Wednesday, 13 December 2017

PEMINAT LEBIH SUKA "ABANG NAK TEGUR 2.0 "- DUET ALIF SYUKRI DAN ISTERI

Assalamaulaikum...


Kesian pulak saya tengok Dato Alif Syukri ni . Nak sangat video nya mendapat like yang banyak di YouTube.Tapi nak buat macam mana dah ramai yang lebih memilih untuk "dislike " video muzik 'Abang Nak Tegur '  duet nya bersama Sajat.

Rata-rata komen yang diberikan pengikut nya di instagram meluahkan rasa kurang senang dengan duet Dato Alif bersama Sajat. Menurut komen-komen yang ditinggalkan di instagram dato Alif ,  kalau Dato berduet dengan penyanyi wanita lain tak akan jadi masalah untuk video music tersebut mendapat banyak like. memandangkan lagu tersebut memang sedap.





Oleh sebab ramai juga yang mencadangkan Dato Alif berduet dengan isterinya, hari ini Dato Alif bersama Kru Muzik telah membuat satu video music baru tapi berduet dengan isterinya Shahida. Video muzik tersebut boleh korang tonton di Channel KRU Muzik






Video Muzik "Abang Nak Tegur 2.0 " setakat ini telah di tonton sebanyak lebih 100 ribu  tontonan dan mendapat lebih 55000 like dan lebih 2000 dislike.


Walaupun video muzik tersebut hanya dilakukan didalam bilik Dato Alif Syukri dan bukan nya di Spain dan Istanbul tapi ianya tetap menarik dan mendapat pujian pengikut-pengikut Dato Alif.Malah ada yang merasakan video tersebut "sweet" .



Ramai yang sedia maklum suara Datin Shahida sangat merdu dan beliau sendiri pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan Nasyid Solehah beberapa tahun lalu. Jadi ramai yang merasakan lagu tersebut sesuai dinyanyikan Dato Alif bersama isterinya sendiri dan bukan dengan lelaki lain kerana ianya kelihatan janggal .

sekian..


3 comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();