Skip to main content

MASA KECIL TAKUT HANTU TAK SEMESTINYA DAH BESAR PUN TAKUT HANTU

Assalamualaikum...

takut hantu



MASA KECIL TAKUT HANTU TAK SEMESTINYA DAH BESAR PUN TAKUT HANTU Sejak dari saya kecil lagi memang saya di dedahkan dengan cerita-cerita hantu dan cerita seram.Kalau waktu malam berkumpul dengan mak saudara, opah dan adik beradik mesti ada la topik berkaitan cerita seram ni. Ada cerita yang diulang cerita pun masih lagi rasa seram.ahahah,..

Boleh dikatakan masa kecik saya, saya memang penakut

Tapi yang peliknya bila dah besar tak de pulak rasa takut dekat hantu.Bukan nak berlagak ke apa tapi memang bila saya pergi tempat gelap ke,tempat sunyi ke , benda pertama yang saya fikir bukan lah hantu tapi orang jahat dan  binatang berbisa.

Takut hantu ni entah ketakutan yang no berapa baru saya akan fikir.Hahahha.. Tapi kalau hantu muncul depan saya baru la rasa seram tapi tak la sampai terkejut menjerit sampai pengsan.Pernah nampak benda2 menyeram kan sebelum ni pun saya tak de pulak sampai demam dan  histeria.




Masa saya kecil arwah opah saya selalu dipanggil untuk mandikan jenazah.Bila ada je kematian kat kampung tu , hati saya ni risau dah.tak senang duduk dah rasanya ni.Kejap2 jenguk kat pintu..Takut opah saya balik.

Bila  opah saya  balik je dari mandikan jenazah tu , mula la perasan sangat tak best tu muncul.Kebiasaan nya bila opah balik dari memandikan jenazah dia akan bawak balik sebungkus kopi  dengan satu pinggan biskut kering.Biskut tu dibalut dengan kain putih.Di bunjut kan je pinggan yang ada biskut tu dengan kain putih.

Kalau korang, korang makan tak biskut tu??Hahahha..

Serius cakap biskut kering yang selama ni sedap je makan cicah dengan kopi o tu, bila dah bungkus dengan kain putih tu dia jadi tak sedap ok..hahahah..Sebab dah set dalam kepala otak ni biskut mayat.So memang tak selera nak makan .

Satu lagi yang buat rasa tak best tu ialah Opah saya ni akan bawak balik kain putih .Sehelai kain panjang dan sehelai lagi kain putih yang kecil.Yang besar dia akan rendam dalam satu baldi.Mungkin sebab nak hilangkan bau kain tu kot jadi dia akan rendam lama dalam sehari dua macam tu la....tak tau la bau apa..kan??hahahah . dan yang kecik tu dia suka sangkut atas pokok limau yang berdepan dengan bilik air.

Hahahah,...korang bayang kan perasaan bila malam2 nak terberak , korang sanggup tak nak berjalan ke belakng rumah pergi tandas tu?Bangun pagi gelap2 lagi nak mandi nak berak ,  kain putih tu depan bilik air dengan angin bertiup buat pokok limau tu melambai-lambai je.. .dalam bilik air pulak kain putih terendam dalam baldi.Seram rasa oi....Boleh nangis pagi2 tau..Hahahha..

Saya rasa benda-benda macam tu la yang buat saya dengan adik beradik saya ni , yang membesar masa zaman opah mendikan jenazah dulu, memang bukan lah dikalangan orang-orang yang takut hantu..

tengok cerita hantu
aksi dua beradik tengok cerita hantu.

Dengan anak-anak saya sekarang ni pun saya bagi je diaorang tengok cerita hantu, kadang2 usik2 ada hantu la , ada pocong la..Hahah... Tambah pulak saya memang suka mengusik. Bukan niat nak buat diaorang jadi penakut tapi nak diaorang rasa biasa je bila kita sebut tentang hantu..Orang kata nak hilangkan ketakutan pada satu2 benda tu kita kena berdepan dengan perkara tu..Ada faham??hahah


Sebab tu saya ni sampai sekarang tak percaya bila orang kata .."jangan la takut2 kan dia dengan cerita hantu..nanti dia percaya, nanti dia penakut.." Tak de maknanya..Biasanya kalau selalu cerita, selalu takut2 dia memang dia dah rasa tak takut hantu apa pun..




sekian.

Comments

  1. tp akak ni dr kecik tkt antu dh tua pun sama je hehehhe... camne nk bg hilang ketakutkan tu ek...

    ReplyDelete
  2. dulu mmg takut hantu laa ni tgk cite hantu sy tergelak ada laa hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …