5 NYONYA FOOD IN MELAKA YANG ANDA PATUT CUBA - UNSEEN MALAYSIA





5 NYONYA FOOD IN MELAKA YANG ANDA PATUT CUBA  Melaka adalah salah satu negeri yang paling menunjuk kan peningkatan jumlah pelancong setiap tahun.Sebab tu la memang ramai yang menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian. Korang mesti pernah ke Melaka.Bukan?

Bagi yang belum pernah ke Melaka atau dah lama tak jalan-jalan makan angin di Melaka , saya nak kongsikan beberapa  makanan dan tempat makan menarik dqn unik, di Melaka . Melaka dah banyak berubah seiring dengan citarasa masa kini. Dari tempat peranginan sampai la ke makanan semuanya ada pembaharuan dan keunikan.So korang yang dah lama tak ke Melaka kena teruskan membaca.

Apa lagi yang menarik dan unik di melaka kalau bukan makanan nya..Kan?Ramai yang datang ke Melaka semata-mata nak mencuba sendiri masakan dan makanan di negeri bersejarah ni.

Makanan baba  dan nyonya ada peminatnya tersendiri.Disebabkan terdapat unsur-unsur makanan cina dan Melayu , makanan peranakan ini sentiasa dicari terutamanya pelancong di dalam negara.

Nyonya Food in Melaka Yang Wajib di cuba



Laksa Nyonya 
Kalau mengikut rating, Laksa Nyonya adalah yang paling dicari-cari pelancong bila bercuti di Melaka. Memang banyak tempat yang ada jual laksa Nyonya.Salah satunya di Calanthe Art Café

pic: Calanthe Art cafe


Jangan terkejut kalau sampai di  Calanthe Art Café ni sebab ianya adalah cafe Hipster . Di Melaka ni terdapat banyak cafe hipster yang best-best dan sering jadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong.Beberapa tahun lalu cafe-cafe yang biasa je dipandangan mata kita kini dah berubah menjadi cafe hipster yang menarik dan unik.



Dari luar je dah ternganga mulut tengok cafe ni...Memang terbaik dekorasi di luar cafe ni.Tengok la gambar ni...

Pic: Calanthe Art Cafe


Di sini ada Laksa nyonya yang menjadi sebutan ramai ..Singgah Calanthe Art Café ni wajib korang order sekali laksa nyonya.Rata-rata yang dah rasa memang tak menyesal. Istimewa nya laksa nyonya di sini dihidangkan dengan makanan bergoreng yang pasti buat korang jatuh cinta.Memang tak kan jumpa kat tempat lain tau...

Cafe ni sebenarnya lebih terkenal dengan hidangan  13 jenis kopi dari setiap negeri.Kopi yang paling ramai suka ialah kopi Melaka. Ini tempat makan yang korang wajib singgah!!Terbaik!!




Asam Pedas Nyonya
Satu lagi tempat yang ada  Nyonya food in Melaka ialah di Seri Nyonya Peranakan Restaurant - Hotel Equatorial, Melaka . Disini tak ubah seperti  syurga makanan Peranakan dengan dekorasi meja yang bercirikan Baba dan Nyonya. Boleh feeling macam baba dan nyonya kalau makan kat sini.

Sebut je apa hidangan Baba dan Nyonya , semuanya ada di sini . Antara makanan yang patut korang cuba  Asam pedas dan banyak lagi..

pic: Vkeong.com


Cerita pasal asam pedas ni, ramai yang nak tahu apa bezanya asam pedas biasa dengan asam pedas nyonya. Saya pun tak tahu apa bezanya tapi yang pasti kalau makan asam pedas nyonya Melaka mesti akan bertambah-tambah makan.So korang kena datang dan rasa sendiri Asam Pedas Nyonya di sini.

Alang2 dah sampai keHotel Equatorial  boleh juga terus menginap di Hotel Equatorial Melaka ni.Tapi saya ni kalau duduk hotel 5 bintang macam ni  memang tak keluar bilik la jawab nya. :)



Chendol Baba
Sebut je Jonker 88 ramai yang dah terbayang Chendol  Baba..Apa yang istimewa sangat Chendol  di sini?

Restoran Jonker 88 ni memang digemari ramai kerana suasana nya . Ada orang kata.."macam masuk Muzium." .. Tapi disini yang istimewa ialah makanan nya yang sedap, unik dan persekitaran nya bersih.



Chendol nya  juga dikatakan agak berbeza dengan tempat lain.Ais chendol dikisar dengan sangat halus dan gula melaka yang digunakan adalah yang terbaik tanpa dimasuk kan apa-apa bahan lain.Terdapat 10 jenis chendol yang boleh korang cuba.Semuanya sedap-sedap.tapi yang paling digemari ramai ialah Chendol Baba iatu ais kisar yang dicampur santan pekat dan juga air gula melaka.



Telur Dadar Cencalok
Bagi penggemar telur korang patut cuba telur goreng cencalok. Bagi yang pertama kali mendengar nya mesti agak pelik dengan gabungan telur dan cencalok.Tapi bila sekali dah cuba mesti tambah nasik berkali-kali.



Korang yang nak try Telur Dadar Cencalok ni boleh ke Restoran Makko.Makko ni bermaksud makcik. Restoran Makko ni menyediakan masakan khas Baba dan Nyonya. Kalau nak kenal dan rasa macam-macam nama masakan Baba dan Nyonya elok lah korang singgah di Restoran Nyonya Makko.

Telur dadar cencalok ni dimakan bersama nasik.Jangan lupa pesan juga ikan goreng asam.Gabungan terbaik dan pasti puas hati.


Kuey -Ku @ Kuih Angku
Kuih angku atau pun dikenali sebagai kuey-Ku ni ialah kuih warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Kuih ni berbentuk seperti kura-kura.Ada macam-macam warna. Didalam kuih ni terdapat inti yang berupa kacang hijau . Memang sedap kuih ni.Kalau dulu hanya masyarakat Cina saja yang makan kuih ni .Tapi sekarang dengan pembuatan kuih ini yang halal membuatkan kuih ini juga menjadi pilihan bangsa lain.

pic:malaymailonline


Kalau korang berminat nak mencuba Kuey-Ku korang boleh ke Baba Charlie yang terletak di Tengkera, Melaka.

Selain Kuey-Ku ada macam-macam lagi kuih tradisional baba nyonya yang ada di sini seperti, ondeh-ondeh, Kosui, Apom Bukual pisang dan banyak lagi.Macam-macam jenis kuih ada disini sampai rambang mata jadinya.

Aktiviti Menarik Di Melaka


Selain bab makan ada lagi yang best tentang Melaka yang korang patut tahu.Rugi pulak kalau datang ke Melaka tapi tak terokai keistimewaan Negeri penuh bersejarah ni dengan lebih lagi. Salah satu aktiviti malam yang korang boleh cuba ialah berjalan-jalan di tepi sungai Melaka.Tak payah bayar tapi apa yang korang akan nampak ialah suasana malam di tepi sungi Melaka yang cantik dengan lampu-lampu  bot-bot yang lalu di Sungai Melaka.

Kalau jalan waktu siang boleh nampak lukisan-lukisan dinding bangunan di tepi Sungai Melaka.Dapat juga lihat senibina bangunan lama dan bersejarah. Yang penting kaki kena kuat sebab kat Melaka ni korang nak ke satu tempat ke satu tempat lain cuma jalan kaki je.



Selalunya tujuan kita bercuti, selain dari nak tenng kan fikiran kita juga dah tentu nak tahu tentang Negri tersebut.. Apa kata korang ke Melaka Alive.Ini adalah tarikan Melaka yang membawa korang merasai sejarah kerajaan lama negeri Melaka.

Korang akan di persembahkan dengan pementasan teater dengan kesan khas di Melaka Alive. Teater ini  menceritakan kisah Panglima Awang dan sejarah negeri Melaka  dari zaman kegemilangannya sehinggalah kejatuhannya ke tangan Portugis. Korang juga berpeluang masuk ke kapal lanun yang lengkap dengan prop yang realistik dan lebih menarik ada lanun yang menyeramkan.

Nak tahu banyak lagi tentang perkara menarik di Melaka dan seluruh Malaysia korang boleh tengok di Unseen Malaysia .

Hotel dan Penginapan Di Melaka


Bila berkunjung ke Melaka tak payah risau tentang tempat penginapan . Dari hotel 5 bintang sehingga lah hotel bajet semuanya mudah di dapati dan selesa. Dari tempat  penginapan kita boleh jalan kaki je ke tempat-tempat lain.

Kita boleh menginap di hotel yang lebih murah bayaran nya tapi tak kurang hebat nya juga dengan hotel 5 bintang. Saya cadangkan Thoo Hotel kerana ianya berdekatan dengan Mahkota Medical Centre,Mahkota Parade,Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan A'Famosa , So mudah la kita nak Jalan-jalan cari makan nanti. Kalau  korang ke website Traveloka boleh jimat 25 % tempahan dimana-mana hotel tau.

sekian.

Post a comment

18 Comments

  1. Wah bagusnya entry ni, thanks..sebab kita memang cari tempat laksa nyonya tu, akhirnyaaa..nanti boleh la pergi sana..sebab tak pernah lagi dapat makan kat situ..

    ReplyDelete
  2. Menarik! Bookmark dulu... in case kalau Mat nak repeat trip ke Melaka... boleh la try port-port yang belum Mat try hehe

    ReplyDelete
  3. uishh..teringin nak makan laksa nyonya dan telur dadar cencalok tu
    okay pergi melaka nak kena cari nih

    ReplyDelete
  4. lama tak bercuti ke melaka... boleh masuk dalam list tahun ni nampaknya. nak cuba masakan nyonya pula... cam sedap je tengok ni..

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

    ReplyDelete
  5. huhh.Terliur habis tengok makanan nie.Kena pergi ni untuk rasai kesedapan makanan nyonya di melaka .

    ReplyDelete
  6. menarik.... akak penah mkn laksa nyonya tuh mmg teringat2 je....
    lps ni blh la try cendol tuh, kite try cendol yg asli tanpa ada campuran yg mcm2

    ReplyDelete
  7. Uit terliur tgk tau kak Diana. ..meleleh air liur.. Nih buat nak cri makanan nyonya nih

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tgk kuih angku tu.. Rasa mcm mana la agaknya.. Insyaallah kalau ke melaka dan berkesempatwn boleh singgah untuk merasa menu2 kt situ..

    ReplyDelete
  9. Telur dadar cencalok & kuey-ku xpenah merasa lagi.. Husband kita kalau nk cuti suka sgt pi melaka je.. Dan sememangnya kalau booking dgn traveloka.hehe

    ReplyDelete
  10. Wah, tak pernah rasa Lagi masakan baba nyonya

    ReplyDelete
  11. Nah p melaka 2011 kut dh lupa..x sempat jjcm..tlur cencalok??wahh cam mana rasanya sbb x nah mkn cencalok haha

    ReplyDelete
  12. seronoknya pg melaka..dah lame x jalan2 ke sana

    ReplyDelete
  13. Suka laksa nyonya.. tp x pnh dpt yg btoi2 sdp

    ReplyDelete
  14. Tahun ni nak bercuti ke melaka..tunggu habis pantang..hehehe..boleh rujuk entri ni

    ReplyDelete
  15. Semua dah pernah try! Hahaha...Sally rasa Melaka & Sally dah mcm sedara...dalam setahun mesti 4-5 Kali ke Melaka!

    ReplyDelete
  16. Asam pedas tu jugak yg win hahah. yg lain2 x pernah try lg

    ReplyDelete
  17. cafe cofee tu pernah pergi, memang best. rupanya dekat dalam tu lagi banyak tempat tidur and dekorasi memang best. hehehe telur dadar cencalok tu pernah makan dekat restoran di kl. belum pernah cuba yang dekat melaka lagi. nanti datang melaka nak cari. hehehe

    ReplyDelete
  18. Minat gak semua makanan ni. Bila ke melake mesti cari

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)