Skip to main content

AWAL TAHUN BARU 2018 NI APA LAGI CERITA NAK DI TULIS KALAU BUKAN AZAM TAHUN BARU

Assalamualaikum.


azam dianarashid 2018


Bila tiba awal tahun mesti masing-masing nak bercerita tentang azam tahun baru..kan??Saya ni banyak azam setiap tahun.Sebab saya ni kalau berazam memang buat sungguh-sungguh ..Mesti jadi lepas tu kita fokus pada azam yang lain pulak..Macam tu la cara saya berazam..

Satu lagi sebab kenapa azam banyak2 setiap tahun sebab kadang2 berazam benda yang sama setiap tahun, di campur pulak dengan azam yang baru..Tu pasal la jadi banyak..hahahah..

Saya tak mau cerita tentang hal peribadi berkaitan azam ni..Biarlah rahsia ye..hahahahBukan apa, azam ni bila dicanang2 takut tak jadi..Lepas tu malu sendiri..Jadi kita cerita tentang azam dengan blog ni je la..






Untuk tahun 2018 saya berazam nak beri lebih fokus pada penulisan di blog. Saya nak kurang kan post-post tentang iklan.Sebenarnya ini juga azam saya tahun 2017 yang lalu.Tapi biasa la bila nampak duit je jadi lupa azam kita tu..hahahah..tapi memang saya dah kurangkan sikit ambik review-review..

Kalau tahun 2016 saya boleh dapat 4 angka dengan menulis iklan di blog.Tapi 2017 saya kurangkan kepada 2 post sahaja sebulan.. Saya memang nak fokus menulis tentang isu semasa, cerita viral, post2 tentang pendapat dan cadangan..Tapi kadang2 bila dapat tawaran je laju je terima..hahaha..Maklum la..perempuan kan suka duit.hahah


Untuk tahun ni harap saya tak terlalu mengejar duit..Memang buat blog ni kena juga ada hasil..kan?Sebab tu saya kata saya cuma nak kurangkan beriklan..Saya tak kata saya tak mau beriklan..okkk..Jangan salah sangka pulak..Buat blog kena ada hasil tapi jangan sampai lari kita punya tujuan utrama berblog.

Saya rasa bila saya terlalu fokus pada nak buat review nampak macam tak de arah blog saya ni.Bayangkan lah, bila kita tulis review ambik masa bukan sejam dua tau..kadang sehari suntuk..Sedangkan kita ada banyak benda lain nak di tulis dan diluah..Hahaha..Kecewa sangat la di situ..

Saya dah join  adsense, ada nuffnang, ada klikjer , banyak dah tu..kan?? dan kalau saya ambik review pun mungkin setakat sebulan 1-2 review post sahaja.. Tengok keadaaan cemana ok..Kalau saya tak de bahan nak tulis mungkin saya akan tulis review.

Tapi setakat ni saya tak pernah rasa tak de apa nak di tulis..hahaha..

tahun baru 2018 dianarashid.com

Saya nak banyak menulis macam2 isu supaya lebih ramai akan baca blog saya,.Saya tak mau fokus pada satu aliran pembaca je.Saya nak jadikan blog saya ni sebagai sumber maklumat yang pelbagai..Ada macam-macam cerita di situ.Insyaallah dalam masa sedikit lagi saya nak ubah sedikit paparan blog saya ni..Ubah sikit je terutamanya bahagian nav bar tu.

Saya juga nak mulakan semula rutin blogwalking setiap hari..dah lama tinggal rutin ni..ada juga bw sekali sekala tapi susah nak disiplin kan diri macam awal2 buat blog dulu..



Ok..tu je lah azam saya untuk blog dianarashid.com ni..

sekian..

Comments

  1. selamat menyambut tahun baru 2018 .
    moga sama-sama terus sukses

    ReplyDelete
  2. Alaaaa..baru nak buat giveaway pasal ni..awal sgt cerita haha..

    ReplyDelete
  3. Orang laki pun suka duit, nanti kalau nak reject iklan tu passing kat zumal, hehe gurau je. Selamat tahun baru 2018. Moga terus sukses...

    ReplyDelete
  4. kalau nak cerita bab azam ni,banyak sebenarnya...tengah tungu giliran je ni..hehehe...selamat tahun baru Diana

    ReplyDelete
  5. Kalau nak list semua azam tu memang banyak lah kan. Hehehe. Semoga tercapai semua azam akak untuk tahun ni. Selamat tahun baruu :)

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru Kak Diana. Semoga segala azam untuk blog tercapai..Aamin

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …