Skip to main content

PERLUKAH KITA MEMINTA ORANG LAIN MEMANGGIL KITA HAJI ATAU HAJJAH SELEPAS PULANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI

wajib kah panggilan haji dan hajjah


PERLUKAH KITA MEMINTA ORANG LAIN MEMANGGIL KITA HAJI ATAU HAJJAH SELEPAS PULANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI Menunaikan ibadah haji adalah wajib bagi umat islam yang berkemampuan. Ramai yang berimpikan dapat ke tanah suci mekah untuk  menunaikan ibadah haji.Kebiasaan nya bagi mereka yang sudah sempurna menunaikan ibadah haji akan panggil dengan gelaran Haji atau hajjah. Namun adakah panggilan terssebut diwajibkan atau sebalik nya?

Ada yang secara terang-terangan meminta orang lain memanggilnya haji/Hajjah disebabkan dia sudah menunaikan ibadah haji.. Melihatkan perkara seperti ini jelas ianya menampak kan kesombongan dan ingin di puji.

Kita harus ingat apa kah tujuan sebenar kita menunaikan ibadah haji.Adakah kerana ingin kan gelaran dan pujian orang sekeliling atau pun hanya niat kerana Allah.




Dalam surah Al-Bayinnah ayat 5 Allah s.w.t berfirman:

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada Nya dalam (menjalankan ) agama yang lurus.dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus"

Jelas dalam ayat tersebut dinyatakan ketika melakukan ibadah haji berniat lah hanya kerana Allah s.w.t

Meminta orang lain memanggil kita dengan gelaran haji atau hajjah menampak kan sikap riak kita.Walaupun tujuan kita untuk menggalak kan orang lain melakukan ibadah namun cukup lah dengan kita menerangkan cara dan kebaikan melakukan ibadah tersebut.

menunaikan ibadah haji di mekah


Seperti yang kita tahu adalah lebih baik jika kita menyembunyikan ibdah yang kita lakukan .Tidak perlu dihebahkan kepada orang lain.

Begitu juga dengan amalan melakukan kenduri sebelum menunaikan ibadah haji.Jika niat hanya untuk bersedekah itu dibolehkan walaupun mengadakan kenduri sebelum berangkat menunaikan haji bukan lah amalan wajib. Namun jika mengadakan kenduri hanya bertujuan untuk menghebahkan pada orang ramai bahawa kita akan menunaikan ibadah haji ianya adalah sikap yang sombong dan riak.

semoga artikel ini memberi ilmu dan manfaat kepada semua pembaca.

sekian..

Comments

  1. Saya pernah ingat ada seorang jiran dikampung yang pergi menunaikan haji. Sekembalinya dia ketanah air, dia macam menjarakkan dirinya dari orang-orang yang dia rasa tidak perlu termasuklah keluarga kami. Tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Nak bercakap pun tak mahu. Nak pandang pun ekor2 mata saja. Akhirnya lama kemudian baru dia berubah kembali kesifat asalnya berbual ramah seperti dulu. Mungkin dia rasa taraf dia lebih tinggi kut ya...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …