LELAKI INI CURI TALI KAIN KAFAN SAHABAT SENDIRI UNTUK DIJADIKAN PELARIS



curi tali kain kapan
Kubur ,Hendra 

LELAKI INI CURI TALI KAIN KAFAN SAHABAT SENDIRI UNTUK DIJADIKAN PELARIS  Misteri kehilangan tali kain kafan pada satu mayat yang meninggal pada Khamis 28/12/2017 akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki di tahan pihak polis.

M Hendra bin Solahi meninggal pada 28/12/2017 dan dikebumikan di tanah perkuburan Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia pada hari yang sama. Namun pada jumaat 29/12/2017  jam 06.30 WIB penduduk setempat gempar apabila menyedari kubur M.Hendra sudah diceroboh.

Penjaga kubur  Andi Edi (47) mengakui menerima laporan orang yang datang menziarahi kubur berkenaan keadaan salah satu kubur di kawasan tersebut sudah diceroboh dan mempunyai kesan diselongkar.

Dia kemudian nya terus membuat laporan polis.


Selepas melakukan siasatan polis mendapati 3 tali kain kafan pada mayat tersebut sudah hilang.Siasatan dilakukan hampir seminggu  dengan melibatkan 11 orang saksi akhirnya membuahkan hasil apabila seorang lelaki dikenali sebagai M.Irpan (34) yang juga salah seorang sahabat si mati didakwa sebagai tertuduh yang mencuri tali kain kafan dan menyelongkar kubur si mati.


curi tali kain kapan
M.Irpan



Menurut M.Irpan dia mengambil masa selama 3 jam untuk menggali kubur sahabatnya itu dengan menggunakan sebatang kayu.Dia kemudian nya mengambil tali di kepala , leher dan dada .

Irpan mengakui dia mencuri tali kain kafan tersebut untuk dijadikan pelaris perniagaan kereta sewa nya selepas salah seorang penumpang nya memberi tahu tali kain kafan boleh digunakan sebagai pelaris.

Terdapat satu kepercayaan yang mengatakan tali kain kafan  mampu membuatkan perniagaan menjadi laris dan mendapat ramai pelanggan.Oleh sebab itu Irpan nekad mencuri tali kain kafan M.Hendra .

curi tali kain kapan

Selepas menggali kubur selama 3 jam hari beransur cerah dan Irpan memutuskan untuk lari tanpa sempat menutup kembali kubur yang telah diselongkar.

Irpan kemudian nya menyimpan tali kain kafan tersebut di dalam beg plastik dan sweater sambil memandu kereta sewanya. namun tetap tidak mendapat ramai penumpang.Lantas Irpan membuang tali tersebut di sungai.



Kain kafan mayat sering dikaitkan dengan perkara-perkara syirik dan kurafat. Selain tali kain kafan yang dikatakan boleh menjadi pelaris ada juga yang mengatakan kain kafan boleh menjadikan seseorang itu sukar dilihat.

curi tali kain kapan



Pencuri atau penyamun akan memakai kain kafan  untuk memasuki rumah orang lain untuk mencuri atau melakukan kejahatan  tanpa disedari orang lain.

Kebiasaan nya penganut ajaran  ilmu hitam selalu mensasarkan  kain kafan atau jari orang yang meninggal pada Jumat kliwon. Tujuannya, untuk ilmu kebal , pelaris, dan ilmu ghaib.


sekian..



LELAKI INI CURI TALI KAIN KAFAN SAHABAT SENDIRI UNTUK DIJADIKAN PELARIS LELAKI INI CURI TALI KAIN KAFAN SAHABAT SENDIRI UNTUK DIJADIKAN PELARIS Reviewed by Diana Rashid on 19:11:00 Rating: 5

7 comments:

  1. Macam-macam sanggup buat sampai begini untuk kononnya dapat melariskan.

    ReplyDelete
  2. banyak lagi kepercayaan karut camni pada zaman ni

    ReplyDelete
  3. alahaii..pelik² je orang zaman sekarang ni kan...

    ReplyDelete
  4. Sesetengah perangai manusia jahil sampai tak tercapai dek akal.

    ReplyDelete
  5. sanggup yek demi duit... tp kalau mmg dh di takdirkan tak maju, tak maju jugk

    ReplyDelete
  6. Patut la ada filem seram depa cerita pasai ni, rupanya memang jadi satu kepercayaan...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

About Me

Powered by Blogger.