Skip to main content

KING COBRA FILIPINA MATI SELEPAS MINUM DARAH ULAR BERACUN

Assalamualaikum..


Ular adalah binatang yang paling saya takut Rasanya bukan saya saja tapi ramai yang takut dengan reptilia yang satu ni . Mendengar nama nya je boleh meremang bulu roma.Hantu pun kita tak takut macam takut pada ular..betul tak?

Salah satu sebab kenapa ramai yang takut dengan ular ialah sebab tindakan reptilia ini  yang tak boleh dijangka.Lagi-lagi kita ni bukan tahu sangat jenis-jenis ular berbisa atau yang tak berbisa.

Tak kira la berbisa atau pun tidak, kalau dah namanya ular tu memang kena hati-hati la.

Ada satu berita mengejutkan hari ni yang berkaitan dengan ular yang mengejutkan ramai peminat-peminat ular.


Lelaki yang dikenali sebagai KING COBRA Filipina mati selepas minum darah ular King Cobra. Elies 'Peter' Lenturio  mati selepas di percayai minum darah ular tersebut selepas dia memotong kepala ular itu kerana dikatakan ular tersebut mematuk tangan nya ketika dia sedang membuka kotak yang berisi ular tersebut.

Dengan niat untuk membalas dendam dia terus memotong kepala ular tersebut dan minum sedikit darah Ular itu..

King Cobra ialah ular yang sangat berbisa  dan mangsa yang dipatuk akan mati jika tidak mendapat rawatan segera,

Sebelum ini Elies telah banyak kali di patut ular itu selama bertahun-tahun dan tidak menjadi masalah kepadanya untuk merawat dirinya sendiri.






Pada hari itu selepas minum sedikit darah ular yang di potong dia kemudian nya pulang kerumahnya untuk tidur.

Ternyata itu adalah malam terakhir buat Elies apabila tiba-tiba sahaja mulutnya berbuih dan  badannya  menjadi kaku . Melihatkan keadaaan Elies , keluarganya  membawanya kehospital dan dia disahkan mati sejurus tiba di hospital.

King Cobra Filipina ini dikatakan menyimpan   haiwan peliharaannya itu di kotak utiliti motosikalnya. Pada hari kejadian , Elies membuka bekas tersebut dan ular itu tiba-tiba menjadi agresif dan mematuk tangan Elies dipercayai kerana ekornya tersepit di dalam kotak . Kerana terlalu marah dia terus memotong kepala ular dan minum sedikit darah ular itu.

Keluarga King Cobra Filipina ini  masih tidak dapat menerima  kematiannya memandangkan sudah  banyak kali dia merawat dirinya sendiri apabila di patuk ular..Jadi mereka percaya Elies bukan mati kerana patukan dari ular tersebut. Berita tentang kematiannya  menjadi kejutan besar kepada orang ramai di Filipina.


Elies mendapat gelaran King Cobra kerana hubungannya yang luar biasa dengan segala macam ular, Dia mengilap  bakatnya pada usia 15 tahun. Dia sering dipanggil oleh penduduk setempat  jika ada kejadian melibatkan ular sama ada  dipatuk ular atau jika ada ular yang memasuki bangunan atau rumah penduduk

Ramai yang tidak percaya dengan apa yang berlaku pada Elies memandangkan darah Cobra digunakan secara meluas di negara-negara seperti China, Malaysia dan Thailand, untuk manfaat kesihatan.

Belum pernah lagi ada yang mati  disebabkan  minum darah ular ini , kerana ia memang dipercayai tidak mengandungi racun yang mematikan. Kematian nya mengundang tanda tanya dan ramai yang beranggapan bisa ular tersebut lah sebenarnya yang membunuh Raja Cobra Filipina ini.


sekian..

Comments

  1. adohai...darah ular juga yang dia mau minum.

    ReplyDelete
  2. Selalunya macam tu lah kan, bila kita bela haiwan berbisa ni dia akan makan tuannya sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …