PAMERAN PENGANTIN JOM REWANG 2018 - PAMERAN KHAS BUAT BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum..



Pameran Pengantin Jom rewang - Pameran Khas Buat bakal Pengantin kini kembali lagi dianjurkan oleh Syarikat Puspawangi Event Management dengan kerjasama oleh  Kerja Kahwin  .

Event ini bakal berlangsung pada 26 - 28 januari 2018 bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam.Inilah masanya untuk bakal-bakal pengantin membuat persediaan menjelang hari bersejarah mereka.

Pameran pengantin Jom rewang 2018 yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan menghimpunkan Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan khas buat bakal-bakal pengantin





Ianya termasuk perkhidmatan melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.

Bakal pengantin dah tak payah menghabis kan masa berhari-hari untuk uruskan persiapan perkahwinan. Pergi je kat Plaza Alam Sentral ni pada 26 hingga 28 January depan dan dalam masa satu hari je korang dah siap buat persedian perkahwinan.

Dari tempahan baju, pelamin, sampai ke catering semuanya ada dalam event Jom rewang 2018 ni.



Walaupun event ni diadakan di Shah Alam tapi ianya melibatkan lebih 300 syarikat perkahwinan dari seluruh Malaysia.Bermakna kalau korang punya majlis tu akan dibuat di negeri Perak contohnya, tak payah la sampai nak ambil cuti balik kampung semata-mata nak sewa baju atau nak cari jurugambar di tempat majlis korang akan berlangsung,.

Dah jimat masa kat situ..kan??

Untuk memudahkan pencarian perkhidmatan yang korang nak , penggunaan montaj juga digunakan dalam event Jom rewang 2018 . Jadi korang pun tak la pecah peluh berjalan dari satu booth ke satu booth.

Ada slide show yang akan ditayangkan sepanjang event ni berlangsung. Walaupun booth vendor tu tak ada dalam event tu tapi ada dalam slide yang akan ditayangkan. Kemudian perbincangan dibuat hanya diatas talian sahaja bersama dengan syarikat perkahwinan yang korang mahu.





Untuk dua hari tu mesti lah ramai pengunjung yang akan hadir pada Event Jom Rewang 2018 tapi korang tak perlu risau tentang tempat parkir kereta. Tempat parkir kereta nya juga mudah dan murah sebab ianya terletak di dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral

Pada korang yang bakal mendirikan rumahtangga atau bakal bertunang sangat elok untuk korang hadir beramai-ramai ke event Jom Rewang 2018 .

Untuk mana-mana Syarikat perkahwinan yang ingin turut serta dalam event Jom Rewang 2018 korang boleh email pada dan hubungi :

Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
Email: puspawangieventmanagement@gmail.com

Bakal pengantin boleh mendapatkan maklumat pakej perkahwinan dengan mudah di pameran pengantin Jom Rewang 2018 tanpa perlu tercari-cari di saat akhir kerana kesemua keperluan untuk majlis perkahwinan lengkap boleh ditemui di sini. Syarikat pengurusan majlis perkahwinan pilihan dari negeri anda pun akan berada di sana jadi tak perlulah anda nak balik kampung semata-mata nak buat temujanji, sebaliknya mereka akan berjumpa dengan anda mahu pun secara face-to-face atau atas talian

sekian..
PAMERAN PENGANTIN JOM REWANG 2018 - PAMERAN KHAS BUAT BAKAL PENGANTIN PAMERAN PENGANTIN  JOM REWANG 2018 - PAMERAN KHAS BUAT BAKAL PENGANTIN Reviewed by Diana Rashid on 14:48:00 Rating: 5

2 comments:

  1. WAH MENARIK ACARANYA TU ..MEREWANG KAT SITU DULU SEBELUM REWANG MJLS SEBENARNYA.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

About Me

Powered by Blogger.