Breaking

Tuesday, 9 January 2018

LAKUKAN AMALAN INI SELAMA 40 HARI UNTUK REZEKI YANG MELIMPAH RUAH

Assalamualaikum..

amalan untuk rezeki melimpah ruah


LAKUKAN AMALAM INI SELAMA 40 HARI UNTUK REZEKI YANG MELIMPAH RUAH Kita sentiasa mengharapkan rezeki yang melimpah ruah . Dalam doa kita setiap hari kita memohon agar Allah memberi rezeki kepada kita. Selain itu ada banyak amalan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan rezeki yang melimpah.

Mengamalkan perkara-perkara yang menjemput rezeki  bukan lah bermakna kita tidak perlu bekerja dan hanya menunmpukan pada ibadat semata-mata . Kita tetap perlu berusaha dan bekerja . namun dengan amalan-amalan yang saya tuliskan dibawah ini boleh meluaskan lagi pintu rezeki.


1- lakukan dengan rutin Solat dhuha 
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)





2- Solat Berjemaah di masjid tepat pada waktunya
Lakukan solat dimasjid dan berjemaah disertai dengan solat sunat qabliyah dan ba'diyah.

3- lakukan dengan rutin solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 Rakaat
Amalkan solat tahajud dengan minima 2 rakaat dan atau 8 rakaat. mana kala tambah dengan solat witir 3 rakaat.

4- kerap membaca surah Al- Waqiah 
" Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni)

5-  Baca zikir selepas solat
Selepas habis solat terus lah berzikir . Baca zikir yang anda biasa amalkan dan ditambah dengan  baacan asmaul husna Ya fattah Ya razaak  sebanyak 11 kali. Kemudian teruskan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan surah al-ikhlas 3 kali . 

6- Selalu bertaubat
selalu lakukan solat sunat taubat dan mohon keampunan dari Allah.. Kemudian bacalah istgfar sebanyak 100 kali setiap hari pada bila -bila masa saja..

amalan untuk rezeki melimpah ruah


7- Membaca Yassin
Membaca yassin sekali setiap hari bila -bila masa sahaja dan dimana sahaja .Jadikan amalan dan kebiasaan.

8- Mengamalkan zikir pagi dan petang
baca 100 kali zikir ini  di waktu pagi dan petang : 

“Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim”,

 Ertinya “Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”

9- sebelum tidur amalkan solat sunat 2 rakaat 
walaupun mengantuk usaha untuk lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur.Rakaat pertama surah Al-Kafirun dan surah Al-ikhlas di rakaat kedua. 



sekian..

1 comment:

  1. Tahun lepas saya selalu buat solat dhuha. Awal-awal tu saya tak faham konsep dia. Masa solat dhuha saya asyik mintak mintak mintak je.

    Ade sekali tu, husband dapat tukar shift pagi (selama ni dia shift malam). Waktu tu solat dhuha saya ucap syukur syukur syukur je.

    Sekali lepas saya tukar konsep mintak kepada syukur, ya Allah lagi banyak rezeki turun dari Allah dekat kiteorang family ni kak diana. Husband tahun lepas alhamdullilah naik gaji agak tinggi, anak saya pun rezeki dia lain macam melimpah ruah. Rezeki dekat blogging saya pun makin bertambah.

    Waktu tu tak tau la nak cakap macam mana miraclenye solat dhuha tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox