Skip to main content

BANYAK LAGI DOSA YANG "NABI TAK MENGAKU UMAT''

Assalamualaikum..



BANYAK LAGI DOSA YANG "NABI TAK MENGAKU UMAT'' Sekarang ni tengah hangat isu homoseksual . Ramai yang tak selesa dengan mereka yang terlibat dengan homoseksuakl ni yang terlalu mendedahkan cara hidup mereka hingga dirasakan ianya mungkin akan memberi kesan yang tak baik pada generasi akan datang.

Bila timbul isu ni mesti kita akan kaitkan dengan "nabi tak mengaku ummat..". Tapi tahu tak sebenarnya ada banyak lagi dosa yang boleh kita kaitkan dengan "Nabi Tak Mengaku umat.." . Saya petik dari satu thread yang dikongsikan oleh Ustaz Addien di laman twitter nya..

jom kita semak..

1. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

Kata Nabi:

ليس منا من تشبه بالرجال من النساء ولا من تشبه بالنساء من الرجال
Bukan golongan kami, wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan. (Riwayat Ahmad)


2. Menipu dalam jual beli atau selainnya.

Nabi pernah ke pasar dan dapati orang campur makanan yang rosak dalam makanan elok. Kata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam

لَيْسَ مِنَّا مَنْ غَشَّ
Bukan dalam kalangan kami, orang yang menipu. (Riwayat Abu Dawud & Ibn Majah)


 3 . Meratap kematian seperti orang jahiliyyah.

Kata Nabi,

ليس منا من لطم الخدود، وشق الجيوب، ودعا بدعوى الجاهلية
Bukan golongan kami, orang yang menampar pipi, mengoyakkan baju dan meratap dengan ratapan jahiliyyah. (Riwayat al-Bukhari)


4. Tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua a.k.a kurang ajar.

Kata Nabi,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا
Bukan golongan kami, sesiapa yang tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang tua. (Riwayat al-Tirmizi)


5. Fanatik kaum, berpuak-puak secara melampau.

Kata Nabi

ليس منا من دعا إلى عصبية، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية
Bukan golongan kami, sesiapa yang mengajak kepada fanatik kaum, berperang kerana fanatik kaum dan mati kerana fanatik kaum. (Abu Daud)




6. Menjadi punca pergaduhan antara suami dan isteri (banyak terjadi di media sosial).

Kata Nabi,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ خَبَّبَ امْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا
Bukan golongan kami, sesiapa yang menyebabkan permusuhan seorang isteri kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud)


7. Tidak mahu berkahwin ianya seperti  rahib atau membujang tanpa sebab yang diizinkan syarak.

Kata Nabi,

النِّكَاحُ مِنْ سُنَّتِي فَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ بِسُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Kahwin itu sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal menurut ajaranku, maka dia bukan golonganku. (Ibn Majah)


sekian..

Comments

  1. meremang bla bc... byk nya dosa kita skrg dan sempatkah kita bertaubat?

    ReplyDelete
  2. Kadang kita tak sedar lakukan kesilapan, tapi kalau yg sedar kena cpt2 taubat

    ReplyDelete
  3. Kadang² terlepas pandang..kat sekolah dah belajar tp terleka, alpa..hmm..sedih tgk zaman skrg

    ReplyDelete
  4. No satu tu byk dh skg. Bila tgur dibidasnya balik kata mcm2.. Takutnya dgn keadaan skg..

    ReplyDelete
  5. Takutnya. Kadang2 kita tak sedar tgk2 je kita dha buat dosa besar tanpa kita sendiri sedar. kadang2 kita terlibat secara tak lgsg. contognya mcm yg no 6 tu. kdg2 kawan cerita & mtk pendapat kita pasal rumah tangga dia. x sedar kadang komen or kata2 kita tu rupanya buat keadaan lg teruk. mgkn niat kita baik nak tlg, tp kwn kitafaham lain so lain jd nya

    ReplyDelete
  6. Allah... Rasa takut sgt2.. Moga kita tidak tergolong diantaranya..

    ReplyDelete
  7. thanks sis..perkongsian yg menarik

    ReplyDelete
  8. Bila baca ni, baru kita tersedar kan. Memang banyak lagi perkara-perkara yang berdosa yang terkadang kita tak tahu atau tak pasti.

    Moga kita dijauhi dalam melakukan perkara-perkara sebegini.

    ReplyDelete
  9. Baca entry aka nih bru tahu perkara perkara yg biasa dilakukan dlm kalangan masyarakat termasuk dlm "Nabi Tak Mengaku Umat"

    ReplyDelete
  10. oooo banyak lg, banyak perkara yg kita tak blh nk amik mudah lah ye

    ReplyDelete
  11. Sama2 salong ingat m3ngingati..macam2 sekarang terjadi..orang tau diri dia betul je..

    ReplyDelete
  12. MOGA NABI MAHU MENGAKU KITA UMATNYA

    ReplyDelete
  13. Huhu banyaknya dosa akak. Moga terampun..

    ReplyDelete
  14. Banyak nya dosa. Harap sangat lepas ni kena beringat selalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …