Skip to main content

CARA BETUL MELUPUSKAN AL-QURAN ROSAK , KOYAK DAN PERHIASAN YANG MENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN

Assalamualaikum...



CARA BETUL MELUPUSKAN AL-QURAN ROSAK , KOYAK DAN PERHIASAN YANG MENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN Saya masih ingat masa kecil-kecil dulu ada banyak al-quran dirumah yang dah koyak.Opah saya seorang guru mengajar mengaji.Jadi memang banyak Al-quran dirumah untuk kegunaan budak-budak yang datang belajar mengaji.Ada antara al-quran  yang terkoyak dan buat cebisan bahagian yang koyak tu kadang2 jatuh kat lantai.

Opah saya pesan kalau nampak cebisan al-quran tu kutip dan masuk kan dalam satu beg plastik yang memang dah disediakan .Didalam nya ada banyak ccebisan helain quran yang lain.Ianya untuk dilupskan dengan cara yang betul sebab  cebisan  alquran tu tak boleh dibuang sebarangan dan ada caranya .

Al-quran yang koyak juga perlu dilupuskan kerana ianya tidak lengkap dan sudah tentu tidak dapat dibaca dengan sempurna.





CARA BETUL MELUPUSKAN AL-QURAN ROSAK , KOYAK DAN PERHIASAN YANG MENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN 


Saya nak kongsikan cara  betul  melupuskan alquran  rosak, koyak dan perhiasan yang mengandungi ayat suci al-quran. Kaedah pelupusan yang digunakan ialah dengan dua cara iaitu pembakaran atau di tanam. sumber:jakim

Cara pembakaran adalah seperti yang berikut:

(a) Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

(b) Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah
dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

(c) Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya.

(d) Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama Islam atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut .

Cara ini termasuk juga dalam mengendalikan bahan-bahan lain yang terkandung ayat suci alquran seperti , cd, gambar, perhiasan rumah,  hadis-hadis dan  doa-doa .

Semoga dengan artikel  cara betul melupuskan Al-Quran rosak, koyak dan perhiasan yang mengandungi ayat suci Al-Quran ini dapatlah kita semua terus menjaga  kesucian dan kehormatan al-quran  .


sekian..





Comments

  1. Terima kasih perkongsinnya DR....
    Moga memberi panduan kpd yg memerlukan

    ReplyDelete
  2. pernah nampak mak buat gini jugak untuk lupuskan al-quran atau seangkatan dengannya. tapi tak perasan bab tanam tu. tq. aler la lepas ni kena tanam

    ReplyDelete
  3. Mmg kena berhati-hati bab nak lupus ayat Quran ni.. Sebab tu lah buku sy menimbun setiap tahun tak terlupus

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …