Skip to main content

CARA-CARA SOLAT TAHAJUD YANG BETUL DAN LENGKAP

Assalamualaikum..


cara solat tahajjud dan witir yang betul



CARA-CARA SOLAT TAHAJUD  YANG BETUL DAN LENGKAP  Bagaimana cara mengerjakan solat tahajud  dengan betul dan lengkap . Apakah Doa yang harus dibaca selepas solat tahajud.??

Ini soalan yang saya ambil di email saya. Tak pernah  saya dapat soalan yang berkaitan dengan agama terutamanya bab solat ni..Mungkin sebab saya ni  bukan ustazah. Hahaha..so saya cuba lah jawab sebaik mungkin berdasarkan apa yang saya tahu. So hari ni saya akan kongsikan cara-cara solat tahajud  yang betul dan lengkap.

Solat tahajud

Solat sunat tahajud ialah solat yang didirikan pada waktu malam sejurus setelah bangun tidur. Solat ini dilakukan bersendirian dan memang banyak kebaikan mendirikan solat di tengah malam sebagai ibadah tambahan.Rasullullah s.a.w sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjud.Solat tahajjud boleh dilakukan dalam jam 3 pagi hingga sebelum masuk waktu subuh

Tujuan solat tahajjud ini ialah sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT. Ianya juga
mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya. Sebagai tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT solat tahajjud dilakukan untuk menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.Ianya juga memberikan  ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara-cara solat Tahajjud yang betul dan lengkap

Tiada had rakaat di tentukan untuk mendirikan solat Tahajjud.Ianya bergantung kepada kemampuan kita sendiri . Namun kebiasaan nya kita hanya mendirikan 2 rakaat sahaja kerana mungkin ada yang perlu bangun awal pagi untuk bekerja . bukan?? Namun tak jadi masalah kalau nak buat lebih dari 2 rakaat dan ianya memang digalak kan.

Cara-cara solat tahajud  yang betul dan lengkap

1- Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa seperti dibawah

cara solat tahajjud yang betul


2- kemudian niat solat tahajjud




3- Rakaat pertama : baca surah Al-fatihah
                                 Baca ayat kursi  (7 kali)


    Rakaat ke dua : Baca surah Alfatihah
                              Baca surah Al-Ikhlas (11 kali)



4- Selepas membaca tasbih (سبحان ربي الأعلى )  pada sujud kedua dalam rakaat terakhir baca lah  doa didalam sujud tahajjud  ini.




5-Kemudian beri salam dan selepas tu baca lah doa selepas salam tahajjud .Cara-cara solat tahajud  yang betul dan lengkap

doa selepas salam tahajjud
gambar: shafiqolbu.wordpress.com


6- Akhir sekali sambung bacaan doa dengan doa tahajjud berikut :-

doa solat tahajjud


Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 


Semoga entry cara-cara solat tahajud  yang betul dan lengkap ini bermanfaat untuk semua..


sekian..

Comments

  1. Info yang bagus dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Boleh lakukan solat tahajud nie ye.

    ReplyDelete
  2. thanks 4 sharing... lazim kalau buat tgk waktu... kalau nk dkt subuh tu buat 2 rakaat je ;-)

    ReplyDelete
  3. PERKONGSIAN YG SGT BRMNFAAT TKSH

    ReplyDelete
  4. Thank you kak kongsikan tentang ni. Sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …