PERLUKAH ANAK TAHU AYAH ATAU IBU MEREKA SUDAH BERLAKU CURANG?

Assalamualaikum...



PERLUKAH ANAK TAHU AYAH ATAU IBU MEREKA SUDAH BERLAKU CURANG? 
Kecurangan adalah satu bakteria yang boleh menghancur kan rumahtangga dan cinta yang dibina.Tak perlu ditanya bagaimana sakitnya menghadapi kecurangan dan apa ubat untuk menyembuhkan nya.Tapi dalam menghadapi ujian tersebut sedaya upaya kita akan menyembunyikan perasaan sedih, kecewa dan marah itu supaya tak terlihat oleh orang lain dan anak-anak terutamanya.

Tapi pernah tak anda sendiri terfikir perlukah anda memberitahu pada anak-anda bahawa  ibu atau ayah nya sudah berlaku curang .?

Saya pernah melihat satu pasangan yang menghadapi masalah apabila isterinya berlaku curang.Dalam situasi tersebut si anak diberitahu oleh ayahnya  bahawa ibu mereka telah  berlaku curang.


Apa yang dikesalkan ialah sianak bertindak membuang ibunya dan keluar dari rumah sebagai protes atas tindakan buruk ibunya.

Adakah masalah tersebut berkurangan???Dah tentu tidak , malah ianya memburuk dan memusnahkan lagi hubungan keluarga tersebut. Dalam kes ini anak sudah berusia belasan tahun.

Apa lagi kalau anak tersebut masih kecil atau dalam kategori kanak-kanak.Ianya akan mengganggu emosi dan mental mereka.Mereka mungkin tidak faham sepenuhnya.Jadi untuk apa kita memberitahu hal tersebut pada sianak..Untuk menanam rasa benci pada anak terhadap ibu atau ayah nya??







Mungkin satu masa nanti si anak akan bertanya pada anda, Kenapa ibu dan ayahnya berpisah?

Cukup lah anda jelaskan bahawa anda dan ayah atau ibu mereka sudah tidak boleh hidup bersama namun jangan lupa anda perlu membuat mereka faham walau apa pun yang terjadi mereka tetap anak-anak kepada ibu atau ayah mereka . Mereka perlu menghormati dan tetap menyanyi ibu atau ayah mereka seperti selalu.

Bagi anak yang sudah berusia belasan tahun , mereka mungkin agak susah untuk di pujuk dan diterangkan mengapa ibu dan ayahnya berpisah. Lagi-lagi ianya berkaitan soal kecurangan. Agak sukar untuk mereka menerima nya. 

Anda harus bijak ketika menjelaskan pada anak-anak ini.Tidak perlu terlalu beremosi ketika menjelaskan nya.. Misalnya anda bercakap sambil menangis, ..Itu akan buat anak fikir bahawa ayah atau ibu nya jahat kerana sanggup membuat anda menangis. Anda perlu rileks dan tunjuk kan pada anak yang anda ok dan masih kuat untuk menghadapi keadaan tersebut.


Memang bila sedang kecewa dan marah anda rasa biar anak-anak tahu sikap sebenar ayah atau ibu mereka.Tapi sebenarnya jika anda benar-benar sayang pada anak-anak , jaga lah emosi mereka.Jangan membunuh dan merosak kan pemikiran mereka dengan membenci ibu bapa mereka sendiri.Jangan jadikan anak-anak anda sebagai anak yang derhaka pada orang tuanya.

Walau betapa jahat sekalipun pasangan anda , biarlah anak-anak tetap menghormati nya dan menyanyangi nya sepenuh hati.Kerana itu lah yang akan membawa anak-anak anda ke syurga Allah..


sekian..
Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
dear anies
admin
7 December 2017 at 11:00 ×

ada situasi, ibu bapa merahsiakannya drpd pengetahuan anak2 tp akhirnya anak2 dpt tau drpd org lain... rs nyer itu lbh menyakitkan dan brg kali sukar utk diterima anak2 lbh2 lg kalau mereka yg sudah pandai berfikir baik buruk.. sekadar pendapat

Reply
avatar
Nadia Johari
admin
7 December 2017 at 12:09 ×

tetap kena bagitau..tapi cakap elok-elok biar mereka paham

Reply
avatar
ujie othman
admin
7 December 2017 at 18:03 ×

walaupun tak bagitau, lama-lama anak akan nampak dan paham.

Reply
avatar
Usry Norie
admin
7 December 2017 at 21:13 ×

kena berani berterus terang.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me