Skip to main content

KENAPA KITA KENA ADA BLOG

Assalamualaikum...



Kenapa kita kena ada blog.Saya selalu terfikir kenapa ramai orang tak buat blog sedangkan ada banyak kelebihan jika kita ada blog.Sejak saya menulis dari 2010 saya dah melihat jatuh bangun ramai blogger. Ada yang menulis dan terhenti di tengah jalan.Ada juga yang sehingga sekarang masih bersemangat menulis dan melontarkan idea-idea dalam penulisan.


Disamping tu ada juga yang baru ada keinginan untuk buat blog dan menguruskan blog sendiri.Jujur lah saya bagitau ni , nak ada blog memang senang tapi nak menguruskan nya sangat susah dan korang perlu jugak ada sedikit kemahiran.Kalau tak de kemahiran korang perlu ada duit.Kenapa kita kena ada blog sedangkan saya kata nak menguruskan nya susah?

Tapi kebanyakan blogger yang saya kenal masing-masing ada kemahiran menguruskan blog.Jadi tak la mereka melaburkan banyak duit untuk blog mereka.Yang tak de kemahiran boleh la upah orang lain untuk edit blog dan untuk tolong update blog.

Setakat ni saya memang melakukan segala nya sendiri. Tak payah laburkan banyak duit untuk blog. Lagipun dah banyak tutorial dan teknik blog yang dikongsi oleh blogger-blogger lain.Cukup lah korang tahu perkara asas tentang blog dan teknik menjadikan blog korang sebagai pilihan pembaca.

Kalau ditanya pada saya perlu kah  ada blog.? Saya akan jawab YA. Saya rasa sepatutnya kita kena ada blog..Ada banyak sebab kenapa kita kena ada blog.Saya kongsikan di sini sebab kenapa korang sepatutnya ada blog.







1- Membantu orang lain
Setiap hari berjuta-juta orang mencari sesuatu di enjin carian.Ada yang mencari tips kesihatan, resepi masakan, tempat membeli belah dan berbagai-bagai lagi maklumat yang dicari.Korang boleh menggunakan blog korang sebagai hebahan untuk perkara-perkara seperti ini.

Ianya banyak membantu orang ramai mencari tempat makan yang murah, kosmetik yang berkesan, cara membayar bil, cara melanggan perkhidmatan dan sebagainya. Maklumat yang korang kongsikan ini sangat-sangat membantu mereka di luar sana.

Korang juga boleh menulis tentang mereka-mereka yang memerlukan bantuan dan dalam kesulitan. Dengan artikel yang korang tulis siapa tahu mungkin ada pihak-pihak lain diluar sana yang sudi membantu.





2- Buat duit
Tidak dinafikan ramai blogger yang menghasilkan wang dengan hanya menggunakan blog.Di Malaysia sendiri ada yang menjadi blogger sepenuh masa kerana mampu menghasilkan pendapatan dengan hanya menulis blog.Bermula dengan minat , mereka kembangkan blog mereka menjadi sumber pendapatan.

Ada banyak cara untuk menjadikan blog sebagai sumber kewangan.Salah satu yang saya lakukan ialah dengan menyertai program affiliate . Kebanyakan program affiliate memberikan komisyen yang tinggi . Korang boleh membuat postblog atau pun hanya memasang banner ads di blog.

Selain itu kolaborasi dengan syarikat lain juga boleh korang lakukan.Ada syarikat yang memerlukan khidmat korang untuk menulis review dan iklan. Untuk satu post sahaja korang boleh dibayar hingga mencecah ratusan ringgit bergantung kepada jumlah pembaca dan teknik penulisan korang.


3- Memperbaiki teknik menulis
Blog juga mampu memperbaiki teknik menulis. Saya masih ingat semasa awal saya membuat blog, teknik menulis saya sangat teruk dan saya rasa kalau saya baca post-post lama yang saya tulis saya rasa nak mencarut je..Tapi sejak beberapa tahun lalu saya sudah mengubah dan memperbaiki penulisan saya supaya lebih baik dan mudah dibaca .

Untuk memperbaiki teknik menulis , saya juga banyak membaca blog-blog lain yang lebih bagus.Kemudian saya praktik kan teknik menulis tersebut di blog saya..Bila banyak didedahkan dengan penulisan yang baik, sedikit sebanyak ianya mempengaruhi penulisan kita.



4- Menilai sejauh mana pengetahuan am 
Menulis tentang pengetahuan am membuatkan korang perlu banyak membaca tentang isu-isu semasa dan fakta-fakta.Korang boleh mengulas tentang isu semasa dengan mudah jika banyak perkara yang korang tahu.Disini korang boleh nilaikan sendiri sama ada korang tahu banyak perkara atau tidak.

Kalau korang minat nak tulis tentang isu semasa dan pengetahuan am, tapi ada banyak perkara yang korang tak tahu, korang boleh jadikan post korang sebagai medan perbincangan.Dalam post tersebut tak salah kalau korang minta pembaca untuk kongsikan pandangan dan buah pemikiran mereka tentang satu-satu isu.Ini juga mampu mempertingkatkan pengetahuan korang.


5- Untuk kenal dengan lebih ramai orang
Awal saya buat blog saya tak kenal siapa-siapa orang terdekat saya yang ada blog.Saya buat blog sebab seronok baca blog orang je. Tapi bila dah ada blog , saya mula bercampur dengan blogger lain.Tambah mereka sebagai rakan facebook, twitter dan mula ada instagram untuk tahu update terkini dari mereka.

Kami mula berhubung dan semakin hari semakin akhrab.Kami banyak berkongsi pendapat tentang isu semasa, tentang blogging dan sebagainya. Ternyata dengan blog saya  mampu mendapat ramai kenalan.

Selain itu saya mula mengenali mereka-mereka yang ada perniagaan berkaitan kecantikan, makanan dan sebagainya. ianya disebabkan saya banyak menerima khidmat menulis review produk.


Itu lah 5 perkara yang saya boleh kongsikan kenapa kita kena ada blog . Saya harap dengan artikel ini korang boleh buat blog yang bagus dan memberikan korang semanagt untuk menulis blog.


Sekian..

Comments

  1. Betul..disamping itu, teknik penulisan mcm ni selalu mmberi impak positif utk affiliate..terbaik! 👍

    ReplyDelete
  2. Boleh la zumal share kat kawan2 pasai apa kena ada blog. Hehe...

    ReplyDelete
  3. bila teknologi hanya di hujung jadi rasa rugi betul tak de blog. Alhamdulillah rasa bertuah dah ada blog sendiri dan banyak lagi nak belajar selok belok blog

    ReplyDelete
  4. Dulu berblog suka2 je..tak fikir pun dari blog ni macam2 kita boleh buat..contoh jana pendapatan..hehe..tapi tu bonus..yg penting, dpt kongsi info dengan orang luar & lagi menarik ada yang e-mail tanya pendapat pasal entry kita yg mungkin berkaitan dengan dorang..

    ReplyDelete
  5. Betul tu, Diana. Seronok sebenarnya bila ada blog sendiri ni. Macam-macam boleh buat. Tak kiralah sama ada kita hanya suka menulis atau nak menjana pendapatan sampingan. Pendekata blog ni memang bagus. Saya ni lately aje kena penyakit malas makanya kesimpulan tahun 2017 ni memang tahun paling malas saya menulis blog ^_^

    ReplyDelete
  6. Setuju kak. Perlunya ada blog utk mereka yg nak asah bakat menulis. Kalo yg x minat tuh xpyh la kan...

    ReplyDelete
  7. setuju sangat. Ilmu jika tidak dikongsi akan lenyap begitu saja.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …