Wednesday, 31 January 2018

SEWA PELAMIN MURAH - BERENDOI, NIKAH DAN SANDING


sewa pelamin murah



Senarai khidmat Sewa pelamin murah di seluruh Malaysia untuk majlis nikah, sanding dan majlis berendoi  dengan harga murah dan berpatutan .

Pelamin murah mengikut trend semasa dan mengikut permintaan pelanggan terdiri daripada pelamin DIY , pelamin bajet  , pelamin mini hinggalah  pelamin eksklusif .

Jika anda ingin mendapatkan khidmat sewa pelamin mini yang murah anda boleh la menghubungi no telefon yang telah disenaraikan dibawah ini mengikut negeri tempat majlis anda berlansung.


Dibawah ini adalah senarai khidmat sewa pelamin mengikut negeri dan tempat anda tinggal.:-


SEWA PELAMIN MURAH DI PERLIS

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-


SEWA PELAMIN MURAH DI KEDAH

1-Myrza Decoration - Pelamin.Buaian Berendoi.Photobooth. Meja Pengantin.Bilik Tidur whatsapp/ tel : 011 28483696


2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI PULAU PINANG

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI PERAK

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI SELANGOR

1-  EFive Msia - Mini pelamin nikah, tunang atau berendoi yang mampu milik dan jimat  ; Whatsapp/ tel; 0172449719  Instagram : efive_event

2-  Madeena Creation - Pelamin berendoi, pelamin nikah, pelamin tunang dan pelamin bajet . Whatsapp /Tel : 0172247274 @ 0136850442 / Sepang, selangor

3-RusticXandida -  Pakej Buaian Berendoi Rustic. Mini Pelamin,  Photobooth  Booking  IDA 012-233479

4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI NEGERI SEMBILAN

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI KUALA LUMPUR

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI KELANTAN

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI MELAKA

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI PAHANG

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI TERENGGANU

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI JOHOR

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI SABAH

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

SEWA PELAMIN MURAH DI SARAWAK

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

Senarai ini untuk memudahkan pencarian khidmat sewa pelamin murah bagi bakal pengantin dan mereka yang berminat ingin mengadakan majlis-majlis  yang memerlukan pelamin sama ada majlis perkahwinan dan majlis berendoi.

Ini juga untuk mengelak kan bakal pengantin atau yang berminat menyewa pelamin  di tipu . Zaman sekarang ramai yang mengambil kesempatan untuk menipu dengan menawarkan sewa pelamin namun hasil yang diberikan tidak setimpal.

Jadi dengan adanya senarai ini dapatlan pelanggan membuat perbandingan diantara servis yang ditawarkan supaya manjlis yang dirancang dapat berjalan dengan baik.


sekian..

UBAH MENTALITI KITA . MENCARUT BUKAN NORMA MASYARAKAT MALAYSIA

Assalamualaikum...

mencarut


UBAH MENTALITI KITA . MENCARUT BUKAN  NORMA MASYARAKAT MALAYSIA  Sejak dari kita kecil mak ayah  mendidik kita menjaga kelakuan dan juga tutur kata.Tak ada mak ayah yang suka bila anak kecil dia bercakap benda-benda tak elok, seperti maki hamun dan mencarut.

Tapi bila anak tersebut semakin besar lidah nya semakin kerap menyebut perkataan-perkataan yang tidak baik. Entah apa yang membuatkan si anak berubah menjadi orang yang suka mencarut dan maki hamun.Adakah ianya disebabkan pengaruh rakan-rakan atau pun ibu bapa juga yang perlu dipersalahkan?




Tak kira lelaki atau perempuan , tak elok menjadikan perkataan-perkataan tak baik ni sebagai amalan dalam pertuturan. Sama ada didepan rakan sebaya apatah lagi didepan anak-anak kecil dan orang tua.
Orang kata apa yang keluar dari mulut dia macam tu la keadaan hati nya.

Setuju tak?

Ada satu hadis yang saya pernah baca daripada Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda yang bermaksud "mencarut adalah sejenis sikap kasar, Manakala sikap kasar balasan nya ialah neraka.."

So maknanya bercakap benda-benda kotor pun boleh menjadikan kita ni golongan yang dihumban ke neraka. Tak de istilah bahasa kasar , hati baik tau.. Tak de istilah mencarut biar bertempat...Jangan biasakan mencarut walau dalam keadaan apa sekali pun. . kena marah, pukul pun tak payah nak cakap benda-benda kotor dan mencarut.

mencarut

Sekarang ni macam-macam fahaman tentang mencarut yang kita boleh jumpa..

"orang perempuan tak boleh mencarut..."
"perempuan cantik tak elok mencarut.."
"Muka hensem tapi mencarut.."
"Muda-muda dah suka mencarut.."

Kenapa kena ada orang tertentu sahaja yang tak boleh mencarut sedangkan semua orang tak boleh mencarut dan bercakap kotor dan kasar.? Fahaman dari mana yang mereka bawa dalam hidup mereka?

Saya agak kecewa bila ada sesetengah orang yang mempertahan kan  mereka-mereka yang suka mencarut ni..Katanya "itu hak mereka..".. Siapa yang diberikan hak untuk mencarut? Cer tanya ustaz-ustaz yang korang kenal .." ustaz..apa keadaan yang di sunatkan kita mencarut.?" ..tengok ustaz tu nak jawab apa..mau pitam ustaz tu nak jawab..hahahah

Jangan disebab kan kita ni suka mencarut kita pun rasa mencarut tu adalah percakapan yang normal. Ianya pelik tau tak??Lagi-lagi kita orang islam yang digalak kan bercakap yang baik-baik. Rasanya bukan islam pun tak suka jadikan mencarut ni sebagai sesuatu yang normal dalam kehidupan mereka.


Mencarut , maki hamun berkata kesat ianya tak kan buat korang nampak cool... Korang rasa itu trend ke?Bagi saya ianya langsung tak nampak yang korang cool.Nampak macam kurang didikan moral, tak ada sensitivity dan korang ada masalah komunikasi.

Sekarang korang yang suka mencarut ni mungkin belum kawin lagi, masih muda..Tapi nanti korang dah ada anak, bila korang dengar anak korang mencarut dan maki hamun , korang akan rasa terlalu kecewa. Korang akan tertanya-tanya sendiri "kenapa anak aku cakap macam tu..kenpa dia mencarut...aku pun tak mencarut depan dia.."

Masa tu baru korang akan tau macam tu la kecewanya mak ayah kita pada kita.. Diaorang bagi didikan moral yang cukup pada kita tapi carutan juga yang kita sebut..

mencarut


Kalau rasa mencarut tu dah sebati dalam diri, dah menjadi identiti korang, mencarut tu adalah sikap sebenar korang..berubah lah..

Kita ni diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.. Tak de pun Allah cipta kita ni dengan dimasuk kan sekali sikap suka mencarut dan maki hamun. Yang jadikan kita ni suka mencarut adalah diri kita sendiri. So jangan guna alasan.."ini lah diri saya yang sebenar.."  untuk menunjuk kan yang mencarut tu sesuatu yang orang lain kena terima..

Hentikan mencarut dan bila rasa marah, stress, rasa kecewa , berzikir lah sebanyak yang korang mampu.Jadikan amalan dan lama-lama tabiat suka mencarut tu akan hilang sendiri tanpa korang sedar..

Sekian..

Tuesday, 30 January 2018

RESEPI MUDAH DAN SEDAP - PENGAT LABU PALING SEDAP

RESEPI MUDAH DAN SEDAP - PENGAT LABU PALING SEDAP Baru-baru ni mak di kampung bagi saya sebiji labu .Kata mak labu jenis panjang ni sedap kalau buat pengat labu. Labu yang  jenis panjang bukan jenis bulat tu..Lupa pulak nak ambil gambar labu tu ... Selalunya makan labu yang jenis bulat tapi kali ni dapat labu panjang pulak..Alhamdulillah..saya ni memang suka makan labu.

Saya pernah kongsikan resepi labu masak lemak sebelum ni.Boleh singgah dan mencuba resepi tu kalau korang pun peminat labu macam saya. :0

resepi pengat labu paling sedap

Kalau labu bulat tu boleh la bahagi dua . Sebelah buat pengat sebelah lagi buat masak lemak labu..Kan??Tapi sebab ni labu panjang, dan saiz nya tak besar kita fikir2 juga la nak masak apa..Mula-mula nak buat kek labu tapi tengok bahan kena letak susu tepung..Rumah saya ni bertahun dah tak minum susu tepung..hahahah

Kemudian terfikir nak buat bingka labu pulak.Padahal saya bukan penggemar bingka.So kita buat pengat labu je la..

Terus pesan kat suami , nak balik kerja nanti belikan sagu.Letak sagu lagi la best..Cara saya buat pengat labu ni mudah je.Labu ni pulak buah yang jenis cepat lembut.Lagi la senang nak membuat nya.

Yang tak boleh makan labu boleh la gantikan dengan benda lain seperti keledek, ubi kayu, pisang atau pun  nangka 

Cerita panjang pun tak guna kalau tak bagi resepi..kan??Ini dia resepi Pengat Labu - Resepi mudah dan sedap.




resepi pengat labu paling sedap

Bahan-bahan untuk Resepi Pengat Labu 


1 biji labu saiz sederhana
2 ketul gula kabung saiz sederhana
sedikit garam
sedikit kapur makan
1 helai daun pandan
2 sudu besar sagu.- basuh dan toskan.
1 cawan santan pekat campur dengan 1 cawan air.
1 cawan santan pekat (tak letak pun tak pe.



** kepekatan santan tu terserah la pada korang . saya sediakan 2 santan.satu santan yang dicampur dengan air, untuk dimasuk kan dalam labu ketika memasak,.Dan satu lagi santan pekat saya masuk kan 1 sudu ke dalam mangkuk semasa nak makan. Macam dalam gambar tau..


Cara-cara memasak pengat labu yang sedap


1- potong labu dan bersih kan.kemudian rendam labu bersama sedikit kapur makan selama 1 jam untuk buat labu tak hancur masa merebus.

selepas 1 jam tos kan labu dan masuk kan dalam periuk bersama 2 cawan air. Rebus sekejap sampai labu lembut (bukan hancur)

2- dalam periuk lain masuk kan 1 cawan air , gula kabung dan daun pandan yang di simpulkan.Masak sampai gula kabung cair.Tambah 1 cawan air lagi dan masuk kan sagu.Masak sampai sagu mengembang.

3- Masuk kan sedikit garam dan santan yang dicampur dengan 1 cawan air..kacau sampai santan masak.

4- masuk kan labu.. dan masak sekejap kemudian tutup api.Tak paayh tunggu mendidih pun.Tutup periuk kejap dama 15 minit boleh la dihidangkan.

5- masa nak makan senduk kan sikit santan pekat ke dalam pengat labu . yang ni tak letak pun tak pe kalau rasa dan cukup berlemak pengat labu korang tu.Tapi saya memang suka ,makan pengat atau bubur dengan cara macam ni.. 

resepi pengat labu paling sedap

Ada yang tak suka santan banyak tak payah la letak santan pekat masa nak makan tu.. Kadang2 kalau masak pengat saya tak letak kan santan pun masa memasak.

Saya masak guna air je.Bila dah mendidih terus tutup api..Nak makan nanti baru masuk kan santan..Tu citarasa masing-masing..Korang boleh cuba kalau nak. lagi rasa sedap tau..

selamat mencuba dan semoga resepi pengat labu ni bermanfaat untuk korang dan yang tersayang..


sekian..


SAWAN TANGIS - BAYI BARU LAHIR MENANGIS TAK KIRA MASA DALAM TEMPOH YANG LAMA

Assalamualaikum..




SAWAN TANGIS - BAYI BARU LAHIR MENANGIS TAK KIRA MASA DALAM TEMPOH YANG LAMA Pernah tak baca pengalaman saya menghadapi anak yang kena sawan tangis?Kalau belum baca boleh baca di sini. Maisara:Sawan Tangis .  Sawan tangis ni keadaan di mana anak kita yang baru lahir menangis tak henti-henti sampai beberapa jam.

Saya sangat memahami perasaan dan keadaan bila ada ibubapa  yang mengadu anaknya menangis tak henti-henti sejak lahir walaupun usia dan lebih sebulan.Ada yang sampai dah setahun anak masih lagi menangis setiap malam sampai ke pagi.Ada yang menangis dari pagi sampai ke petang.






Semalam saya kongsikan sikit pengalaman saya menghadapi anak yang terkena sawan tangis selepas saya tonton satu video di instagram Dato Alif Syukri apabila anak kecil jagaan nya , Qayyum menangis sejak lahir sampai la sekarang.


Saya tak tahu usia Qayyum ni tapi saya agak usianya belum masuk 3 bulan.Tapi Dato Alif dan isterinya sangat risau dengan keadaan anak mereka yang suka menangis tak henti-henti.

Macam tu jugak la keadaan anak saya dulu.Nak kata ada penyakit , dah buat pemeriksaan kesihatan.Dia memang sihat.

Saya dan suami ikut setiap tips dan petua yang orang bagi. Apa yang tak bercanggah dengan agama memang kami ikut dan buat.Tapi tak berhasil pun.Antara tips dan petua yang kami buat supaya anak tak menangis:-

- Pastikan anak dalam keadaan selesa
     -beri baju yang tak mudah buat dia berpeluh
     -suasana yang senyap
     -Elak kan penggunaan losyen atau krim kulit

- Pastikan anak tidak dalam keadaan lapar
-lakukan urutan pada badan  bayi selepas mandi
-banyak kan berzikir ketika bagi anak tidur
-Letak anak di dada ketika dodoikan dia.


Selain dari tips dan petua kami juga jumpa dengan orang yang boleh ubati sawan tangis pada Maisara .Ada yang bagi air untuk mandi, ada yang bagi ayat untuk diletak kan diatas kepala masa tidur, ada juga yang bagi sirih untuk diletak kan dalam barut anak..Ada juga yang suruh tukar nama..

Kami anggap itu ujian dalam hidup kami, Walaupun banyak kali jugak saya menangis sambil suami dukung maisara ..hahahha..

Tapi yang peliknya dari Maisara lahir sampai umur dia 2 tahun, dia tak pernah demam, selsema atau batuk..kali pertama dia demam masa umur 2 tahun, itu lah demam paling teruk sebab dia muntah dan cirit .Mungkin sebab itu pertama kali kami berhadapan dengan keadaan di mana anak demam , jadi bagi kami ianya sangat-sangat teruk..ahahha..


Bagi ibu-bapa yang sedang melalui apa yang telah kami lalui jangan sedih dan kuatkan semangat.Menangis la kalau korang mahu.Minta lah bantuan orang lain untuk sama menjaga bayi korang tu.Suami dan saudara mara perlu sama-sama membantu .

Bahaya untuk siibu dan anak kalau hanya siibu yang baru lepas melahirkan anak, terpaksa menghadapi nya sorang-sorang.

sekian..


Monday, 29 January 2018

26 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN YUNA DAN ADAM DI PICC PUTRAJAYA



gambar kahwin yuna dan adam

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN YUNA DAN ADAM Cantik betul pelamin kahwin Yuna dan Adam ni..Belum reda lagi cerita tentang pelamin masa akad nikah sekarang ni pelamin masa majlis risepsi pun bukan main cantik dan dapat pujian ramai..

Agaknya Yuna ni peminat bunga kot..hehhehe

Sebenarnya yang membuatkan pelamin yuna ni nampak lain dan unik ialah dari segi padanan warna dan hiasan yang digunakan.kalau orang lain guna rose untuk hiasan pelamin tapi yuna memilih bunga-bunga yang jarang2 digunakan untuk hiasan pelamin.

Saya pun tak berapa tahu nama2 bunga ni..Hahahah

gambar kahwin yuna dan adam

Malam tadi , 28/1/2018 berlangsung majlis risepsi Yuna dan Adam yang berlangsung di Dewan Perdana , Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis tersebut dihadiri lebih 1500 orang tetamu termasuk tetamu di raja, sanak saudara, teman rapat dan juga media.

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN YUNA DAN ADAM

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

Antara yang turut hadir memeriah kan majlis..

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan Aizat bersama Bulan Citra Lestari diiringi Hujan Band..

Jom kita tengok Gambar-gambar Majlis perkahwinan yuna dan adam di PICC

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN YUNA DAN ADAM

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam


GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN YUNA DAN ADAM


gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam

gambar kahwin yuna dan adam



Boleh dikatakan semuanya cantik-cantik dimajlis perkahwinan yuna ni..Macam tu lah nak raikan tetamu..Kita hidangkan yang terbaik saja..kan??

Tapi ikut kemampuan jugak..Majlis yuna ni mungkin nampak simple pada sesetengah orang tapi kena tahu yang simple tu biasanya mahal..

Saya tengok ada yang nak pelamin macam pelamin Yuna dengan harga rm200... hahah..

Rm200 tu upah orang angkat barang pun tak lepas dik oi..


sekian..

8 CARA MUDAH UNTUK BUAT MEE SEGERA LEBIH SEDAP

Assalamualaikum..



10 CARA MUDAH UNTUK BUAT MEE SEGERA LEBIH SEDAP Walaupun ramai yang kata mee segera adalah makanan yang tidak menyihatkan namun ramai yang menjadikan mee segera sebagai salah satu makanan yang wajib ada di rumah atau pun dalam bilik.Teringat pulak zaman bujang dulu mee segera ni wajib ada tau.Mee segera lebih sedap bila dimakan beramai-ramai..kan??

Tapi masa tu kalau malas nak masak mee segera , kita rendam dengan air panas je.Hehhe..Macam tu pun boleh habis sampai menjilat jari tau.

Mee segera ni mudah di masak dan tak memerlukan bahan lain untuk mengyediakan nya.Tapi kalau korang rajin korang boleh dapat makan mee segera yang lebih sedap .

Hari ni saya akan kongsikan beberapa cara mudah untuk membuatkan mee segera jadi lebih sedap.



1- Pecah kan telur ke dalam mee segera yang sedang di masak.Kemudian biarkan telur tersebut masak sempurna atau pun separuh masak. Tak payah hancur-hancur kan telur tu,. Kalau hancur kan telur tu mungkin kita akan rasa muak dan cepat kenyang.



2- Masuk kan sayur. Saya paling suka masuk kan sayur sawi atau kangkung ke dalam mee segera . Boleh juga masuk kan sayur yang cepat empuk seperti tomato atau pun lobak.

3- Pedas.... Bagi tekak melayu macam saya dan kebanyakan orang melayu lain, mee segera haruslah pedas . Kalau dapat tergigit cili tu ianya adalah satu kepuasan. Korang boleh hiris kan cili padi ke dalam mee segera yang sedang di masak.

Kalau nak lebih mudah taburkan chili flakes ke dalam mee segera sebelum di makan.

4- Tahu tak cheddar cheese akan buat mee segera lebih sedap dan menyelerakan?? Jika tidak ada cheddar cheese boleh juga masuk kan serbuk cheese.bau nya saja dah boleh buat selera terbuka.

5- Perahan limau mampu membangkitkan selera ,jadi apa kata cuba letak kan perahan limau  ke dalam mee segera yang sudah dimasak. Rasa masam-masam pada mee segera akan mengurangkan rasa muak makan mee segera.

6- Ayam atau udang mampu mengubah rasa mee segera yang biasa kepada rasa yang luar biasa.Sekarang ni pun kalau di lihat ada restoran-restoran yang menghidang kan mee segera yang di masuk kan ketam, udang, dan berbagai makanan laut.Bagi yang ada alahan pada makanan laut boleh juga masuk kan ayam atau pun daging.Rasanya pasti kan takan mengecewakan.



7- Nak kan rasa mee segera yang lebih sedap dan unik boleh la cuba masuk kan santan ke dalam mee segera.Ianya akan buat kuah mee segera lebih berkrim dan rasa berlemak.

8- Makan mee segera bersama nasi ianya bukan perkara baru tapi tak ramai yang berani mencuba nya.Makan mee segera bersama nasi juga akan buat kita cepat kenyang.Tak payah ada lauk dan sayur lain.Mee segera dan nasik je dah boleh buat kita kenyang sampai malam..

Ok..tu je tips sedap untuk mee segera.. Selamat mencuba..


sekian..

Sunday, 28 January 2018

5 NYONYA FOOD IN MELAKA YANG ANDA PATUT CUBA - UNSEEN MALAYSIA





5 NYONYA FOOD IN MELAKA YANG ANDA PATUT CUBA  Melaka adalah salah satu negeri yang paling menunjuk kan peningkatan jumlah pelancong setiap tahun.Sebab tu la memang ramai yang menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian. Korang mesti pernah ke Melaka.Bukan?

Bagi yang belum pernah ke Melaka atau dah lama tak jalan-jalan makan angin di Melaka , saya nak kongsikan beberapa  makanan dan tempat makan menarik dqn unik, di Melaka . Melaka dah banyak berubah seiring dengan citarasa masa kini. Dari tempat peranginan sampai la ke makanan semuanya ada pembaharuan dan keunikan.So korang yang dah lama tak ke Melaka kena teruskan membaca.

Apa lagi yang menarik dan unik di melaka kalau bukan makanan nya..Kan?Ramai yang datang ke Melaka semata-mata nak mencuba sendiri masakan dan makanan di negeri bersejarah ni.

Makanan baba  dan nyonya ada peminatnya tersendiri.Disebabkan terdapat unsur-unsur makanan cina dan Melayu , makanan peranakan ini sentiasa dicari terutamanya pelancong di dalam negara.

Nyonya Food in Melaka Yang Wajib di cuba



Laksa Nyonya 
Kalau mengikut rating, Laksa Nyonya adalah yang paling dicari-cari pelancong bila bercuti di Melaka. Memang banyak tempat yang ada jual laksa Nyonya.Salah satunya di Calanthe Art Café

pic: Calanthe Art cafe


Jangan terkejut kalau sampai di  Calanthe Art Café ni sebab ianya adalah cafe Hipster . Di Melaka ni terdapat banyak cafe hipster yang best-best dan sering jadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong.Beberapa tahun lalu cafe-cafe yang biasa je dipandangan mata kita kini dah berubah menjadi cafe hipster yang menarik dan unik.



Dari luar je dah ternganga mulut tengok cafe ni...Memang terbaik dekorasi di luar cafe ni.Tengok la gambar ni...

Pic: Calanthe Art Cafe


Di sini ada Laksa nyonya yang menjadi sebutan ramai ..Singgah Calanthe Art Café ni wajib korang order sekali laksa nyonya.Rata-rata yang dah rasa memang tak menyesal. Istimewa nya laksa nyonya di sini dihidangkan dengan makanan bergoreng yang pasti buat korang jatuh cinta.Memang tak kan jumpa kat tempat lain tau...

Cafe ni sebenarnya lebih terkenal dengan hidangan  13 jenis kopi dari setiap negeri.Kopi yang paling ramai suka ialah kopi Melaka. Ini tempat makan yang korang wajib singgah!!Terbaik!!




Asam Pedas Nyonya
Satu lagi tempat yang ada  Nyonya food in Melaka ialah di Seri Nyonya Peranakan Restaurant - Hotel Equatorial, Melaka . Disini tak ubah seperti  syurga makanan Peranakan dengan dekorasi meja yang bercirikan Baba dan Nyonya. Boleh feeling macam baba dan nyonya kalau makan kat sini.

Sebut je apa hidangan Baba dan Nyonya , semuanya ada di sini . Antara makanan yang patut korang cuba  Asam pedas dan banyak lagi..

pic: Vkeong.com


Cerita pasal asam pedas ni, ramai yang nak tahu apa bezanya asam pedas biasa dengan asam pedas nyonya. Saya pun tak tahu apa bezanya tapi yang pasti kalau makan asam pedas nyonya Melaka mesti akan bertambah-tambah makan.So korang kena datang dan rasa sendiri Asam Pedas Nyonya di sini.

Alang2 dah sampai keHotel Equatorial  boleh juga terus menginap di Hotel Equatorial Melaka ni.Tapi saya ni kalau duduk hotel 5 bintang macam ni  memang tak keluar bilik la jawab nya. :)



Chendol Baba
Sebut je Jonker 88 ramai yang dah terbayang Chendol  Baba..Apa yang istimewa sangat Chendol  di sini?

Restoran Jonker 88 ni memang digemari ramai kerana suasana nya . Ada orang kata.."macam masuk Muzium." .. Tapi disini yang istimewa ialah makanan nya yang sedap, unik dan persekitaran nya bersih.



Chendol nya  juga dikatakan agak berbeza dengan tempat lain.Ais chendol dikisar dengan sangat halus dan gula melaka yang digunakan adalah yang terbaik tanpa dimasuk kan apa-apa bahan lain.Terdapat 10 jenis chendol yang boleh korang cuba.Semuanya sedap-sedap.tapi yang paling digemari ramai ialah Chendol Baba iatu ais kisar yang dicampur santan pekat dan juga air gula melaka.



Telur Dadar Cencalok
Bagi penggemar telur korang patut cuba telur goreng cencalok. Bagi yang pertama kali mendengar nya mesti agak pelik dengan gabungan telur dan cencalok.Tapi bila sekali dah cuba mesti tambah nasik berkali-kali.



Korang yang nak try Telur Dadar Cencalok ni boleh ke Restoran Makko.Makko ni bermaksud makcik. Restoran Makko ni menyediakan masakan khas Baba dan Nyonya. Kalau nak kenal dan rasa macam-macam nama masakan Baba dan Nyonya elok lah korang singgah di Restoran Nyonya Makko.

Telur dadar cencalok ni dimakan bersama nasik.Jangan lupa pesan juga ikan goreng asam.Gabungan terbaik dan pasti puas hati.


Kuey -Ku @ Kuih Angku
Kuih angku atau pun dikenali sebagai kuey-Ku ni ialah kuih warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Kuih ni berbentuk seperti kura-kura.Ada macam-macam warna. Didalam kuih ni terdapat inti yang berupa kacang hijau . Memang sedap kuih ni.Kalau dulu hanya masyarakat Cina saja yang makan kuih ni .Tapi sekarang dengan pembuatan kuih ini yang halal membuatkan kuih ini juga menjadi pilihan bangsa lain.

pic:malaymailonline


Kalau korang berminat nak mencuba Kuey-Ku korang boleh ke Baba Charlie yang terletak di Tengkera, Melaka.

Selain Kuey-Ku ada macam-macam lagi kuih tradisional baba nyonya yang ada di sini seperti, ondeh-ondeh, Kosui, Apom Bukual pisang dan banyak lagi.Macam-macam jenis kuih ada disini sampai rambang mata jadinya.

Aktiviti Menarik Di Melaka


Selain bab makan ada lagi yang best tentang Melaka yang korang patut tahu.Rugi pulak kalau datang ke Melaka tapi tak terokai keistimewaan Negeri penuh bersejarah ni dengan lebih lagi. Salah satu aktiviti malam yang korang boleh cuba ialah berjalan-jalan di tepi sungai Melaka.Tak payah bayar tapi apa yang korang akan nampak ialah suasana malam di tepi sungi Melaka yang cantik dengan lampu-lampu  bot-bot yang lalu di Sungai Melaka.

Kalau jalan waktu siang boleh nampak lukisan-lukisan dinding bangunan di tepi Sungai Melaka.Dapat juga lihat senibina bangunan lama dan bersejarah. Yang penting kaki kena kuat sebab kat Melaka ni korang nak ke satu tempat ke satu tempat lain cuma jalan kaki je.



Selalunya tujuan kita bercuti, selain dari nak tenng kan fikiran kita juga dah tentu nak tahu tentang Negri tersebut.. Apa kata korang ke Melaka Alive.Ini adalah tarikan Melaka yang membawa korang merasai sejarah kerajaan lama negeri Melaka.

Korang akan di persembahkan dengan pementasan teater dengan kesan khas di Melaka Alive. Teater ini  menceritakan kisah Panglima Awang dan sejarah negeri Melaka  dari zaman kegemilangannya sehinggalah kejatuhannya ke tangan Portugis. Korang juga berpeluang masuk ke kapal lanun yang lengkap dengan prop yang realistik dan lebih menarik ada lanun yang menyeramkan.

Nak tahu banyak lagi tentang perkara menarik di Melaka dan seluruh Malaysia korang boleh tengok di Unseen Malaysia .

Hotel dan Penginapan Di Melaka


Bila berkunjung ke Melaka tak payah risau tentang tempat penginapan . Dari hotel 5 bintang sehingga lah hotel bajet semuanya mudah di dapati dan selesa. Dari tempat  penginapan kita boleh jalan kaki je ke tempat-tempat lain.

Kita boleh menginap di hotel yang lebih murah bayaran nya tapi tak kurang hebat nya juga dengan hotel 5 bintang. Saya cadangkan Thoo Hotel kerana ianya berdekatan dengan Mahkota Medical Centre,Mahkota Parade,Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan A'Famosa , So mudah la kita nak Jalan-jalan cari makan nanti. Kalau  korang ke website Traveloka boleh jimat 25 % tempahan dimana-mana hotel tau.

sekian.