satu sebab lain kenapa laksa, ialah kerana masak laksa utara paling senang dan tak memerlukan bahan yang banyak.

Sebelum tu jom kita tengok dulu gambar-gambar laksa yang pernah saya masak..Nak kasi korang terliur sikit..Baru la mood nak masak tu datang..kan??hahahaha


laksa utara paling sedap dan mudah

laksa utara paling sedap dan mudah


laksa utara paling sedap dan mudah

laksa utara paling sedap dan mudah


laksa utara paling sedap dan mudah


Ada orang fikir masak laksa ni susah.tapi sebenarnya laksa paling senang dan sedap di masak.Sebab tu la kalau diperhatikan macam2 majlis orang buat selalunya mesti ada menu laksa.Orang tak pandai masak pun boleh je masak laksa ni.

Setiap orang ada tips tersendiri untuk masak laksa utara yang sedap. Ada yang memilih belacan dari jenama tertentu sahaja.Ada juga yang memilih menggunakan ikan sardin kemudian di campur sedikit dengan ikan kayu.

Tapi bagi saya ikan yang sesuai untuk dibuat laksa ada tiga  je..Ikan sardin , ikan termenung dan ikan selayang. 3 jenis ikan ni sangat sesuai untuk dibuat laksa.Korang boleh tambah ikan kayu kalau mahu tapi saya tak berapa suka sebab ikan kayu ada bau yang kuat .Saya tak suka ikan yang berbau terlalu kuat ni..Cuma bila korang tambah ikan kayu , kuah akan jadi lebih pekat.

Cara saya masak laksa memang simple dan mudah sahaja.jom tengok resepi laksa utara paling sedap dan mudah

Resepi Laksa Utara Paling Sedap dan Mudah


Bahan-bahan:

1 bungkus laksa - rendam selama sejam dan kemudian rebus sampai lembut.Cara lebih mudah masuk kan je dalam periuk nasi.Tak payah rendam2 kalau guna periuk nasik.


1 kilo ikan sardin
10 biji bawang merah
1 senduk besar cili kering yang dah dikisar
2 inci belacan
segenggam daun laksa/daun kesum
1 kuntum bunga kantan
6-7 keping asam gelugur
garam secukup rasa.

Ulam:
Timun
cili hijau/merah
telur rebus
daun salad atau daun selom
Limau kasturi

bunga kantan



Cara-caranya :

1- Bersihkan ikan..buang perut dan insang je..Yang lain tak payah buang. kemudian rebus ikan ,toskan ikan .Air rebusan ikan tu masuk kan dalam periuk yang nak buat kuah laksa nanti.

2- Bila ikan dah sejuk , asingkan isi dan tulang nya.Kalau guna ikan sardin atau ikan selayang jangan lupa buang  tulang macam sisik  dibagian ekor tu. yang macam saya bulatkan dalam gambar bawah ni..


Bahagian ni ada tulang macam sisik ikan yang keras..Kita blend pun dia tak kan hancur. Boleh kacau mood makan kalau kuah laksa ada sisik ikan yang keras ni.

3- dah asingkan isi ikan dan tulang nya boleh lah kisar isi ikan tu. Letak la air nak memudahkan ikan tu masa di kisar.kisar ikan sampai habis dan masuk kan dalam periuk yang ada air rebusan ikan tadi.

4- kemudian kisar tulang ikan dan kepala ikan tadi pulak.dah habis kisar tulang , kena tapis pulak dan ambil air nya masuk kan dalam periuk tadi.

Kisar lagi hampas  tulang ikan tadi sampai jadi halus dan tapis lagi ambil air nya. Bila tulang rasa2 macam dah hancur semua buang je tulang tu.

5- Kisar bawang merah dan  belacan  ...Saya lebih suka guna cili boh beli je..malas nak kisar2 cili kering.hahaha..

Masuk kan bahan kisar dan cili tadi ke dalam periuk kuah

6- masuk kan juga bunga kantan yang dah dipotong2, daun laksa , garam sikit dan asam keping.

7- masuk kan air dalam 3 mangkuk lagi.Ikut la kesesuaian kuah tu macam mana.jangan la pekat sangat dan jangan cair sangat.Pandai2 la agak2 ye..Pernah makan laksa mesti tahu kuah dia pekat atau cair mana..kan??Jangan la cair sangat..tak rasa apa nanti..heheheh..

8- Masak la atas api..masak kuah ni tak lama pun..dalam 10-15 minit dah masak..kalau masak banyak mungkin 30 minit baru siap masak.Rasa dulu garam cukup ke tidak..kalau tak cukup tambah sikit lagi


laksa utara paling sedap dan mudah

9- kemudian bila kuah dah masak boleh la di hidang kan..

jangan lupa tapis dulu laksa yang dah direbus tadi dan bilas dengan air biasa..Buang dia punya kanji2 tu..Kalau tak dibilas nanti laksa cepat berair dan cepat basi.

Kemudian ulam2 di dihiris halus2.

Lepas hidangkan dan makan lah..

selamat mencuba resepi laksa utara paling sedap dan mudah...

sekian..




Comments

  1. Okeh..sabtu nanti SA nak buat la..x leh tahan ni tgok laksa sedap...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …