Skip to main content

TERKEJUT ADA KULAT DALAM SUSU KOTAK - BAGAIMANA KULAT BOLEH ADA DALAM SUSU KOTAK SEDANGKAN BELUM TARIKH LUPUT?

Assalamualaikum...

Bukan sekali dua tapi dah banyak kali ramai yang jumpa kulat dan bahan seperti getah dalam kotak susu.Semalam saya terbaca di twitter  ,  ibu dia  jumpa kulat dalam susu kotak yang diminum.


Masa nak minum dengar macam ada benda dalam kotak tu.Bila kotak tu di potong ini lah yang dia jumpa dalam kotak tersebut...





Kalau dilihat pada tarikh luput yang tertulis pada kotak tu, tahun 2018 baru sampai tarikh luput nya tapi kenapa dah ada kulat??

Melalui apa yang saya baca ini saya terangkan sedikit apa yang saya faham kenapa terdapat kulat didalam kotak susu tersebut..

Walaupun tarikh luput pada kotak tu lambat lagi tapi bila susu kotak tu sudah dibuka , susu didalam kotak hanya bertahan selama 5-6 hari sahaja walaupun disimpan dalam peti sejuk.. Kalau tak dihabiskan dalam tempoh tu, susu tersebut akan berketul didalam kotak.

Tapi ada juga yang tak jadi berketul walaupun dah lebih dari seminggu.Anggap je la dia bernasib baik.Tapi hakikatnya susu jadi berketul dalam kotak tu perkara biasa bila dah di buka.

Ditambah pula dengan keadaan cuaca di negara kita ni , susu tak mampu bertahan lama .Memang susu akan mudah  rosak.Ianya bukan lah kesalahan pihak pengilang.Cuma cara kita menyimpan susu tu sahaja yang tak betul.

Walaupun kita dah simpan susu dalam peti sejuk tak bermakna susu tak kan rosak. Simpan dalam peti sejuk tak kan menghalang kulat .Ianya hanya untuk bagi sejuk saja.








Saya sertakan sedikit tips bagi yang selalu membeli susu.


Sebaiknya bila lepas balik dari beli susu terus masuk kan susu ke dalam peti sejuk.Jangan fikir susu yang sudah dibuka je yang perlu diletak kan dalam peti sejuk tau..Sedangkan susu yang sudah dibuka dan disimpan dalam peti sejuk pun boleh terjadi pertumbuhan kulat macam ni, apa lagi kalau susu yang dibiarkan dengan suhu biasa.Dah tentu lah susu akan rosak.

Yang keduanya , sebelum membeli susu perhatikan keadaan kotak tu.Dalam kotak susu ada lapisan logam .Lapisan tu sebenarnya melindungi susu dalam kotak tersebut.Jika kotak rosak , kemungkinan besar lapisan logam dalam kotak juga turut rosak.Bila lapisan tu rosak , susu juga turut terjejas.

Yang ketiga nya jangan membeli susu dalam kuantiti yang banyak.lain la kalau kita nak buat kuih muih untuk berniaga yang guna susu yang banyak ..kan??Tapi kalau untuk kegunaan sendiri je beli setakat yang korang rasa boleh habis dalam 2-3 hari saja..

Elak kan susu dari terdedah di tempat yang terlalu panas.Kadang-kadang kita beli susu lepas tu susu duduk dalam kereta , kita menyinggah ke salon la, ke bank la, pejabat pos la...berapa jam dah tu susu terdedah dalam panas tu?itu pun jadi punca kenapa susu cepat rosak.

Itu je la tips2 yang saya boleh kongsikan.

Ada orang dia lebih suka beli susu botol.Itu pun satu cara yang bagus jugak untuk elak kan terbeli susu yang ada kulat.Lagipun susu dalam botol ni bila dia rosak kita mudah nampak.Bebrbeza dengan susu dalam kotak yang kadang2 kita lupa nak check, terus minum je.

ok..tu je..

sekian..





Comments

  1. rs nyer dia biarkan susu tu terlalu lama diluar lps tu br msk kn dlm peti ais.

    ReplyDelete
  2. Boleh buat aduan di http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
    Saya pernahbuat aduan terkena food poisoning lepas makan kat 1 tempat ni, tak lama lepas tu tempat tu dah ditutup.

    ReplyDelete
  3. Selalunya kalau beli yang dalam kotak memang minum bagi habis dalam tempoh paling lama 3 hari.. lepas tiga hari memang tak minum dah..

    ReplyDelete
  4. beli susu kotak memang habiskan cepat2 xleh biarkan lama takut jadi mcm ni la

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …