Saturday, 30 December 2017

MENGIDAP KANSER NASOPHARYNGEAL : KIM WO BIN TULIS SURAT UNTUK PEMINAT





MENGIDAP KANSER NASOPHARYNGEAL : KIM WO BIN TULIS SURAT UNTUK PEMINAT Jika korang peminat Krdama pasti mengenali bintang popular Kim Wo Bin yang kini berehat dari sebarang aktiviti hiburan kerana disahkan mengidap kanser Nasopharyngeal pada mei lalu. Sejak dari itu berita mengenai Kim Woo Bin jarang-jarang didengari itu pun hanya dari mulur rakan-rakan rapatnya sahaja.

Semalam 29 Disember Kim Woo Bin membuat kejutan dengan memuat naik surat dilaman web Fancafe  yang ditulisnya sendiri khas untuk semua peminatnya

"Saya melihat diri saya memegang pensil di udara dan bertanya-tanya  bagaimana untuk saya memulakan surat saya.

Saya ingin menulis untuk anda semua lebih awal, tetapi saya memberi tumpuan kepada  rawatan dan mengekalkan kesihatan sehingga tujuh bulan telah berlalu. Secara jujur, ia memerlukan masa yang lama menulis untuk anda kerana saya takut nama saya akan muncul dalam ranking carian (laman web dalam talian). Tetapi saya mahu mengucapkan sesuatu  dengan anda semua sebelum tahun berakhir.





Terima kasih atas sokongan dan doa-doa  anda semua , saya telah selamat menjalani  tiga kemoterapi dan 35 kali terapi radiasi. Semasa rawatan, saya mendapat kekuatan dari ucapan dan  sokongan yang anda muat naik di FanCafe  atau media sosial. Saya sangat berterima kasih kepada anda semua.Saya telah menjalani semua rawatan penting dan sedang menjalani pemeriksaan susulan biasa sepanjang  tempoh penyembuhan.

Saya rasa  saya memerlukan sedikit masa saja lagi sebelum saya menulis untuk anda semua di lain kali. Dalam post saya yang terdahulu di FanCafe, saya selalu memberitahu anda bahawa kesihatan adalah yang paling utama dan anda harus sentiasa menjaga kesihatan, jadi saya sedikit malu kerana saya pula  yang sakit. Saya akan menjaga kesihatan saya dengan lebih baik dan melakukan yang terbaik untuk dapat membawa berita baik kepada anda semua pada masa akan datang. " - KIM WOO BIN -


Rata-rata peminat yang meninggalkan komen berasa gembira dengan kabar terkini aktor tersebut dan mengharapkan beliau kembali sehat seperti dahulu..

sekian..

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();