Tuesday, 26 December 2017

IBU BAPA PATUT TAHU ANAK BAIK DAN BERSOPAN DI RUMAH BELUM TENTU BEGITU SIKAPNYA DISEKOLAH

Assalamualaikum.



ANAK BAIK DAN BERSOPAN DI RUMAH BELUM TENTU BEGITU SIKAPNYA DISEKOLAH Berapa hari je lagi nak start sekolah.Berdebar..kan?Padahal bukan kita yang kena sekolah pun.Hahhah..Tapi tu la dah namanya mak pak ni macam2 perasaan bila anak nak start sekolah..

Jangan tak tau, ada mak2 yang masa hari pertama persekolahan , anak tak menangis..Mak yang menangis sebab sebak anak dah besar.

Ada jugak yang sanggup tunggu sampai anak balik sebab risau anak tak boleh terima suasana persekolahan.padahal anak dia seronok je bergelak ketawa.Mak ayah  je rela jadi cicak melekat kat pintu kelas anak.

Salah satu benda yang paling merisaukan mak ayah bila anak start sekolah ni ialah takut anak kena buli.Ye la..kalau tengok kat rumah anak kita ni sopan santun orang nya.lemah lembut berbudi pekerti





Tapi jangan tertipu ye korang.Segalanya boleh berubah bila anak kita dah mula bersekolah.Korang jangan fikir kalau anak baik kat rumah bermakna kat sekolah pun dia lah yang paling baik dan bagus akhlaknya.

Bila kita rasa yakin sangat anak kita bagus, baik dan sebagainya, itu yang buat kita rasa nak mengamuk tak tentu pasal bila anak kena jentik dengan cikgu kat sekolah.

Anak-anak sekarang memang manja walaupun kita tak manjakan dia. Dia kena denda kat sekolah, kena rotan, kena cubit mesti dia akan balik mengadu.

Bila anak mengadu jangan mudah bersangka buruk kat cikgu.Sekarang macam2 cara boleh berhubung dengan cikgu sekolah.. Whatsapp ada, facebook ada, kalau rajin sangat jumpa cikgu kat sekolah dan tanya..

"...betul ke anak saya kat sekolah bermasalah..?"

"..saya percaya cikgu denda anak saya mesti ada sebab nya..
adakah anak saya ada buat apa-apa kesalahan.."

Jalinkan hubungan baik dengan guru dengan selalu berkomunikasi kerana ianya akan memudahkan guru untuk melaporkan perkembangan anak kita.



Kita harus ingat bahawa guru-guru tersebut sedang menjalankan amanah yang diberi untuk mereka. Mereka juga sudah tentu ingin memberi didikan terbaik untuk anak kita.

Tolong sedar bahawa anak kita juga adalah manusia biasa yang akan melakukan kesilapan.Anak kita bukan malaikat yang tidak sesekali akan melakukan kesilapan.Anak kita sudah patut dididik supaya ianya akan membantu perjalanan dan kehidupan nya dewasa kelak.

Jangan kerana sikap kita yang terlalu sayang dan percaya pada anak , ianyakan merosak kan masa hadapan mereka.

sekian..

2 comments:

  1. bila anak2 mula bercampur dgn kwn2 (di sekolah) sedikit sebanyak perangai mereka akan berubah...

    ReplyDelete
  2. Anak2 pergi ke sekolah mesti perangai mereka akan ubah dah ibu bapa amat susah utk kawal mereka lagi. Maka ini sbb skrg ramai ibubapa yang sokong utk anak2 homeschool.

    Kad MLW

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();