ORANG LAIN MABUK DRAMA KEKASIH PAKSA RELA TAPI SAYA MABUK DRAMA OUR GAB SOON

Assalamualaikum..


Drama kekasih paksa rela


Kalau tengok di facebook saya , ramai rakan-rakan yang berkongsi cerita tentang drama Kekasih Paksa Rela. Drama ni memang best sebab saya pun tengok juga.Tapi saya tengok hari Isnin je..Hari lain tak tengok pun.Hahaha..

Penarik utama drama ni awal ditayangkan dulu dah tentu lah sebab ada Remy Ishak. Artis kegemaran adik2 sampi ke makcik2 tau..Hahahha.. Lepas tu sekali layan rasa macam best pulak.tapi nak buat macam mana , kita cuma tengok hari isnin je..

Walaupun macam tu kita tau la jalan cerita dia cemana..Saya selalu tengok video-video yang orang share kat Instagram. Dari video-video pendek tu pun dah tau jalan cerita dia macam mana..Bak kata Beto Khusyairi, jalan cerita sama je.Hahha..

Remy Ishak kekasih paksa Rela


Tapi orang kata kalau tengok perjalanan cerita tu lagi best sebab boleh tengok lebih banyak babak-babak sweet Hanan dah "Pakciknya".. Betul tak?


Saya pun suka drama tu cuma saya lebih memilih untuk tonton Kdrama Our Gab Soon. Drama ni di tayangkan lewat 15 minit dari Drama Kekasih Paksa Rela. Drama ni adalah drama keluarga .Saya memang suka drama korea yang tunjuk tentang cara hidup sesebuah keluarga tu.

Biasanya bila drama keluarga ni tak de la cerita orang perempuan miskin berebut lelaki kaya.Atau lelaki kaya acah-acah sweet dengan perempuan miskin dari kampung.heheh..

Kdrama our Gab Soon



Our Gab Soon mengisahkan 3 buah keluarga yang ada satu hubungan unik antara mereka.Semuanya macam satu kitaran dan setiap watak ada kaitan nya.

Dalam drama ni kita boleh tengok macam mana cara pasangan tua dan muda menghadapi krisis dalam rumahtangga. Bagaimana perceraian memberi kesan pada anak-anak dan boleh tengok bagaimana tak mampu nya anak - anak untuk memahami kehendak orang tua yang nak kan anak-anak bahagia walaupun cara orang tua mereka tu adalah satu cara yang salah.

Dah 10 tahun Gab Soon dan   Gab Dool bercinta.Tapi hubungan mereka tak pernah direstui kedua belah keluarga sampai satu tahap  Gab Soon terpaksa memutuskan hubungan cinta mereka.  Gab Dool berusaha untuk dapatkan tempat sebagai penjawat awam supaya keluarga Gab Soon terima dia.


Kdrama our Gab Soon



Gab Soon kecewa sebab Gab Dool macam tak berusaha nak menyelamatkan hubungan mereka tapi sebenarnya Gab Dool tak duduk diam pun.Dia buat baik dengan keluarga Gab Soon walaupun mak Gab Dool pesan banyak kali jangan sesekali tegur keluarga Gab Soon.

Lepas Gab Dool dapat jadi penjawat awam , ada pulak perempuan senior kat tempat kerja dok goda Gab Dool. Lagi la Gab Soon marah dan kecewa.Tapi Gab Dool tak pernah suka perempuan tu,. Cuma mak Gab Dool je beriya-iya nak perempuan yang kerja penjawat awam tu jadi menantu dia.

Gab Soon mula buat kerja sebagai cleaner, lagi la mak Gab Dool tak suka.Dia nak menantu dia seorang cikgu bukan nya cleaner.

Mak Gab Dool ni kerja sebagi orang gaji kat rumah orang kaya.Orang kaya tu pulak sebenarnya adalah keluarga mertua abang kepada Gab Soon.

Nampak tak dia punya kaitan semua tu..

Kdrama our Gab Soon

Ni baru cerita tentang Gab Soon dan Gab Dool.Belum lagi cerita tentang kakak-kakak dan abang2 gab Soon dan Gab Dool.Yang tu kena la tengok sendiri ye..Panjang nanti nak cerita.

Ibu bapa si Gab Soon dan Gab Dool dan keluarga kaya ni pun ada cerita mereka sendiri. Drama ni memang best dan banyak beri kita pengajaran.Bukan semata-mata babak sweet-sweet tu ye..hahahah..

Apa pun kedua-dua drama ni memang best dan menarik.

sekian..

ORANG LAIN MABUK DRAMA KEKASIH PAKSA RELA TAPI SAYA MABUK DRAMA OUR GAB SOON ORANG LAIN MABUK DRAMA KEKASIH PAKSA RELA TAPI SAYA MABUK DRAMA OUR GAB SOON Reviewed by Diana Rashid on 16:28:00 Rating: 5

2 comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

About Me

Powered by Blogger.