Skip to main content

LELAKI CERAIKAN ISTERI GARA-GARA AKAUN PERMAINAN ATAS TALIAN MILIK NYA DI JUAL

Assalamualaikum..



Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengiktiraf ketagihan permainan video sebagai masalah kesihatan mental, dan mungkin bagi sesetengah orang  keputusan itu mungkin kelihatan aneh tapi, kisah yang kan saya kongsikan ini dapatlah dijelaskan bahawa ianya memang satu masalah mental yang berat.

Permainan video mudah alih Tencent yang sangat popular kini "King of Glory" sekali lagi mendapat publisiti buruk di media Asia, selepas didakwa terdapat  seorang lelaki berusia 25 tahun berasal dari Malaysia yang begitu kecewa  dan  memutuskan untuk menceraikan isterinya yang dikahwini selama  enam tahun kerana isterinya  menjual akaun King Of Glory  dengan harapan si suami  akan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga .







Pasangan yang tidak didedahkan identiti ini masing-masing berusia  berusia 25 tahun . Mereka berkahwin enam tahun lalu . Si isteri  asalnya seorang warganegara China tapi bermastautin di malaysia selepas mereka berkahwin.

Hubungan mereka baik-baik sahaja sehingga lah  "King Of Glory " dilancarkan 2 tahun yang lalu. Suami nya asyik menghabiskan masa bermain games, tetapi ketika itu si isteri  tidak pernah menyangka  bahawa permainan video boleh merosak kan  perkahwinan mereka.


Pada satu ketika, lelaki tersebut mula menjadi ketagih untuk bermain King of Glory dan kadang-kadang  sehingga awal pagi . Walaupun dia tidak  keluar dari rumah, dia akan menjemput rakan-rakannya untuk permainan tersebut dan mengabaikan isteri dan anak perempuannya.

"Walaupun telah  banyak kali dia berjanji  akan berhenti namun dia tetap  tenggelam dalam dunia permainan video, dia tidak mampu  menunaikan janjinya," tulis wanita berusia 25 tahun itu baru-baru ini di laman  media sosial nya.

Sehingga lah beberapa hari lalu dia merasakan keadaan mula tidak terkawal dan perasaan terbeban mula dirasai selepas satu lagi siri maraton permainan larut malam suaminya.



Ketika suaminya sedang tidur dia menjual akaun KING OF GLORY milik suaminya melalui online. Dia berharap dengan cara ini, suaminya akan berhenti bermain permainan tersebut dan meluangkan masa untuk nya dan anak perempuan mereka.Namun dia ternyata salah..


Selepas si suami bangun dari tidur , dia  cuba beberapa kali untuk log in ke akaun KING OF GLORY namun tidak berjaya.Ini membuatkan si suami menjadi sangat marah dan  masuk ke dalam bilik isterinya, menarik  tangan dan mengheret isterinya  ke bawah.

Dia memberitahunya bahawa dia tahu apa yang dilakukannya dan dia akan menceraikan isterinya serta meminta isterinya pulang ke Tanah Besar China

 "Dia bermain permainan video sepanjang hari dan cukup lama mengabaikan saya dan anak perempuannya. Apa yang saya mahukan sekarang ialah untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuan saya supaya saya dapat membawanya ke China dan membesarkannya dengan betul"

Apa pendapat korang..Bila jadi kes macam ni memang jelas ketagih bermain permainan atas talian atau video game boleh la dikatakan sebagai salah satu penyakit mental .

Setuju tak??

sekian..

Comments

  1. Dari buat kerja tak berfaedah gitu, baik buat part time jadi blogger atau meniaga pisang goreng. Dapat juga duit untuk bagi anak isteri.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …