Skip to main content

RESEPI GULAI NENAS IKAN TALANG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH



gulai nenas ikan talang masin yang sedap dan mudah

RESEPI GULAI NENAS IKAN TALANG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH ramai juga penggemar gulai nenas ikan talang masin ni rupanya.. Saya post gambar gulai nenas ikan masin ni di facebook sampai ada yang pm minta resepi. Sebenarnya resepi Gulai Nenas Ikan Talang ni saya ambil di blog Eny Yusnizar Abdullah.. Dalam banyak2 resepi tu saya pilih resepi ni sebab kalau Eny yang masak memang tak payah fikir sedap ke tidak..Mesti sedap punya lah.

Saya ni bukan penggemar ikan masin jadi kalau beli nenas tak pernah terfikir nak buat gulai nenas. Tapi baru-baru ni suami ada beli ikan talang cuma dia beli bahagian isinya saja. Selama berhari2 saya ni cuma tau goreng je la ikan masin tu.Hahha..Nak buat cemana dapat isteri tak kreatif..kan?? Agaknya cemuih dah kot jadi dia tanya sama ada saya boleh buat gulai nenas ikan talang masin.

Tak nak la menghampa kan suami tercinta..(eceh!!padahal tak nak mengaku yang kita ni tak reti masak) ..Jadi saya pun mula la google resepi gulai nenas ikan talang masin yang paling sedap dan mudah. Jumpa la dengan resepi ni . memang sedap sampai saya sendiri terkejut cemana saya boleh masak sedap macam ni.hahahah.. Poyo!

RESEPI GULAI NENAS IKAN TALANG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH


gulai nenas ikan talang masin yang sedap dan mudah


Nenas yang saya gunakan ni nenas setengah masak.Ada yang suka guna nenas muda dan ada juga yang suka guna nenas masak.Tapi saya guna yang setengah masak ni sebab nak kan nenas yang ada jus dan tak lembik bila dimasak atas api..

Kalau guna yang terlalu masak saya takut  nenas jadi lembik . Guna yang terlalu muda nanti nenas tawar pulak tak rasa apa.

Tapi kalau masak pajeri nenas saya suka nenas yang masak .Lepas tu boleh potong tebal2..ok..nanti lain kali kita buat pajeri pulak.

Ikan masin ni saya tak tahu la suami beli kat mana.Dia beli satu beg besar tapi cuma bahagian isinya saja.Langsung tak de tulang.Kalau ada bahagian tulang tu lagi sedap dibuat gulai.Terutamanya bahagian kepala dan ekor.

Tapi untuk percubaan pertama ni kita guna isinya saja la.Isi ikan tu kena rendam la dulu. saya rendam dengan air panas . Kalau nak guna air biasa pun boleh..Saya rendam dengan air panas sebab nak cepat.hahah..Guna air panas tu dalam 3-4 minit je .Sekadar nak hilang kan masin tu sikit.. Kalau guna air biasa rendam lama sikit pun tak pe.

Resepi Gulai Nenas Ikan Talang Masin yang sedap dan mudah 



gulai nenas ikan talang masin yang sedap dan mudah

Bahan-Bahan:

Ikan talang (saya guna bahagian isi je)
1/2 biji nenas setengah masak  - potong kuib jangan tebal dan jangan nipis sangat
1/2 kotak kecil santan 
3 sudu rempah daging
1 mangkuk  air

Bahan untuk menumis:
 3 ulas bawang putih yang dihiris halus
4 ulas bawang merah yang dihiris halus
1/2 sudu biji sawi
daun kari
1 senduk kecil minyak masak



Cara-Caranya:

Masuk kan nenas dan ikan talang ke dalam periuk bersama rempah daging dan 2 cawan air.Rebus sekejap   sampai mendidih.

Kemudian masuk kan santan.Masak lagi sampai mendidih. 

Masuk kan garam kalau perlu.Saya tak masuk kan garam dah . Kurangkan garam dalam masakan..hehehe

Panas kan minyak dalam kuali. Kemudian tumis biji sawi ,  daun kari , bawang merah dan bawang putih sampai naik baunya..

Tengok kaler macam dah garing2 sikit terus je tuang bahan tumis sekali dengan minyak nya ke dalam periuk gulai tadi.

Kemudian tutup periuk . Tutup api dan biar dulu sebelum dihidang kan.Sebab kita nak bahan tumis tadi menyerap rasanya bersama dengan gulai nenas ikan talang tu.

kemudian boleh la hidang kan.

gulai nenas ikan talang masin yang sedap dan mudah


Senang je kan??nanti boleh la buat untuk hidangan sekeluarga. Kalau diutara ni gulai nenas ikan talang memang sangat terkenal.Hidangan ni juga boeh kita jumpa di majlis-majlis kenduri terutamanya di negeri Kedah dan Perlis.

So kalau korang nak pikat orang utara kena pandai masak Gulai Nenas Ikan Talang ni ..hahahaha..tak la..saya gurau je..

selamat mencuba..


sekian..

Comments

  1. sedapnya.. kalau dapat ni, memang bertambahlah nasi.. lama jugak tak makan mak masak ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnya gulai nenas ikan talang...petua nk hlgkn masin ikan talang rendam dg air bubuhgaram kasarsedikit..garam jntn seketul ke

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …