Skip to main content

KALAU PAKAI BLOGSPOTJE BOLEH KE APPLY GOOGLE ADSENSE ?

Assalamualaikum...




Kalau pakai blogspot je boleh ke apply google adsense? Sejak ramai blogger yang dah lulus Google Adsense ni makin ramai blogger yang berminat nak memohon Google Adsense termasuk la yang pakai blogspot je.  Saya sendiri pun baru je lulus permohonan Google Adsense.. Dulu masa masih lagi blogspot memang tak terfikir nak apply google adsense. Pengetahuan tentang google adsense tu pun belum ada.Berbeza dengan sekarang , yang pakai blogspot pun dah berimpian nak apply google adsense

Walaupun saya ni baru je lulus adsense tapi dah ada pulak yang tanya  tentang adsense ni.Gelabah jugak la nak jawab sebab kita bukan pakar. Ada yang tanya saya , kalau pakai blogspot je boleh ke lulus adsense ni?

Jawapan nya dah tentu lah boleh.Tak ada masalah pun sebenarnya.macam saya katakan diatas tadi , saya dah pakai domain berbayar dot com baru saya tahu tentang google adsense.Kalau masa saya guna blogspot dulu saya dah didedahkan dengan google adsense , memang saya dah apply awal-awal lagi.Tapi masa dulu nak lulus Google adsense ni bukan nya mudah.Ada banyak yang perlu diperbaiki dalam satu-satu blog.

Kalau korang pengguna blogspot dan nak memohon iklan Google adsense  ini ada beberapa tips mudah yang boleh korang cuba praktik kan sebelum korang memohon.






Yang pertama tulis 13-14 artikel dengan minimun 600 payah perkataan. Artikel tu jugak biarlah yang asli milik korang dan bukan copy paste dari mana-mana . Memang susah nak bermula tapi bila korang dah biasa menulis panjang-panjang , ianya bukan masalah lagi. Bila menulis tu jangan la copy paste. . Cedok idea atau isi dalam content lain tu tak pe..Letak jugak sumber dari mana ..Olah guna ayat sendiri yang lebih menarik.

Bagi blogger yang baru buat blog korang kena tunggu sekurang-kurangnya 25 hari untuk apply google adsense. Dalam tempoh 25 hari tu perbaiki blog korang macam yang no 1 saya tulis tadi. Ada juga yang kata kena tunggu blog berusia 6 bulan atau lebih..Tapi tak salah kalau korang mencuba.Yang penting artikel korang banyak dan content  nya asli.

Pastikan blog korang ada pembaca.Korang boleh guna facebook atau twitter . Macam saya memang selalu saya kongsikan link post saya di facebook dan twitter.mula2 tak ramai tapi semakin lama , semakin ramai yang selesa dengan penulisan saya dan diaorang akan baca apa saya tulis kat blog.Saya tak la pandai sangat bercerita. Tapi orang suka kalau benda yang kita tulis tu dalam bentuk pendapat peribadi atau cadangan . kadang2 dalam post yang cerita tentang benda tengah viral tu, saya selit kan juga pengalaman sendiri .

Korang juga boleh gunakan teknik SEO untuk lebih ramai pembaca blog. Cemana Google adsense nak lulus kalau blog kita tak de pembaca..kan??Siapa nak tengok iklan yang kita letak tu kalau yang baca pun tak ada..

Ok..tu je la..Nak cerita lebih2 tentang adsense ni pun kita bukan pakar tau..Korang boleh tanya blogger-blogger lama yang dah jana beribu ringgit dengan adsense ni macam  blogger Nick Nashram..Tengok blog Nick sendiri pakai blogspot tau..tapi dia memang hebat la bab Adsense ni ..Banyak post tentang google adsense yang saya baca kat blog dia.. Lepas ni kalau ada apa2 hal tanya dia je, jangan tanya saya ok..Hahhaha


sekian...





Comments

  1. Tahniah Diana Rashid dah lulus Google Adsense.

    Blog saya pun baru je lulus. Bolehlah jana pendapatan dengan blog sambil tulis artikel yang bagus untuk pembaca.

    ReplyDelete
  2. Ok. baru tau pasal google adsense ni. Hehe...

    Tq for sharing

    ReplyDelete
  3. saya pun guna blogspot j, tapi masih lg sen2 j hihihihi...

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak diana.. saya pun blogspot...hihihihi..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …