Skip to main content

RESEPI KEK COKLAT LELEH YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...

Kek coklat leleh yang paling sedap dan mudah  memang ramai penggemarnya .Bila di hidangkan sentiasa akan jadi tumpuan tak kira kanak-kanak dan orang dewasa.

 Anak-anak saya sendiri sentiasa nak kek coklat leleh  berbanding kek krim . kek cheese juga diaorang tak suka.Bagi anak-anak saya cheese hanya sedap bila bersama pizza.hahhaha..


kek coklat leleh paling sedap



Kek coklat leleh paling sedap

Selain kek yang sedap ,topping kek tu juga mestilah banyak.ada yang suka coklat yang sampai melimpah-limpah.hahah,,Tapi anak-anak saya ni walaupun diaorang memang penggemar coklat tapi suka coklat di bahagian atas je..

Cuma kalau saya buat untuk orang memang saya akak lebihkan coklat tu .Baru lah sedap..kan??kadang-kadang ada jiran-jiran yang tempah kek ni dengan saya..tak selalu pun ..sebab  kalau sibuk je memang saya tolak tempahan kek,Sebulan 2,3 kali  je saya ambik tempahan kek ni.

kek coklat leleh paling sedap


So kalau korang nak buat jualan dengan resepi kek coklat leleh saya ni silakan..Jangan segan-segan tau.Saya harap perniagaan korang akan maju jaya walaupun kek saya ni tak seberapa.hehehhe..


Apa pun cuba buat sendiri dulu.Rasa dan nilaikan sendiri boleh jual tak, atau boleh setakat untuk makan sendiri..Maklum la..saya ni bukan chef pun.hahahah...

Ok..jom kita tengok resepi Kek Coklat Leleh Paling Sedap dan Mudah..








Bahan-Bahan:
cawan tepung Gandum
2 sudu besar serbuk coco
1 sudu baking powder

1 cawan  mentega
1cawan gula halus

3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat

Cara-Cara:

Panas kan oven. 

Saya guna loyang petak saiz 8 x 8. Sapu loyang dengan butter atau majerin.Kemudian lapik dengan  baking paper yang di potong ikut saiz tapak loyang.Sapu lagi butter atau majerin atas  baking paper. ketepikan.. 

Kalau tak de baking paper  tu korang boleh sapu majerin kat loyang kemudian taburkan tepung gandum.Keluarkan sisia tepung lebihan dari loyang 


kek coklat leleh paling sedap

Ok..jom masak..

1- Ayak tepung gandum, serbuk coco dan baking powder bersama . ketepikan.

2- Dalam bekas lain pukul mentega dan gula sampai kembang . Bila dah warna putih dan gebu tu maknanya dah kembang la .

Boleh tak ganti butter dengan majerin je??? Saya pernah buat kek ni guna majerin tau..sedap juga ,cuma tak la wangi dan sesedap guna butter.Tapi boleh je kalau nak guna majerin..Saya buat dulu habis jugak..hehehhe

3- Kemudian masuk kan telur sebiji demi sebiji .pukul lagi sampai kembang.

4- Masuk kan esen vanila dan susu pekat.Pukul bagi sebati bahan-bahan tu.
.
5- lepas tu masuk kan tepung yang di ayak bersama dengan baking powder dan serbuk coklat tadi.Masuk kan sikit -sikit.








6- masuk kan adunan ke dalam loyang tadi.kemudian bakar dengan susu 180 selama 40 minit.bergantung pada oven masing2.Yang penting oven kasi panas dulu ye..

Saya bakar guna api atas bawah.

7- Bila dah siap bakar , kek dah masak, boleh la keluarkan kek.Kalau guna baking paper boleh terus keluarkan kek.

Tapi kalau sapu  majerin dengan tepung korang kena tunggu kek sejuk dulu ye..dalam 15 minit gitu boleh la keluarkan kek.

8- Kemudian boleh la tuang topping kek kita..Coklat leleh yang pekat melekat tu lagi ramai suka..Ini resepi untuk coklat leleh atau topping nya.

Bahan untuk coklat leleh:

20 gram coklat bar 
2 sudu mentega
2 sudur serbuk coco
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:

1- Cairkan semua bahan dalam satu bekas .Tak kisah cemana korang nak cairkan coklat tu..

Guna mikrowave boleh, guna double boiler pun boleh..Kalau guna mikrowave , lepas dah keluarkan dari mikrowave terus kacau guna whisk .

Kalau guna dapur je korang kena kacau2 dengan whisk sampai la coklat tu cair dan tak berketul-ketul. Pastikan serbuk coco pun tak berketul ok..


kek coklat leleh paling sedap

Kalau tak kacau sampai serbuk koko hancur dia jadi gini la..tak rata dan jelas nampak serbuk kokok tak sebati..


2- Lepas dah letak kan kek atas bekas yang korang nak boleh la tuang kan coklat leleh tu..Kemudian bahagian atas tu boleh la tabur dengan benda yang lain korang suka..nak deco2 sikit pun boleh..letak coklat rice je ke, atau boleh letak buah jugak.kena kreatif la..

kalau tak kreatif google je la ..tengok diaorang hias kek cemana..hahahah


Ok..tu je.,.selamat mencuba resepi kek coklat leleh yang paling sedap dan mudah .


sekian..



Comments

  1. Sedapnyaa! Terliur sangat tengok. Thanks kongsi respi yang senang :D

    Btw, fatin follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …