Skip to main content

JELITA IMAGES - FOTOGRAPHER MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN TIPS MEMILIH FOTOGRAPHER YANG BAGUS

Assalamualaikum...



JELITA IMAGES - FOTOGRAPHER MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN TIPS MEMILIH FOTOGRAPHER YANG BAGUS  Saya suka betul tengok gambar pengantin sekarang ni.Memang cantik-cantik gambar diaorang. Dulu gambar kawen tak de la diedit cantik-cantik macam sekarang..

Kita pun tak de la sampai nak sewa fotographer perkahwinan . Tapi sekarang ni bila tengok gambar perkahwinan yang cantik-cantik rasa macam nak upah photographer dan sewa baju pengantin pulak.Nak ambil gambar perkahwinan  di hutan ke, sawah padi ke...Kan??

Korang yang dah berpuluh tahun kahwin tapi tak de gambar pengantin  yang cantik-cantik macam sekarang ni , boleh je kalau nak ada gambar perkahwinan yang cantik.

 Jelita Images boleh jadikan gambar korang dari biasa-biasa kepada luar biasa. Tak kira la sama ada untuk gambar perkahwinan atau apa -apa saja majlis .


Fotographer Majlis Kenduri Kahwin

Sekarang nak cari Fotographer untuk majlis kenduri kahwin bukan nya susah.Tapi nak cari Fotographer yang yang terbaik, amanah dan profesional memang susah nak jumpa. Terlalu ramai yang menyediakan khidmat  fotografi. jadi korang kena bijak memilih,

Jelita Images menyediakan khidmat fotografi sejak  tahun 2011 lagi dan memang dah banyak mendapat kepercayaan untuk mengambil gambar di majlis-majlis kenduri kahwin, majlis bertunang termasuk la majlis koporat.

Gambar-gambar perkahwinan dari Photographer Jelita Images







Bagi yang berminat nak gunakan khidmat jurugambar Jelita Images boleh terus ke facebook Jelita Images atau hubungi no ini . 012- 422 4321

Tawaran istimewa sempena hujung tahun ni ;;

Year End Sale 2017 is back!!!

HARGA PROMOSI PAKEJ PHOTOGRAPHY 2 EVENT NIKAH DAN SANDING HANYA RM1599 Sahaja! (sebelum RM1999)




Yaa betul!! Harga hanya RM1599 untuk NIKAH + SANDING! Cepat booking sekarang! sebelum tarikh majlis anda penuh 2018 nanti !! rugi kalau lambat :)


2 EVENT (NIKAH + SANDING) RM1599
✔ Exclusive photobook + case (40ms)
✔ canvas frame size 20x20
✔ termasuk outdoor juga ya!!
✔ gambar dalam pendrive eksklusif
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai detail pakej yang lain,
boleh pm page Jelita Images atau whatsapp terus


http://www.wasap.my/60124224321


# tertakluk pada terma dan syarat


Tips Memilih Jurugambar yang baik


Penting untuk kita memilih Jurugambar yang baik dan berpengalaman. Kat sini saya kongsikan sedikit tips bagi korang yang nak mencari jurugambar perkahwinan atau apa saja majlis.

- Kualiti gambar yang terbaik. Penting untuk korang tengok dulu hasil kerja jurugambar tersebut dan pastikan gambar yang dia tunjuk tu adalah hasil kerja dia sendiri.Tak susah pun nak kesan gambar tu hasil dari dia sendiri atau sekadar gambar yang di ambil di internet.

-Jenis Kamera yang digunakan . Walaupun kita ni bukan tahu sangat tentang kamera tapi bila nak cari jurugambar tak salah untuk kita tahu kamera jenis apa yang digunakan oleh jurugambar tersebut.Jangan nanti bila dah bayar , tiba hari majlis berlangsung tengok2 jurugambar bawak kamera compact je.heheh...Jurugambar biasanya menggunakan kamera DSLR atau pun SLR. bukan setakat bawa kamera je,Mereka ada perlatan lain juga untuk membantu mereka menghasilkan gambar yang cantik serta merta.






- kos  yang munasabah . Saya tahu ramai antara kita kalau boleh nak kan perkhidmatan yang murah.Tapi kalau jurugambar tu janjikan bulan dan bintang tapi harganya terlalau murah , ada kemungkinan kualiti gambar dan servis yang diberikan bukan lah yang terbaik.Cuba nilai kan pakej yang disediakan oleh Jelita Images dan jurugambar lain. Harga yang diberikan oleh jurugambar terbaik dengan servis yang lengkap dan menarik biasanya dalam anggaran RM1500- RM2000. Jika ada yang memberikan harga lebih murah mungkin ada yang tak disediakan seperti tiada canvas frame, atau juga jurugambar tersebut hanya cover untuk majlis indoor.Korang perlu bijak menilai dan memastikan setiap wang yang dibelanjakan berbaloi dengan apa yang korang terima.

-Jurugambar yang mesra . Mesra yang saya maksudkan ni bukan yang suka menggatal ye..hahahah.Mesra ni bermaksud korang selesa dengan dia, dia tak garang, dia pandai dan tahu apa pose buat gambar cantik dan sebagainya.Bayangkan kalau dapat jurugambar yang garang, kepala angin , muka ketat, terus kita tak de mood nak bergambar..kan?? Gambar je cantik tapi muka kita pulak muram je dalam semua gambar..hahahha..

Ok..tu je la..yang saya nak kongsikan..

sekian.

wedding fotographer photographer majlis perkahwinan photographer majlis kenduri kahwin photograpaher majlis koporat jurugambar majlis kahwin di Malaysia photographer Kedah photographer murah photographer bajet  wedding 





Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …